CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hangat Bagai Malam Pertama, Rupanya 'Diratah' Jin Sampai Lebam Dan Luka-Luka Ketika Suami Outsation

22-5-2023 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2805| Komen: 12

Description: Gembira bukan kepalang seorang wanita apabila suami pulang awal dari dijangka. Masakan tidak, sering ditinggal kerana suami kerap bertugas di luar daerah membuat wanita itu rindu belaian kekasihnya.Me ...
Gembira bukan kepalang seorang wanita apabila suami pulang awal dari dijangka. Masakan tidak, sering ditinggal kerana suami kerap bertugas di luar daerah membuat wanita itu rindu belaian kekasihnya.


Mendengar deruman enjin kereta masuk ke perkarangan rumah, Ika yang sedang berada di dapur berlari keluar ke ruang tamu sambil menyelak langsir.

Dia terus tersenyum melihat Toyota Hilux milik suaminya, Asmadi berhenti di bawah garaj sebelum membuka pintu dan menyapa kesayangannya itu.


Gambar hiasan

"Abang kata empat hari pergi sana. Kenapa balik awal?" soal Ika sambil menyambut tangan suaminya yang tersenyum mesra di hadapan pintu rumah mereka.

Sambil berjalan masuk, Asmadi berkata jadual kerjanya di Pulau Pinang disingkatkan kerana ada mesyuarat penting untuk dihadiri di ibu kota esoknya.

Kepulangan mengejut itu membuatkan Ika gembira kerana sudah terlalu kerap dia ditinggalkan setiap kali Asmadi outsation di luar negeri.


Selepas mandi, pasangan yang baru setahun berkahwin itu menikmati makan malam bersama sambil berborak tentang kehidupan seharian mereka.

"Abang rindu sayang, dah dua hari tak jumpa," ujar Asmadi manja sambil mencuit pinggul Ika selepas mereka selesai makan malam.

Sama seperti Asmadi, Ika juga meluahkan rasa rindu memandangkan mereka hidup berdua dan belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Dengan lirikan mata nakal, Asmadi terus menarik tangan Ika dan mengajaknya naik ke bilik mereka di tingkat atas.

Hangat bagaikan malam pertama, Ika rebah dalam pelukan Asmadi tatkala mereka bermadu asmara di sebalik lampu kamar yang malap itu.

Keesokannya, Ika tersedar kira-kira jam 7.30 pagi dan melihat Asmadi tiada di sisinya.

"Abang... abang," jerit Ika manja kerana menyangka suaminya turun ke ruang tamu di bahagian bawah.

Ika bangkit untuk ke bilik mandi bagi mencuci muka serta memberus gigi, namun dia terkejut melihat keadaan tubuhnya ketika melewati cermin besar yang diletakkan di sisi katil.

Ika yang hanya memakai pakaian dalam terus panik apabila melihat bahagian tangan, paha, perut, punggung serta lehernya dipenuhi kesan lebam serta cakaran.

Pada waktu itu juga Ika baru menyedari terdapat kesan cakaran panjang dan kesan darah yang telah kering pada badannya.

Ika terus berlari ke bawah untuk mendapatkan suaminya, namun kelibat Asmadi tidak kelihatan dalam kediaman itu, malah keretanya juga tiada.

"Abang, abang kat mana? Badan sayang lebam tiba-tiba, penuh dengan kesan luka," luah Ika menangis ketika menghubungi suaminya.

Asmadi yang terkejut menerima panggilan itu terus meminta Ika bertenang dan berkata dia akan pulang pada hari itu.

Mendengar kata-kata suaminya, Ika sekali lagi bertanya untuk kepastian kerana dia tidak percaya bahawa suaminya masih lagi berada di Pulau Pinang.

"Habis tu, siapa yang balik petang semalam?" soal Ika yang makin panik.

Ika terus menggapai kain tuala dan berlari ke kawasan luar rumahnya sambil menangis ketakutan untuk meminta bantuan jirannya.

Selepas balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama, Asmadi terus membawa Ika untuk bertemu dengan seorang pengamal perubatan tradisional di Ijok, Selangor.

Menurut bomoh itu, rupanya Ika bersetubuh dengan jin yang sudah lama mendiami rumah mereka.

Dakwa bomoh tua itu, jin berkenaan sering memerhatikan Ika yang bersendirian setiap kali Asmadi keluar bekerja di luar negeri.

Sejak kejadian itu, Asmadi banyak menemani isterinya dan mereka terus berpindah rumah pada bulan berikutnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 22-5-2023 12:15 PM
Edited by lightheaded67 at 22-5-2023 12:18 PM

beauty and the beast kah
Quote Thunderclouds 22-5-2023 12:39 PM
Sah. Mstar ni mastika bersalin kulit.
Quote DayangKirana 22-5-2023 03:54 PM
dah takde modal..citer gini pon boleh kluar jadi artikel Mstar...
dasar tabloid murahan.
Quote edoraixora 22-5-2023 05:20 PM
adoiiiii....the return of mastika kah ini
Quote PULANGKAN 22-5-2023 05:30 PM
PHSM.jpg

blur kejap Iols
cousin Iols buat perangai lagi ka? gitewww
Quote leenaz 24-5-2023 10:10 AM
ni cerita benar atau claim kejadian benar berlaku
Quote annehuda 24-5-2023 05:49 PM
Aku duduk sorang2 bertahun-tahun tak pernah lg kene rogol ngan jin lol
Quote hanihan16 4-6-2023 01:02 PM
bangun pukui 7.30 hang tak semayang subuh ka dak ika ooiiiiii
Quote selipar_hijau 5-6-2023 07:02 PM
Variasari sangat cerita ni. Cuma pendek huraian kat part bermesra tu
Quote anisanim 15-6-2023 06:58 PM
hanihan16 replied at 4-6-2023 01:02 PM
bangun pukui 7.30 hang tak semayang subuh ka dak ika ooiiiiii

Iollss terpikir yg sama..tapi sangka baik je ika tu kepenatan..
Quote AcikCleaner 4-7-2023 08:51 PM
Macam cerita zaman mastika
Quote PenjualAPAD 5-7-2023 10:13 PM
kalau ada gamba ka, video ka lagi syiok dan feel nak baca bang oiiii

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.048856 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top