CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadi Duta Barangan, Berlakon, Semua Job Mira Filzah Sambar "Tak Memilih Asalkan Sesuai"

25-5-2023 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 550| Komen: 1

Description: Mira Filzah bertuah dan bersyukur apabila sekali lagi mendapat kepercayaan jenama terkenal penapis air Malaysia sejak dua tahun lalu.
Mira Filzah bertuah dan bersyukur apabila sekali lagi mendapat kepercayaan jenama terkenal penapis air Malaysia sejak dua tahun lalu.

"Saya amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada produk ini, namun bukan bermakna saya akan fokus pada menjadi duta dan kurangkan berlakon.


Foto: IG

"Menjadi duta produk ini sebenarnya adalah sebahagian daripada perjalanan karier seni. Saya rasa mempelbagaikan karier pada setiap tahun ini bagus untuk mengekalkan saya dalam industri," katanya kepada Harian Metro.

Mira kini giat membina empayar perniagaan namun dalam masa sama masih meneruskan karier dalam lakonan memandangkan umurnya baru menganjak 30 dan masih banyak perkara yang boleh diterokai.



Menurut Mira, dia tidak menetapkan sebarang kriteria dalam setiap tawaran lakonan atau duta produk, sebaliknya jika tawaran itu bersesuaian dengan imejnya sekarang, dia akan menerimanya.

"Ketika Mira muda dulu boleh jadi duta produk yang memerlukan larian sana sini melompat atau lebih mudah gaya hidup aktif.

"Sekarang ini status Mira yang sudah pun bertukar menjadi ibu, mungkin Mira kena pandai pilih yang bersesuaian," katanya.



Dia akan memastikan memberikan yang terbaik bagi setiap tawaran yang diperoleh, sekali gus memastikan tidak berlaku pertindihan penggambaran demi memastikan apa yang dirancang berjalan lancar.

Mira turut berkongsi caranya membahagikan masa bersama keluarga dengan memastikan semua tugasan yang perlu dilakukan disenaraikan mengikut jadual.


"Ada masanya saya pasti akan melalui fasa yang tidak mempunyai masa langsung untuk Amir (anak), terutama kalau terbabit dalam penggambaran drama.

"Kalau saya keluar pagi, dia tak bangun lagi, kalau dah balik malam dia pula dah tidur, kadang rasa sedih juga.



"Jadi, dalam jadual tahunan mungkin saya akan hadkan penggambaran drama, tetapi tidak bermaksud saya akan berhenti berlakon. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-5-2023 09:02 AM
basic sgt euywwwwww

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.038987 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top