CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelucahan Melampau, Penganggur Bersetubuh Luar Tabii Dengan Anak Dipenjara 54 Tahun Dan 25 Sebatan

1-6-2023 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2021| Komen: 29

Description: Mahkamah Sesyen KOta Bharu memutuskan hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan terhadap penganggur selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anaknya, melakukan persetubuhan bertentangan de ...
Mahkamah Sesyen KOta Bharu memutuskan hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan terhadap penganggur selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anaknya, melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii, melakukan kelucahan melampau, memiliki pornografi kanak-kanak dan video lucah sejak tahun lalu.


Tertuduh berusia 39 tahun yang membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin, bagaimanapun hanya menjalani hukuman penjara 16 tahun berikutan hukuman bagi ketujuh-tujuh pertuduhan itu berjalan serentak bermula hari ini.


Tertuduh (depan, kiri) dibawa untuk prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. -Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 19 tahun apabila perhubungan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.


Perbuatan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Sering di sini kira-kira pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada akhir Mac, 10 Mei dan 11 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 14 tahun penjara dengan lapan sebatan untuk pertuduhan pertama, 15 tahun dan lapan sebatan (pertuduhan kedua) dan 16 tahun dan lapan sebatan (pertuduhan ketiga).

Mengikut pertuduhan keempat dan kelima, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan melakukan kelucahan melampau terhadap anak kandungnya.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di dua lokasi berasingan di Sering dan Panji di sini kira-kira pukul 11.05 pagi dan 4 petang pada 11 Mei lalu dan 7 Disember tahun lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (Akta 574) dan 377D kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan keempat dan pertuduhan kelima penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan keempat dan setahun penjara bagi pertuduhan kelima.

Mengikut kertas pertuduhan keenam dan ketujuh, tertuduh didakwa memiliki pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam telefon bimbitnya di Sering, di sini pada 19 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan keenam dan penjara satu tahun bagi pertuduhan ketujuh.

Bagi dua kesalahan berkenaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan keenam dan penjara satu tahun untuk pertuduhan ketujuh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalna memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan hubungannya dengan mangsa adalah bapa dan anak.

“Sebagai seorang bapa, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan tidak melakukan perbuatan terkutuk terhadap anaknya sendiri.

“Perbuatan yang dilakukan itu telah meninggalkan kesan trauma seumur hidup kepada mangsa,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan sebanyak 54 tahun dan 25 sebatan, namun tertuduh hanya meringkuk dalam jel selama 16 tahun memandang kesemua hukuman berjalan serentak bermula hari ini. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 1-6-2023 05:54 PM
aku harap jubor ko dirodok di penjara nanti
Quote twins 1-6-2023 05:57 PM
untuk kes2 rogol sepatutnya mahkamah jangan buat serentak hukuman tu.. biar jer berasingan biar lama2 dia dalam penjara tu.  ni bila serentak jd hanya 16 tahun dia keluar nanti umur 55 masih kuat untuk kacau anak dia lagi.... trauma hidup budak tu
Quote menjad 1-6-2023 06:00 PM
Umo 55 dah keluar. Boleh beranak pinak dan makan anak lagi. Bodo betui. Bagi lah seumur hidup alang2 tuh.
Quote lolen 1-6-2023 06:03 PM
Sebatan tu kira mcm mana nok? Jalan serentak jugak ke..knp ada ayat tidak dibenarkan berkawin yada yada..anak dia suka sama suka ke tu?
Quote syamzana 1-6-2023 06:03 PM
twins replied at 1-6-2023 05:57 PM
untuk kes2 rogol sepatutnya mahkamah jangan buat serentak hukuman tu.. biar jer berasingan biar lama ...

kan...i baru nak komen benda yg sama selalu dgr hukuman dijalankan serentak

umur 39 anak dah 19thn, umur 20 dah merenyam mmg sejenis kote takleh dijaga ni. takde duit cari pelacur kat luar, anak pun boleh. sejenis celaka bertuhankan kote
Quote shernazz 1-6-2023 06:10 PM
Semoga badan kau lunyai dikerjakan senior2
Quote alieyrina 1-6-2023 06:25 PM
Kenapa teruk sgt jantan ni. Boleh tambat dlm kebun getah dah. tggu rimau baham
Quote pokokmeranti 1-6-2023 06:30 PM
Kelantan ye? Berkiblatkan serambi tumpat ka?
Quote 3chanceno 1-6-2023 06:30 PM
Tak terkata meols baxa berita nie

Bewak & perogol anak sendiri  harap mereput kat dalam tu

Pelik betul, Mangsa nie dah besar panjang tak boleh melawan atau awal2 report polis ke
Quote xy_daen 1-6-2023 06:42 PM
Anak lelaki ke perempuan?
Quote ainnia 1-6-2023 07:29 PM
25 sebatan, moga mati pucuk.
Quote zie_indah 1-6-2023 08:30 PM
Allahuakbar bila org yg patut jadi pelindung tp jadi org jahat ..skrg dah tak boleh percaya ayah mak datuk pkcik smua...binatang ja yg tak kenai anak..
Quote PULANGKAN 1-6-2023 08:32 PM
xy_daen replied at 1-6-2023 06:42 PM
Anak lelaki ke perempuan?

kan, takde disebut. risau je  


Quote kotakbaju 1-6-2023 08:41 PM
PULANGKAN replied at 1-6-2023 08:32 PM
kan, takde disebut. risau je

Ade ke istilah rogol anak lelaki uols

Quote PULANGKAN 1-6-2023 08:46 PM
kotakbaju replied at 1-6-2023 08:41 PM
Ade ke istilah rogol anak lelaki uols

jujur Iols tak tau  ya ampon Iols jahil bab ini
terus, anak perempuan la ni ye?
kalau rogol anak lelaki, dia panggil apa?  
Quote kotakbaju 1-6-2023 09:38 PM
PULANGKAN replied at 1-6-2023 08:46 PM
jujur Iols tak tau  ya ampon Iols jahil bab ini
terus, anak perempuan la ni ye?
kalau rogol anak ...

Iols pon tak tahu bab2 ni.

Iols agak anak pompuan la.

Kalau bapa dgn anak lelaki mungkin liwat la kot.

Apa pun diharap time bapak mangsa ni bebas nanti, mangsa dah duduk jauh2 dah.
Quote Decaffeinated 1-6-2023 10:15 PM
Anak dia kena siasat juga tak? Dah 19 tahun kot

Quote Decaffeinated 1-6-2023 10:32 PM
twins replied at 1-6-2023 05:57 PM
untuk kes2 rogol sepatutnya mahkamah jangan buat serentak hukuman tu.. biar jer berasingan biar lama ...

Kalau kesalahan tu serentak hukuman pun serentak la kot. Contoh dia merogol dgn cara meliwat means it's one act tapi 2 perlanggaran undang2. Gitu lojik aku yang bukan lawyer.



Quote Decaffeinated 1-6-2023 10:34 PM
lolen replied at 1-6-2023 06:03 PM
Sebatan tu kira mcm mana nok? Jalan serentak jugak ke..knp ada ayat tidak dibenarkan berkawin yada y ...

memanglah bapa dgn anak tidak dibenarkan kawin

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.199219 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top