Kematian lima belas ahli keluarga di luar bandar Namibia maut selepas makan bubur beracun menjadikan ia kes keracunan makanan antara paling teruk di negara itu. Media tempatan melaporkan keluarga yang sangat miskin itu memakan bubur yang diperbuat daripada sisa bijirin bancuhan minuman beralkohol.
Mangsa, sebahagian daripada 21 ahli keluarga di sebuah kampung di wilayah timur laut Kavango East jatuh sakit selepas makan malam pada Sabtu dan dikejarkan ke hospital, kata polis. Setakat ini, 15 telah meninggal dunia, kata jurucakap polis Kauna Shikwambi kepada AFP. "Setakat ini, ini adalah jumlah kematian terbesar yang disyaki akibat pengambilan yang mungkin bahan toksik," kata Shikwambi. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-12-2023 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.023498 second(s), 27 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.