CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Tolak Lanjut Injuksi Syamsul Untuk Halang Puteri Sarah Keluar Kenyataan Di Media Sosial

25-5-2023 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5768| Komen: 80

Description: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis menolak lanjutan perintah injuksi ex-parte (sebelah pihak) Syamsul Yusof terhadap Puteri Sarah Liyana.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis menolak lanjutan perintah injuksi ex-parte (sebelah pihak) Syamsul Yusof terhadap Puteri Sarah Liyana.

Ia berhubung permohonan Syamsul, 39, menghalang Puteri Sarah daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di mana-mana platform media sosial.


Foto: Utusan

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes tersebut didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak) namun Syamsul tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes itu.

Abdul Halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes itu memfailkan jawapan terhadap injuksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.

Sementara itu peguam Akberdin berkata, sekiranya Syamsul ingin melanjutkan perintah tersebut dia perlu memfailkan permohonan yang baharu di mahkamah.

Injuksi berkenaan difailkan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu pada 24 April lalu sebelum mahkamah meluluskan permohonan berkenaan sehari kemudian.


Jangka hayat perintah berkenaan hanya selama 30 hari dan akan tamat pada 27 April 2023.

Dalam perkembangan sama, Puteri Sarah berkata, dia sendiri sudah mengambil langkah memulakan hidup baharu dan enggan lagi mengulas mengenai isu rumah tangganya dengan Syamsul.

"Saya sudah tidak mahu bercakap fasal dia, saya nak teruskan hidup. Hari terakhir puasa tempoh hari adalah video terakhir saya mengenai dia (Syamsul). Saya sudah cakap semua di dalam video berkenaan," katanya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 25-5-2023 11:27 AM
payah nau nak bercerai. kawan2 cainis iols senyum sinis sajokkk baca pasal kisah diorg ni sbb news The Star rajin jugak update psal diorg ni.... wt malu isele jah...
Quote missHaidiD 25-5-2023 11:39 AM
Orix replied at 25-5-2023 11:27 AM
payah nau nak bercerai. kawan2 cainis iols senyum sinis sajokkk baca pasal kisah diorg ni sbb news T ...

Sol la rumitkn keadaan. Patut cerai je. Ni siap minta gugur kes birah dulu.
Quote ihtisyam1 25-5-2023 11:42 AM
laaa... ingatkan dah cerai
Quote awekjepun 25-5-2023 11:44 AM
missHaidiD replied at 25-5-2023 11:39 AM
Sol la rumitkn keadaan. Patut cerai je. Ni siap minta gugur kes birah dulu.

Betul. Sol tu byk dh tanggung dosa sbb buat ps digantung tak bertali.
Quote tay22 25-5-2023 11:45 AM
Pagi ni kes Injuksi Sol ke PS.
Petang nanti 3pm camtu pasal JKP pulak
Quote akuMNdia 25-5-2023 11:46 AM
Edited by akuMNdia at 25-5-2023 11:53 AM

sol pikir senang2 nak dptkan perintah injunction ni agaknyer.
sama la mcm dia failkan nusyuz atas PS..dia pikir asal PS dah keluar rumah kelamin, xdengar perintah dia, dah kira nusyuz.

tapi aku suka PS skg ni tak banyak bunyi..harap2 menten la yer.
Quote matjerk 25-5-2023 11:47 AM
Harap2 ps x gugurkan injuksi terhadap IK laa semata mahu diceraikan... kes terhadap IK harus diteruskan...
Quote NotYou 25-5-2023 11:48 AM
Hari ni bukan ke blh cerai secara hakam??? Gila tangguh sampai bila ...ape je si samdol ni sanggup tanggung beban dosa just kerana nak feed ego dia...dah tak suka tak balik tak jln kan tanggung jawab yg btl sebagai suami tapi masih lagi nak jadi suami sarah...nampak sgt bangang rela kumpul dosa byk2
Quote ira_229 25-5-2023 11:53 AM
jahat betul si samdol..dia yg curang..dia yg tak bertanggungjawab sebagai suami lepas tu nk susahkan isteri pertama dan anak2...tindak tanduk mmg dah tak nk PS tapi tetap tak mau ceraikan dia..
Quote NotYou 25-5-2023 11:53 AM
matjerk replied at 25-5-2023 11:47 AM
Harap2 ps x gugurkan injuksi terhadap IK laa semata mahu diceraikan... kes terhadap IK harus diterus ...

Yup harap sarah continue senyap and zip mulut tau2 nanti dah cerai...ghosting kan aje si mamat bongok tu buat2 tak wujud lagi dlm dunia hahhaha ...buang2 energy je cakap pasal mamat mental ni
Quote aqua_marine 25-5-2023 11:55 AM
kiranya sol mohon injuksi selepas ps menangis dlm ig la yer..
lamberttt la ko sol..

ai rasa itu dah the last blow from ps..
pompuan kalau dah sakit hati/ tawar hati dia all out sekali je
pastu dia boleh act like ko tak wujud langsung..

jangan nyesal sudahlah sol oi...
Quote ira_229 25-5-2023 11:57 AM
aqua_marine replied at 25-5-2023 11:55 AM
kiranya sol mohon injuksi selepas ps menangis dlm ig la yer..
lamberttt la ko sol..

bagi dia duit segala2nya...
Quote jalfa 25-5-2023 11:58 AM
Ooo.patutla ps dah kurang mengomel.oklah tu dua dua pihak kena injuksi aman aman sikit.leh lah couple sikin dgn cat nak muncul dlm gosip porem
Quote jiwakacau06 25-5-2023 11:59 AM
aqua_marine replied at 25-5-2023 11:55 AM
kiranya sol mohon injuksi selepas ps menangis dlm ig la yer..
lamberttt la ko sol..


sblum nangis tu...masa ps ckp psl video x senonoh mgkuk ayun tu
Quote likilu 25-5-2023 12:01 PM
Netizen ingat dia ni dah insaf rupanya dia sendiri kena injuksi sebabtu tak menceceh kat ig

Sol tolongla apply lama sikit setahun dua atau sampai anak umur 25 tahun. At least takde la byk sgt dosa kering

Ok pula tak stress pun kan pendam je perasaan tak cerita kat igs? Acik forum toxic kata biarlah luahkan je sebab taknak bagi stress. All it needs is some discipline. Amek ko arahan mahkamah terus. Islam ajar taknak dengar.
Quote aTiKah_aYuNi 25-5-2023 12:02 PM
NotYou replied at 25-5-2023 11:48 AM
Hari ni bukan ke blh cerai secara hakam??? Gila tangguh sampai bila ...ape je si samdol ni sanggup t ...

hakam pon, mau 2 -3 tahun selesai..kena panggil saksi 2 orang ( 2 lelaki ) atau 3 saksi ( 2 perempuan, 1 lelaki)
sy mohon peguam failkan fasakh november 2020, januari 2023 baru angkat sumpah + hakim setuju bubarkan perkahwinan.. sepanjang perjalanan kes, ex tak muncul langsung...
Quote likilu 25-5-2023 12:02 PM
Orix replied at 25-5-2023 11:27 AM
payah nau nak bercerai. kawan2 cainis iols senyum sinis sajokkk baca pasal kisah diorg ni sbb news T ...

Huh? Chinese pun lambat bertahun jugak kot kalau nak cerai. Sama je lalui proses berdamai apa semua sebelum jatuh talak. Talak? Hahaha
Quote emera 25-5-2023 12:06 PM
Dia lg suka kumpul dosa dera mental bini ye? Semoga mati pucuk secepat mungkin.
Quote likilu 25-5-2023 12:07 PM
akuMNdia replied at 25-5-2023 11:46 AM
sol pikir senang2 nak dptkan perintah injunction ni agaknyer.
sama la mcm dia failkan nusyuz atas PS ...

Err... macam senang je apply injuksi? And terus effective pulak tu means senang la kan?

Dah dapat pun apa yg sol nak, cuma dia tak reapply je untuk extend kalau apply pun memang terus approve je.

Dan yes, memang keluar rumah tanpa izin tanpa sebab is enough for nusyuz pun kan? Dan kita still tak tahu (tak perlu pun) apa sebenarnya berlaku. Bila isteri tak taat, kan gugur tanggungjawab suami nafkahkan isteri sehingga kembali taat. Or if i salah mohon betulkan.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048397 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top