CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah, Ubai, Dah Tunang Lepas 5 Bulan Bercinta

27-5-2023 06:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5889| Komen: 75

Description: Selepas lima bulan bercinta, penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan pada Sabtu.Berita tersebut masing-masing dikongsikan sendiri oleh pasangan itu meneru ...
Selepas lima bulan bercinta, penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan pada Sabtu.

Berita tersebut masing-masing dikongsikan sendiri oleh pasangan itu menerusi foto hantaran yang dimuat naik di Instagram.



Tanpa berkongsi butiran lanjut, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25,  hanya menulis kapsyen mengucapkan 'Alhamdulillah' yang disertakan dengan emoji sebentuk cincin.

Sementara itu, Shila menerusi ruangan kapsyen menzahirkan rasa terima kasih kepada beberapa orang rakan yang membantu mereka dalam persiapan majlis tersebut.

"Ubai and me wanted an intimate engagement ceremony Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Terlebih terkurang dari pihak keluarga sha, kami minta Maaf yaaaa.

"Dan yang terakhir, terima Kasih buat semua yang mendoakan kami.. Semoga kami kuat menghadapi segala Apa yang mendatang," tulisnya.



Menerusi gambar yang dikongsikan, Ubai dan Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, masing-masing dilihat menggayakan persalinan sedondon rona ungu dan sedang duduk di pelamin.

Terdahulu pada Rabu lalu, ucapan untuk Ubai menerusi IG yang dibuat oleh Shila di Instagram miliknya disalah anggap oleh peminat apabila ada yang menyangka pasangan itu berpisah.

Shila menyifatkan kekasihnya itu seorang jejaka yang sempurna buat dirinya dan turut memuji Ubai yang telah memberikan kasih sayang terhadap anak lelakinya, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.


Untuk rekod, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth.

Shila mula dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. - CARI


Sumber: mStar, IG Ubai, IG Shila Amzah

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 27-5-2023 06:25 PM
Tahniah.
Semoga dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin...dan seterusnya.
Quote iraizz 27-5-2023 06:31 PM
Check in dulu
Quote codenamedream 27-5-2023 06:41 PM
#StayStrongUbai
Quote likilu 27-5-2023 06:56 PM
Wah xila selamat menjalani kehidupan baru membesarkan tunang dan anak, jaga makan minum, berikan pelajaran secukupnya, bahagiakan mereka berdua ok.

Senang beno nak jinakkan ubai ni, baru acah acah post broken sikit terus tunang ek. Ni kalau lambat kawen nanti buat buat broken lagi, siap sedia je la perancangan pujuk memujuk mommy xila ok. All da best!
Quote Perawankota 27-5-2023 06:56 PM
Congratulations
Quote Carcosa 27-5-2023 06:56 PM
#shibaiForever
#iLoveShibai
#uLoveShibaiOrNot
#shibaiMuShibaiKuJua
#shibaiGembira


Sambung la
Quote hasniey 27-5-2023 07:00 PM
Wow awal..ai kan seram tau kalau couple yg bru kenal bpe bulan dh tunang ni.kwn2 ai yg mcmni ramai putus.xsmpat kahwin.yg kekal smpai kahwin ada la sorg
Tp mudah2an diorg kekal la ye
Quote ashilalat 27-5-2023 07:01 PM
Mcm mak dgn anak pulak tgk shilalat dgn ubai ni.
#Shibai
Quote doubleA 27-5-2023 07:12 PM
Wow macam2 jadi kat ubai these few months tup2 terus tunang, takut mummyxila dikebas org atau kena paksa hehehe bukan mak ubai pun tak sihat ke tu adik baru meninggal diri sendiri pun buang ketumbuhan bagai, simply wow. All the best till jinjang pelamin, ada duit laju jela apapun kan
Quote exclusive_vvip 27-5-2023 07:16 PM
patut la statement xila aritu mcm x kisah sgt pun laki mak dia kena kebas..mmg tgh angau btol ni..
Quote Piramida 27-5-2023 07:20 PM
Cepat juga... Nak cecepat dari ex kot. Biar dia dulu kaedahnya.
Janji happy iya idok. Moga kekal lama.
Quote Suchi 27-5-2023 07:23 PM
Edited by Suchi at 27-5-2023 07:25 PM

Tahniah

Mesti lepas tunang pastu balik umah memasing whatsapp
“hai Cik Tunang dah tidur ke tu?”
“Hai En nunang tak nantok lagi laa
Quote Hoola 27-5-2023 07:29 PM
Edited by Hoola at 27-5-2023 07:34 PM

akhirnya kita semua diprank ke apa
semua tazzabar nk kuar dingle ingt depa putuih

ko tu pun bt krngan mcm ucp selamat..lbh ke arah selamat tinggal
patutnya pnuntup karangn chenta ko tu buh la #selamat 5moonanniversary ka
selamat 5 bln kita bershama ke

apa daaaa

so sebg penutup bicara minggu ni,
achik dan seluruhbwarga porum mengucaokan
#selamat bertunang shila-ubai
#idup shibai
#tilljannah

Quote Binodino 27-5-2023 07:33 PM
Shila + ubai = shibai
Ubai + shila = ula?
Quote Sachacha 27-5-2023 07:35 PM
Nengokkan ajer la takat mana si bubai ni boleh tahan
Quote kakasotong2 27-5-2023 07:48 PM
Shila ni kalau bercinta memang serupa kekanak ribena sebab tu meols x invest sangat dalam kisah percintaan dia. Tengoklah last2 bertunang, caption ig kemarin bukan main. Tertipu semuanya.
Quote ChiciLala 27-5-2023 07:51 PM
hasniey replied at 27-5-2023 07:00 PM
Wow awal..ai kan seram tau kalau couple yg bru kenal bpe bulan dh tunang ni.kwn2 ai yg mcmni ramai p ...

I kenal husband i 3 bln je yalls. Then tunang. And next yearnya kawin. Alhamdulillah. So far bgun tdo masih nmpk husband i di sebelah
Quote sukacactus 27-5-2023 07:51 PM
Kalau aku komen "Tak nyempat2" kang ada yg kata aku jeles dgn kebahagiaan org lain, padahal koserrr lah heh!
Sukati korang la
Semoga berbahagia lah ye
Quote missHaidiD 27-5-2023 07:52 PM
Tahnia shila dan ubai

Semoga kuat jodohnya

Berapa bulan ikat ni. Hantaran berapa. Resepsi kt mana. Honeymoon kt mana nti ,???


Gituhhh iols kepoh pasal shibai ni

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.324600 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top