CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aziz Harun Nak Sambung Master "Tak Ada Siapa Paksa, Saya Memang Suka Belajar"

30-3-2023 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3072| Komen: 4

Description: Aziz Harun, 25, nak menyambung pengajian ke peringkat Sarjana selepas berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari University of East Anglia, United Kingdom (UK), dua tahun lalu.Aziz ...
Aziz Harun, 25, nak menyambung pengajian ke peringkat Sarjana selepas berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari University of East Anglia, United Kingdom (UK), dua tahun lalu.


Aziz kata dia memang suka belajar dan bukan sebab diminta keluarga.

Foto: IG

"Waktu buat ijazah pun memang saya sendiri yang nak. Bukan kena suruh oleh ibu bapa atau apa. Sebab itu memang impian saya untuk memiliki ijazah. Saya suka belajar ekonomi.

"Sekarang master (sarjana) pun nak juga sebab saya rasa alang-alang sudah belajar sampai ijazah, takkan tak sambung. Ia lebih kepada keinginan itu.



"Bukannya beriya-iya nak pakai kelulusan itu untuk tujuan tertentu. Mungkin saya memang seorang yang suka belajar dan bergaul dengan kelompok lain (luar industri hiburan)," katanya.

Penyanyi yang baharu melancarkan lagu berjudul Jarak bersama Aisha Retno itu mengakui dia suka memperluas perspektif pergaulannya kerana tidak ingin terperuk dalam radar industri hiburan saja.


"Kalau dalam industri banyak cakap pasal muzik saja. Tapi apabila bergaul golongan pelajar tanpa ada kena-mengena pasal muzik, saya rasa seronok.

"Saya anggap ia macam 'melarikan diri' daripada bidang kerjalah. Harapnya kalau saya mampu kendalikan sebaiknya masa kerja dan muzik, saya akan buat. Tapi itulah, 'master kalau ada kena buat kajian, bukan mudah," katanya.



Pada 2021 lalu, Aziz berjaya menamatkan pengajiannya di UK dan lega menggenggam ijazah diimpikan itu. Dia memperoleh keputusan akhir pada tahap Kelas Kedua Atas.

Terdahulu, penyanyi kelahiran Brunei itu membuat keputusan mengejut menarik diri daripada pertandingan Big Stage 2019 pada minggu ketiga. Ia selepas dia mendapat tawaran menyambung pengajian ke UK. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 30-3-2023 11:28 AM
cehhh mataku kero sungguh masa baca harun aziz scroll scroll apasal org lain
Quote redz85 30-3-2023 11:33 AM
good luck aziz.. aku suka orang pandai
Quote PULANGKAN 30-3-2023 03:10 PM
[youtube]rG_qgux-0Pc[/youtube]

I enjoy lagu dia yang ni

btw, good luck dik. teruskan belajor, sampai dapat Phd, Prof bagai
at the same time, nak jadi penyanyi pun boley
Quote Kurex 30-3-2023 03:17 PM
Who are yus. Selamat berjaya

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.162970 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top