CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rakan Pejabat ‘Bertaruh’ Pikat Isteri Orang, Tak Pandang Anak Dara

21-5-2023 11:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1329| Komen: 9

Description: Menerusi pendedahan pengguna TikTok dengan nama @lawyershazril, kecurangan sehingga mengakibatkan penceraian yang berlaku pada masa ini lebih banyak melibatkan wanita berstatus isteri orang berbanding ...
Menerusi pendedahan pengguna TikTok dengan nama @lawyershazril, kecurangan sehingga mengakibatkan penceraian yang berlaku pada masa ini lebih banyak melibatkan wanita berstatus isteri orang berbanding gadis mahupun janda.


Menyifatkannya perbuatan pikat isteri orang sebagai trend, dia mengakui kes seumpama itu semakin berleluasa pada masa ini malah dikatakan kaum adam sama ada lelaki bujang atau sudah berkahwin lebih gemar memilih wanita berstatus isteri untuk 'dipancing'.


Dek kerana itu, beliau menggariskan beberapa faktor yang menjadikan isteri orang lebih 'laris' berbanding anak dara.

"Anak dara mudah dapat, isteri orang susah dapat... yang susah dapat lebih bagus daripada yang mudah diperoleh. Tidak kurang juga yang menjadikan wanita berstatus isteri sebagai barang taruhan," coretnya.

Tambahan pula, jika bercinta dengan isteri orang, pastinya tidak banyak modal yang perlu dikeluarkan.


Iyalah, selain mempunyai sumber kewangan sendiri, isteri orang juga tidak banyak karenah seperti anak dara yang sentiasa inginkan perhatian, dipujuk dan diberikan hadiah.

"Selain berpengalaman, ekonomi isteri orang ni kukuh dan mereka yang 'bercinta' dengannya tidak perlu bertanggungjawab kerana masih mempunyai suami.

"Ada juga yang menjadikan isteri orang ini sebagai 'bank' kerana mereka boleh digunakan untuk membuat pinjaman perbankan mahupun along.

"Sebagai isteri orang, penampilan pastinya terjaga dan sentiasa kelihatan menawan di samping pandai memujuk serta melayan," katanya sambil menambah kes begini berlaku di sektor awam dan swasta.

Shazril (kiri) bersama barisan peguam Syarie selepas satu kes perbiacaraan.

Ketika dihubungi mStar, peguam Syarie Shazril Khairy Mustafa berkata, kes melibatkan skandal tempat kerja sudah berlarutan sejak sekian lama.

"Sejak saya praktis sehingga sekarang, kes seperti ini tidak pernah putus... bayangkan sudah 23 tahun berlalu," ujarnya.

Menjelaskan maksud anak dara senang dapat seperti yang dinyatakan dalam video viralnya itu, pemilik firma Tetuan Shazril Khairy Mustafa & Associates berkata, anak dara pada masa ini ramai.

"Masing-masing cari jodoh dan mudah untuk dapat... tapi isteri orang susah untuk dapat. Jadi kalau dapat, itu luar biasa dan perkara ini benar-benar terjadi," kongsinya yang mempunyai 18 firma guaman di seluruh Malaysia dengan 100 peguam terlibat.

Kebanyakan individu yang memfailkan kes penceraian juga mempunyai bukti kecurangan pasangan masing-masing seolah-olah ia sengaja didedahkan bagi membolehkan langkah seterusnya diambil.

Kebiasaannya rahsia yang kononnya disimpan itu terdedah melalui aplikasi WhatsApp di telefon.

"Selalunya kes yang saya dapat ada bukti video, gambar atau perbualan di WhatsApp.

"Daripada 18 firma yang saya ada, satu daripadanya merekodkan 91 kes penceraian bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini," jelasnya.

Video pendedahan Shazril di TikTok hingga kini meraih lebih 640,000 tontonan di TikTok selain tular di pelbagai platform lain.

Rata-rata warga maya meninggalkan pelbagai reaksi selain turut berbahas tentang isu 'trend pikat isteri orang' yang dinyatakannya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 22-5-2023 11:56 AM
Apa ke peliknya. Dah longgar pun nk gak
Quote copy_paste 23-5-2023 08:57 AM
perangai menjijikkan,konon anak dara senang dpt,padahal anak dara x pandang pun
Quote pocongkiutss 23-5-2023 09:05 AM
Tak melayan..tak menjadi

Jgn jadi bodoh la melayan jantan tak guna

Laki ko teruk camne sekalipun..mintak la cerai dulu baru nak berskandal
Quote nuralisa 23-5-2023 09:52 AM
aku rasa status laki org ke bini org ker sama jer..
bila ada org nak try ..dorg akan rasa mcm laku je lagi ...
padahal org tu nak amik kesempatan jer...
Quote Mamason 23-5-2023 11:55 AM
nuralisa replied at 23-5-2023 09:52 AM
aku rasa status laki org ke bini org ker sama jer..
bila ada org nak try ..dorg akan rasa mcm laku j ...

Ada betulnya jugak ni, deme ingat saham tinggi lagi...ate ada org try, kononnya laki xhargai.  Maka menjadilah segala benda yg xpatut terjadi. Depan mate nampak buruk aje.. org yg memuji memuja tu lah dikatanya memberi perhatian.  Nauzubillah.. moga Allah lindung... Aamin..
Quote doubleharmonic 23-5-2023 11:59 AM
pencaras bernombor pulak terbalik khenss. tokmisai and geng bertaruh nak kawin dengan anak dara tu katanyerr
Quote Mamason 29-5-2023 02:59 PM
doubleharmonic replied at 23-5-2023 11:59 AM
pencaras bernombor pulak terbalik khenss. tokmisai and geng bertaruh nak kawin dengan anak dara tu k ...

Tapi, udah jodohnya gamaknya komee... elok aje tu berdamai.. udah beranak sepasang... Xde pulak dikesahkan deme ...
Quote IzzahF 30-5-2023 09:22 AM
halahhh bini2 org yg berskandal dekat opis2 esp kerajaan
tayah ko bertaruh2, dia sendiri kangkang

ada tu laki dah tau pun
tp laki tu nk cerai tak berani, keta honda civic bini bayar
rumah bini tanggung lebih, kang cerai mati la nak sapa nk bayar honda
Quote chiyoasuka 28-7-2023 01:43 AM
ntahlah ko bang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057039 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top