CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Klon’ Diserbu Peminat Ajak Bergambar, Pemuda ‘Feeling’ Sufian Suhaimi Hadir Majlis Open House

23-5-2023 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 919| Komen: 10

Description: Seorang pemuda yang mirip penyanyi Sufian Suhaimi muncul dalam acara rumah terbuka di sebuah dewan, mengejutkan tetamu.Menerusi satu video tular, pemuda berkenaan juga tidak menyangka dia dikerumuni s ...
Seorang pemuda yang mirip penyanyi Sufian Suhaimi muncul dalam acara rumah terbuka di sebuah dewan, mengejutkan tetamu.

Menerusi satu video tular, pemuda berkenaan juga tidak menyangka dia dikerumuni sekumpulan budak lelaki yang mengajaknya untuk bergambar. Tidak mahu menghampakan mereka, dia memenuhi permintaan itu.



IG/mStar

Bercakap kepada mStar, dia yang mahu dikenali sebagai Shahfiq Sufian berkata, pendapat tentang wajahnya dikatakan mirip penyanyi Di Matamu itu sebenarnya bukan perkara baharu

Namun, pemuda berusia 35 tahun itu menjelaskan bahawa dia bukan mahu mengambil kesempatan bagi meraih populariti, tetapi sekadar menggembirakan orang.

Berkongsi pengalaman, Shahfiq Sufian berkata, rata-rata keluarga dan kenalannya melihat banyak persamaannya dengan Sufian dari segi senyuman dan gigi.



"Saya rasa kelakar sebab sebagai tuan badan tahu tak sama dengan artis pun. Namun, saya tetap menjaga diri terutama di khalayak ramai.

"Kalau ada yang daripada jauh pandang-pandang dan senyum, saya hanya balas dengan senyuman. Saya tidak mahu dikatakan sombong.

"Ada yang tegur beritahu saya macam Sufian, ada juga yang tanya adakah saya artis? Saya hanya senyum dan menidakkannya," ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.

Siapa sangka, anak keempat dari lima beradik ini dikejutkan dengan satu panggilan video yang dibuat bersama dengan penyanyi itu, susulan video mengenainya tular.



"Kebetulan seorang rakan terlibat dalam satu majlis di mana Sufian merupakan artis jemputan. Video call selama 15 saat itu menyaksikan saya dan Sufian lebih banyak ketawa.

"Memang tak sangka, the real Sufian Suhaimi depan mata (menerusi panggilan video). Rasa terharu kerana Sufian sendiri sudi nak bercakap dengan saya," kata Shahfiq Sufian lagi.

Dalam pada itu, pegawai khas di Kerajaan Negeri Selangor itu turut menyedari dia juga sering dikatakan mirip dengan wajah pendakwah bebas dan selebriti, Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail.



"Terkejut juga sebab kebiasaannya disamakan dengan Sufian, nampak macam klon. Kalau mirip PU Riz, mungkin sebab saya simpan jambang, lebih-lebih lagi berkopiah dan jubah.

"Pernah juga ada orang luar tegur cakap wajah saya macam Pu Riz. Saya bergurau sebut nama Neelofa," ujar Shahfiq Sufian secara berseloroh yang merujuk kepada PU Riz yang merupakan suami kepada pengacara dan pelakon Neelofa.

Menyatakan dia sebagai seorang yang mudah didekati dan happy-go-lucky, pemuda yang meminati bidang permotoran dan aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan menerusi gerakan badan bukan kerajaan (NGO) ini juga mempunyai minat dalam bidang nyanyian.

"Saya bukan siapa-siapa, tapi saya suka menyanyi. Ada pengalaman jadi vokalis band Polis Diraja Malaysia (PDRM) Klang selama dua tahun.

"Cuma setakat ini saya belum pernah menyanyikan lagu Sufian Suhaimi ketika membuat persembahan atau di khalayak ramai.

"Mungkin masa tu belum sedia disamakan dengan Sufian. Mungkin saya boleh menyanyikan lagu-lagu dia pada masa akan datang," ujar Shahfiq Sufian.

Untuk rekod ini bukan kali pertama wajah Sufian Suhaimi dikaitkan mirip seseorang kerana pada 2019 media pernah melaporkan tentang 'kembar' penyanyi berkenaan.

Ketika itu individu bernama Mohamad Shah Rizan Mohd Zam Zam yang bekerja di Hospital Seri Manjung (HSM), Perak menjadi perhatian ramai gara-gara wajahnya dikatakan seiras Sufian.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 23-5-2023 07:07 PM
Kenapa aku nampak rupa dia lebih kepada suami jah lopa?
Quote telracs 23-5-2023 07:34 PM
Bakal jadi artis?
Quote bedahmenjuyah 23-5-2023 11:25 PM
Baiklahhhhhhhh
Quote Orix 23-5-2023 11:26 PM
missbigrockstar replied at 23-5-2023 07:07 PM
Kenapa aku nampak rupa dia lebih kepada suami jah lopa?

iols pn nmpak mcm bini jahlop
Quote dudaberhias 24-5-2023 01:38 AM
rhoper macam laki jahlop mix antertu (walaupun bukan teruna) kopok losong yang tak habis2 citer pasal jodoh tu jah....

Quote doubleharmonic 24-5-2023 08:41 AM
macam muka bini jah jerr
Quote sangbara2020 24-5-2023 08:56 AM
kheun npk mcm bini jah
Quote brunesss 24-5-2023 09:05 AM
missbigrockstar replied at 23-5-2023 07:07 PM
Kenapa aku nampak rupa dia lebih kepada suami jah lopa?

aku pun sama hahahahaha marhaen sungguh muka dia.. versi bangla pun ada kan
Quote dua_chzy 24-5-2023 09:13 AM
Apa klon? Sufian tu muka Melayu. Yang ni muka mamak. Apa klon?
Quote dua_chzy 24-5-2023 09:14 AM
missbigrockstar replied at 23-5-2023 11:07 AM
Kenapa aku nampak rupa dia lebih kepada suami jah lopa?

Sebab DKK kot. Aku pun nampak senyuman tu ada iras.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060773 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top