CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aman Ra Banyak 'Lari' Dari Media Sebab Segan Tak Sambut Aidilfitri Macam Orang Lain

2-5-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2370| Komen: 22

Description: Penyanyi rap, Aman Ra, 36, selalu mengelak daripada media apabila menyentuh isu perayaan Aidilfitri. Justeru, kali ini Aman memberi penjelasan mengenai tindakannya itu dengan berkongsi kisah perjalana ...
Penyanyi rap, Aman Ra, 36, selalu mengelak daripada media apabila menyentuh isu perayaan Aidilfitri. Justeru, kali ini Aman memberi penjelasan mengenai tindakannya itu dengan berkongsi kisah perjalanan kehidupannya tatkala membesar yang tidak meraikan Aidilfitri seperti mana orang lain.


"Kalau bercerita mengenai rutin Aidilfitri, sejujurnya saya tak pernah meraikan Aidilfitri sepanjang saya membesar.

"Sebenarnya, saya banyak 'lari' daripada media sebab saya tak tahu nak kongsikan apa mengenai diri saya. Rasa segan pun ada sebab saya tak membesar meraikan Aidilfitri seperti orang lain.


Harian Metro

"Bila dah semakin dewasa, saya cuba 'fit in' dengan kehidupan seperti orang lain dan ikut arus kehidupan," katanya.

Aman berkata, dia menjadikan bumi tempat dia berpijak kini sebagai kampung halamannya.

"Kedua-dua ibu bapa saya dah meninggal dunia. Arwah mak saya, seorang mualaf, meninggal dunia pada 2013, manakala arwah ayah pula meninggal dunia pada Disember 2021.


"Di mana saya berada, di situlah kampung saya. Jadi, kampung saya sekarang adalah di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Memang di sini jugalah saya akan meraikan Aidilfitri," katanya.

Katanya, kisah dan jalan cerita kehidupannya mungkin sama dengan individu lain sekali gus membuktikan bahawa mereka tidaklah terasing.

"Saya tahu, mungkin ramai orang melalui pengalaman seperti saya, cuma mungkin saya yang rasa segan sikit sebab bila kita tak nampak Melayu sangat, orang akan bercakap begitu dan begini.

"Tapi, perlahan-lahan, saya cuba kongsikan sedikit mengenai diri saya. Setidaknya, mungkin ada orang di luar sana yang ceritanya sama seperti saya akan rasa okay dan tak rasa mereka sendirian," katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kehidupan masa silamnya, Aman kini perlahan-lahan belajar mengenai adab dan adat Melayu.

"Kalau bercakap mengenai baju Melayu, dulu saya selalu pakai baju cekak musang. Tapi, masalahnya saya selalu hilangkan butang. Jadi, sekarang saya lebih selesai memakai baju teluk belanga dan baju batik.

"Saya semakin belajar mengenai adab dan adat kita. Perlahan-lahan, saya belajar mengenai pakaian tradisi, sampin dan sebagainya.

"Baju Melayu dan butang contohnya, ada simboliknya tersendiri. Kita belajar mengenainya sedikit demi sedikit," katanya.

Terbaharu, Aman kini tampil menerusi lagu Ayuh yang menjadi OST untuk filem Polis Evo 3. Tidak bersendirian, Aman turut beraksi bersama Malique, Kmy Kmo dan Ernie Zakri dalam lagu itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 2-5-2023 01:13 PM
..cuma mungkin saya yang rasa segan sikit sebab bila kita tak nampak Melayu sangat..


alah alah alahh Aman Bin Jamaludin ni... terpaling membesar KL, terpaling budak town, terpaling tak melayu sebab wajah ko dah macam mamak pelita tapi feeling-feeling nigga.. asal-asal budak flat KL tu pun mak pak asal setinggan, datang dari kampung, mustahil tak sambut raya bagai... mak ayah pun baru je meninggal, bukan meniggal sejak kau baby pun... alahh alaahh... hujung2 kongkek pompuan tua, tinggalkan bini, sexting masa umrah... sooooo western lah konon? yihhh
Quote dagusengett 2-5-2023 01:20 PM
nak sambut mcm mana lagi
pegi solat raya
kalau ada jemputan ke rumah tu rezeki lebih
Quote lasagna 2-5-2023 01:31 PM
prince_marhaen replied at 2-5-2023 01:13 PM
alah alah alahh Aman Bin Jamaludin ni... terpaling membesar KL, terpaling budak town, terpaling ta ...

sexting masa umrah??? mak aiiii.. dahsat
Quote laksmanabentan 2-5-2023 01:37 PM
alolololo....

nak propa pun tak yah lebih2 weeyy... bau hancinggg....

Skrg umur ko 36 tahun
mak meninggal tahun 2013 - masa umur 26 tahun
ayah meninggal tahun 2021 - masa umur ko 34 tahun
ko kawin kali ke dua tahun 2021 - masa umur 34 tahun
ada 2 orang anak umur 3 & 7 tahun...
hahahhahahaha....

tak sambut raya la sgt kannnn....
hahahaha...
Quote prince_marhaen 2-5-2023 01:37 PM
lasagna replied at 2-5-2023 01:31 PM
sexting masa umrah??? mak aiiii.. dahsat

..masa ex wife heols merentan haritu...




sumber :
https://gempak.com/berita-terkin ... bab-sundl-kau-46741
Quote lasagna 2-5-2023 01:50 PM
prince_marhaen replied at 2-5-2023 01:37 PM
..masa ex wife heols merentan haritu...

perghhh ex wifey sendrik yg reveal ek... cekap sia..
Quote rayray28 2-5-2023 02:12 PM
Lari sbb xmau kena soal hal rumahtangga je ni
Quote MsCinderella 2-5-2023 02:17 PM
laksmanabentan replied at 2-5-2023 01:37 PM
alolololo....

nak propa pun tak yah lebih2 weeyy... bau hancinggg....

big kantoi punya......

haha lawak
Quote sukacactus 2-5-2023 02:45 PM
Laki xleh pakai dia ni
Quote laksmanabentan 2-5-2023 02:49 PM
MsCinderella replied at 2-5-2023 02:17 PM
big kantoi punya......

haha lawak

propa sgttttt kann...
Quote selipar_hijau 2-5-2023 02:55 PM
Sembangggggg.. padahal ko takut kena soal pasal hal2 kawin ko itu hari dgn kakak tukang masak mana ntah.. Hujung2 keluar ayat tidak meraikan Aidilfitri seperti mana orang lain
Quote anilanil 2-5-2023 02:56 PM
Ko expect org lain celebrate raya mcm mana? Tak reti semayang raya & mandi sunat aidilfitri ke? Pakai je la apa2 pakaian yg bersih & tutup aurat. Takde juadah raya? Ko duduk dlm gua ke? Gi la beli. Kuih, lemang, rendang bersepah org jual tepi jln. Zaman skrg takyah beria sgt nk salam2 byk virus. Mintak maaf pakai wasap sudah...
Quote kikiharris 2-5-2023 03:09 PM
Bro sembang mcm lahir kat Papua New Guinea
Padahal seram , journo tanya soalan kontroversi sbb perangai hamjadah ko tu.
Come on lah, Chinese and Indian pun reti sambut raya siap baju melayu , beli lemang lagi. Koser lah!
Quote Suchi 2-5-2023 04:00 PM
Mak dia mualaf tu bangsa apa?

Quote sambaldurian 2-5-2023 04:32 PM
Ingat dia sorg je x beraya. Ramai je yg jenis introvert xnk beraya. Ramai je g kerja hari raya. Apa kesah ngan hari raya. Janji ko x berpuasa on 1 syawal dh le.
Quote Mary_jane 2-5-2023 05:17 PM
Fefeeling terpaling bukan melayu ke budak subang jaya memang ada gaya?
Quote mawardia 2-5-2023 05:20 PM
Bodoh nya alasan
Quote babyLON. 2-5-2023 05:21 PM
prince_marhaen replied at 2-5-2023 01:13 PM
alah alah alahh Aman Bin Jamaludin ni... terpaling membesar KL, terpaling budak town, terpaling ta ...

padu semburan
Quote mixed 2-5-2023 06:10 PM
aku org KL lahir sini beraya cam biasa
ko sembang apa ni syaiton
ckp je takut kena iv psl kawen br

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059751 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top