CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Tahulah Kenapa Selalu Sangkut Dengan Atlet," Dah Bercinta Sakan Tapi Yazmin Aziz Tak Terburu-Buru Nak Kahwin

30-3-2023 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4139| Komen: 12

Description: Yazmin Aziz tak merancang nak kahwin dalam masa terdekat meskipun hangat dilamun cinta dengan pemain bola keranjang Hong Kong, Austin Veloso.
Yazmin Aziz tak merancang nak kahwin dalam masa terdekat meskipun hangat dilamun cinta dengan pemain bola keranjang Hong Kong, Austin Veloso.

Katanya, dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga, sebaliknya inginkan ruang untuk saling mengenali teman lelakinya.


Foto: IG

“Ya, hubungan kami semakin serius. Lebih-lebih lagi selepas dia datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan keluarga saya.

“Tetapi kami tidak mahu terburu-buru (berkahwin). Biar kami bina hubungan ini secara perlahan-lahan dahulu,” katanya yang juga merancang terbang ke luar negara untuk berjumpa keluarga Austin.



Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan percintaan dengan pemain bola sepak asal Brazil, Nixon Guylherme. Bagaimanapun hubungan mereka terputus ditengah jalan.


Dia kemudian bertemu Austin ketika lelaki berusia 26 tahun itu berkunjung ke Malaysia sempena perlawanan bola keranjang yang diadakan Januari lepas.

Dalam pada itu, kata Yazmin dia tidak pernah meletakkan ahli sukan sebagai kriteria lelaki kesukaannya.



“Saya pun tak tahu kenapa selalu tersangkut dengan atlet. Ia bukan perkara yang saya tetapkan.

“Saya risau juga jika orang berpandangan saya hanya memilih atlet sebagai teman lelaki. Padahal itu tidak benar.

“Saya minat bersukan, jadi tak menjadi masalah untuk berkawan dengan atlet. Tapi memang saya tak rancang, ia berlaku secara kebetulan,” jelasnya.



Dalam masa yang sama, peserta Big Stage 4 ini mengakui selesa menjalinkan hubungan jarak jauh dengan teman lelakinya itu.

“Awalnya saya agak skeptikal dengan hubungan jarak jauh. Tapi tak sangka ia menjadi.



“Ada juga baiknya. Saya boleh tumpukan kepada pelajaran sementara dia boleh fokus dengan sukan bola keranjangnya,” tambah Yazmin. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 30-3-2023 12:04 PM
again.. cerita jantan je la..
Quote anony-mous 30-3-2023 12:25 PM
Sapo dia ni? Kenal pon sb gosip2 mcm ni. Kerasnya muka sheol. Laki tu muka lg lembut dari dia
Quote prince_marhaen 30-3-2023 12:48 PM
ALAHHH...couple sebab nak mengongkek je ni si sundal ni....bukan nak kawin sangat pun...
Quote orangbiasaje 30-3-2023 02:50 PM
Sis suka jubah yg dia pakai kat video ke-3 tu. Rasa selesa.
Quote dudaberhias 30-3-2023 02:51 PM
motippp nak kahwin??? dah memang hidup ala laki bini pun kan... segala posisi dah try lagi nak kahwin pulok doh.... btw dalam gambar tu jantan betul muka cikki ni yach... beliau lebih masculine dari si bf nya... betul2 macam bapok sasa tengah bawak hanak hekan jalan2 sebelum henyak heols dalam hotel...
Quote Miss_LoveLeen 30-3-2023 02:55 PM
Terkejuit makcik tengok gambar ko pakai baju dalam gambar first tu nak. Gitu lah dialog meolss kalau terjumpa budak ni di mana2
Quote cattiecute 30-3-2023 03:00 PM
umur dia awal 20an kan?
tapi tengok muka nampak iols umur 30an ni lagi muda dari dia
muka matured gila
Quote PULANGKAN 30-3-2023 03:02 PM
  anata tachi, dare?
Quote rosevelvet 30-3-2023 03:05 PM
Mn mak bapak pompuan ni. X marah ke or mmg family urban. Btw pesen dia ni the hauks
Quote Kurex 30-3-2023 03:06 PM
Aku tak pernah kenal pompuan ni
Quote sayurmayur88 31-3-2023 12:04 PM
satu laki tu asal kluar crita "saya bukan gay"
yg dia ni plak asal kluar crita :" pasal BF dia"
Quote sleepandream 31-3-2023 12:55 PM
asal boleh je yach... dolu brazil skrg hong kong... taste international gituuu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049123 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top