CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembenci Haiwan Bela Kucing Sampai 7 Ekor Mati, 2 Bangkai Terbiar Dalam Rumah Sejak Raya

24-5-2023 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 451| Komen: 6

Description: Individu dipercayai pendera haiwan menyebabkan kematian tujuh ekor kucing.Menurut pengguna Twitter yang berkongsi mengenai insiden itu pada Selasa, Balqis berkata, ia disedari selepas dia bersama raka ...
Individu dipercayai pendera haiwan menyebabkan kematian tujuh ekor kucing.

Menurut pengguna Twitter yang berkongsi mengenai insiden itu pada Selasa, Balqis berkata, ia disedari selepas dia bersama rakannya pergi ke rumah individu berkenan yang dikenali dengan nama Nia baru-baru ini.


Katanya, keadaan kebersihan di rumah terbabit yang diduduki Nia, dipercayai terletak di sekitar Lembah Klang itu didapati sangat teruk dan tidak sesuai untuk diduduki oleh kucing peliharaan.


Tangkap layar video dikongsikan Balqis mengenai keadaan rumah tersebut yang sangat kotor dan tidak sesuai untuk diduduki kucing peliharaan.

"Rumah itu penuh dengan kutu. Kucingnya baru sahaja mati akibat kutu, namun dia sedang mencari pengganti (kucing peliharaan lain). Beberapa ekor kucing mati di bawah jagaannya hanya dalam tahun ini kerana pengabaian.

"Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam rumah, saya melihat ulat sampah merayap berhampiran tong sampah, makanan sudah reput di bawah sofa dan najis kucing di atas sofa. Kesan air kencing kucing juga dilihat di atas lantai.

"Memaksa kucing untuk hidup dalam keadaan seperti ini juga merupakan satu bentuk penderaan," katanya dalam ciapan tersebut.

Menerusi rantaian ciapan sama, Balqis turut berkongsikan beberapa gambar dan video memaparkan kucing yang ditinggalkan di dalam rumah tersebut yang berada dalam keadaan sangat kotor.

Menurut Balqis, ketika masuk ke rumah berkenaan, dua kucing didapati sudah mati di sebuah sangkar diletakkan di bahagian atas rumah dengan bangkai haiwan terbabit masih tidak dikeluarkan sejak Raya.

Katanya, apabila ditanyakan mengenai hal tersebut, Nia hanya mengiyakan perkara berkenaan dan seakan-akan langsung tidak mengambil berat mengenai kematian kucing itu.


Sisa makanan dibiarkan terbiar di rumah berkenaan.

Balqis berkata, kucing dijaga di rumah tersebut juga didakwa tidak diberikan makanan kerana beberapa rakan Nia yang pernah masuk ke rumah itu beberapa kali mengatakan mereka melihat mangkuk makanan haiwan tersebut kosong.

Dalam pada itu, Balqis berkata, pendedahan itu bagi memberikan peringatan kepada pusat pengambilan dan pemilik kucing agar tidak menyerahkan haiwan peliharaan mereka kepada individu terbabit.

"Pergi ke pihak kebajikan sosial dan mereka berkata tidak boleh berbuat apa-apa tentang haiwan itu.

"Perhilitan boleh mengambil haiwan itu tetapi dia (Nia) masih boleh terus mengambil lebih banyak lagi (kucing peliharaan).

"Ini adalah harapan terakhir saya agar dia tidak akan diberikan lagi (kucing peliharaan). Tiada lagi kucing mati. Jangan beri kepada dia," ujar Balqis yang mengenali Nia kumpulan peminat haiwan eksotik.



Balqis berkata, Nia yang didakwa turut membela ular dan burung itu sudah pun dilarang daripada beberapa kumpulan haiwan peminat berkenaan kerana sikapnya.

"Burung pertama yang dia dapat mati selepas haiwan tersebut terbang ke kipas yang dia biarkan terbuka. Dia kemudianya membeli burung yang baru.

"Satu haiwan mati, dia akan dapat seekor lagi. Ia adalah kitaran ganas. Dia langsung tidak menyesal atau mengambil berat," kata Balqis. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-5-2023 10:42 AM
39e97c43-1997-4962-bf64-ba91d261e7bb.jpg
Quote prettyuglybabe 24-5-2023 11:02 AM
ada jugak yang spill pasal nia ni..
pasal anjing yang dia beria amik tapi lepas tu dia campak kat orang lain..
Quote SembangKari 24-5-2023 11:06 AM
Siapa Nia ni
Quote vanillaninja 24-5-2023 11:06 AM
Euww gelinya tengok rumah sheols. Bukan takat kucing je tak sesuai duduk situ, manusia lagi la tak sesuai. Jijiknya.
Quote Mooverine 24-5-2023 11:07 AM
Saya baca ni semalam kat twitter, tengok gambar dan video.. terus semalaman rasa gatal2 .. gila ah.. mcm manaa la dia dpt hidup kat rumah mcm tu. geli betul
Quote nw111 24-5-2023 01:23 PM
Edited by nw111 at 24-5-2023 01:50 PM

Sakit jiwa budak ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.337947 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top