CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Hotel Di Cameron Highlands Didakwa Biadab! Bayi Gelak Pun Kata Bising, Wanita Diusir Tengah Malam Terkial-Kial Cari Hotel Lain

1-6-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3487| Komen: 80

Description: Seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di Cameron Highlands, Pahang dan mendakwa mendapat pengalaman yang kurang memuaskan.
Seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di Cameron Highlands, Pahang dan mendakwa mendapat pengalaman yang kurang memuaskan.

Di Facebook, wanita itu mendakwa layanan daripada staf hotel terbabit adalah kasar dan tidak mesra pelanggan.



Foto: FB

"Kami mula masuk bilik macam baru pindah sebab rumah kosong tak ada apa. Kipas dan televisyen tak ada, tapi kami tak kisah sebab memang dah ditulis dalam website keadaan macam tu.

"Cuma layanan staf di lobi macam warden asrama. Biadab! Tiap kali aku nak balik bilik, dia tengok aku lain macam. Kami ada duduk dekat taman hotel, kalau tarik kerusi sampai bunyi pun dah kena tenung.

"Lot parkir tak banyak, kena pandai cari sendiri," tulis wanita berkenaan.


Foto: FB


Lebih membuatkan dia runsing apabila mendakwa anaknya yang berumur setahun menjadi sasaran staf hotel untuk mencari kesilapannya.

"Tengah-tengah kami rehat dalam bilik hotel, ada seorang individu ni datang ketuk pintu bilik. Aku tanya dia apa yang kami boleh bantu. Dia kata ada dengar budak menangis tadi, macam agak mengganggu.

"Padahal anak aku tengah main gelak-gelak. Bayi baru setahun je, bising macam mana je dia boleh buat."

Terasa hati dengan tindakan individu terbabit, wanita itu turun ke lobi hotel untuk mendapatkan penjelasan.


Foto: FB


"Aku turun dan tanya seorang staf ni dengan baik-baik. Aku tanya ada terima apa-apa aduan ke dari penginap di aras aku. Dia cakap, ada.

"Tiba-tiba, tanpa segan silu, staf tu pula tengking aku, dia tanya aku ada masalah apa sampai nak turun bawah ni? Aku cakap aku ada hak dan penginap lain tak sepatutnya pergi ketuk bilik macam tu.

"Lepas tu dia melenting. Dia kata aku tak pandai jaga anak sebab biar bayi bising. Dia tanya kalau anak aku menangis pukul 1 pagi nanti macam mana dan nak buat apa. Waktu tu dah nak tengah malam.

"Staf tu kata kalau aku tak boleh ikut peraturan hotel, aku boleh pilih untuk keluar."

Berang dengan ugutan untuk dihalau daripada hotel, wanita itu mula meragui polisi tempat penginapan berkenaan.

"Aku tanya dia balik, dalam hotel ada sebut ke pasal tak boleh bawa bayi. Dia kata tak ada. Aku persoalkan apa solusi yang penginap ada kalau bayi menangis tengah malam.

"Dengan televisyen pun tak ada, orang batuk dalam bilik pun boleh dengar kalau macam tu. Kemudian dia balas balik yang waktu nak booking ada minta letak berapa ramai orang dewasa dan kanak-kanak.

"Tiba-tiba pula kau nak charge untuk bayi. Tiba-tiba pula salah aku. Waktu aku nak daftar masuk bilik, kau nampak aku ada bawa bayi, kau lepaskan pula," tempelak wanita itu hilang sabar.

Enggan bertoleransi dengan sikap kakitangan hotel berkenaan yang dianggap kurang ajar, wanita itu memutuskan untuk meninggalkan tempat penginapan tersebut pada malam itu juga.

"Aku dah geram dia belit itu ini. Aku minta pulangkan duit, dia kata pergi minta dekat website tempahan hotel sana. Aku check out, bawa semua barang, cari hotel lain.

"Bayangkan pukul 12 tengah malam aku bawa keluarga aku pergi cari hotel," katanya mengakhiri perkongsian.

Di ruangan komen, warga maya mengatakan ada baiknya untuk memilih hotel yang dikenali umum berbanding hotel bajet.

"Inilah antara sebab aku memilih hotel yang dah established, kalau hotel murah ni biasa layanan servis dia ala kadar je. Padanlah dengan harga.

"Bayar rendah maka layanan pun 'rendah'. Kita tak boleh nak harap layanan hotel lima bintang pula," kata sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 1-6-2023 12:05 PM
Jap..hotel takde kipas. Takde TV?? Hotel ayam port k0ngkek pun ada benda basic ni. Cer reveal nama hotel hauk ni...
Quote alieyrina 1-6-2023 12:08 PM
Bgtahu nama hotel. Senang bagi yg ada budak2 tak payah book sana
Quote Skuau 1-6-2023 12:11 PM
'BALA' pernh menimpa seluruh dunia..x terkecuali negara kita...apa jd masa tu...tak insaf lg ke???
Quote prettyuglybabe 1-6-2023 12:21 PM
ada ke hotel kat cameron ada aircond ada kipas?
i rimas tul gi sana hotel takde aircond takde kipas..
memang la sejuk tapi i rasa lemas macam takde udara..
nak buka tingkap takut ada makcik jual karipap pulak..
Quote kucingitam 1-6-2023 12:28 PM
Skuau replied at 1-6-2023 12:11 PM
'BALA' pernh menimpa seluruh dunia..x terkecuali negara kita...apa jd masa tu...tak insaf lg ke???

uuu hotel tu ke... ritu ada bc review kata hotel tu bagus..
Quote krustykrab 1-6-2023 12:30 PM
tungkai replied at 1-6-2023 12:05 PM
Jap..hotel takde kipas. Takde TV?? Hotel ayam port k0ngkek pun ada benda basic ni. Cer reveal nama h ...

Kt ch kalau hotel biasa² tu mmg tk de kipas...

Kalau yg low budget mmg tk de kipas n tv.

Quote nipskacang 1-6-2023 12:31 PM
alieyrina replied at 1-6-2023 12:08 PM
Bgtahu nama hotel. Senang bagi yg ada budak2 tak payah book sana

Rovers inn. Post asal ni dr page fb hotel review malaysia
Quote krustykrab 1-6-2023 12:32 PM
prettyuglybabe replied at 1-6-2023 12:21 PM
ada ke hotel kat cameron ada aircond ada kipas?
i rimas tul gi sana hotel takde aircond takde kipas. ...

Century pines ada kipas...tp tk de ekon la sb dh sejuk
Quote prettyuglybabe 1-6-2023 12:35 PM
krustykrab replied at 1-6-2023 12:32 PM
Century pines ada kipas...tp tk de ekon la sb dh sejuk

oh.. thank you.. akan put dalam list to stay kalau gi sana..
ada lagi ke hotel lain ada kipas in case penuh?
Quote krustykrab 1-6-2023 12:38 PM
prettyuglybabe replied at 1-6-2023 12:35 PM
oh.. thank you.. akan put dalam list to stay kalau gi sana..
ada lagi ke hotel lain ada kipas in c ...

Zenith maybe ada sbb hotel yg paling mahal n baru kt situ.

Copthorne tk ingat sb lama dh tk nginap situ.

Quote venom1 1-6-2023 12:39 PM
Kalau PKP balik masa tu maratap menghiba suruh customer datang
Quote afie_m 1-6-2023 12:45 PM
tapi tak patut kot cakap mcm tu kan, kalau x suka polisi boleh keluar..
Quote prettyuglybabe 1-6-2023 12:54 PM
krustykrab replied at 1-6-2023 12:38 PM
Zenith maybe ada sbb hotel yg paling mahal n baru kt situ.

Copthorne tk ingat sb lama dh tk ngina ...

ok u.. thank you..
copthorne i selalu check full manjang..
nyampah dah nak tengok
Quote Decaffeinated 1-6-2023 01:05 PM
Hopefully hotel yang dia pergi lepas tu ada tanya lah kenapa kena halau. If not naya guests kat situ pulak.

Ada anak kecik, you know better.

Quote isseliparjepun 1-6-2023 01:08 PM
Kesian juga tapi I rasa kalau ada anak kecil ni, eloklah bawa ke hotel berjenis. Bukan budget hotel. Budget hotel ni bilik kecik, manalah nak selesa, katil pun 1 je, kipas tak ada, kesian baby or anak anak kecik.
Quote cap_ayam 1-6-2023 01:12 PM
Tapi memang kaka ada jumpa pengusaha resort persendirian kat CH yang kerek. Next time inshaAllah booking hotel lah.. taknak berurusan dengan individu lagi.
Quote krustykrab 1-6-2023 01:14 PM
Kt cameron ni mmg ada certain hotel bajet yg dia tampal notis lps pukul 10 mlm tk.leh buat bising. Tk tau la apa rasionalnya. Iols tk tau la sekuat mana anak dia tu gelak sampai ada guest yg marah.
Seeloknya kalau ada anak kecik baik cari hotel yg elok sikit, soundproof. Sb manusia ni mcm² perangai. Mcm aku tk kisah bunyi bising asalkn ko tk ketuk² pintu dinding aku udahler.
Quote krustykrab 1-6-2023 01:23 PM
Ni contoh guest yg suka sumbat ramai² dlm hotel..patut di ban

Screenshot_2023-06-01-13-22-41-62_a23b203fd3aafc6dcb84e438dda678b6.jpg
Quote maharani_gebu 1-6-2023 01:46 PM
klau ade anak better amik homestay... budak pun selesa tak suntuk otak dok dlm bilik jer...

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.098313 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top