CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Tentera Pijak Ibu Demi RM20

27-3-2023 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3441| Komen: 24

Description: Hanya kerana tidak dapat RM20 daripada ibunya untuk membeli dadah, seorang bekas tentera berusia 32 tahun tergamak memijak muka dan memukul wanita itu, lapor BH Online.
Hanya kerana tidak dapat RM20 daripada ibunya untuk membeli dadah, seorang bekas tentera berusia 32 tahun tergamak memijak muka dan memukul wanita itu, lapor BH Online.

Kejadian di Kampung Gual Jedok di sini, kelmarin menyebabkan mangsa berusia 65 tahun bengkak di kepala, dahi dan juga mata serta sakit pada bahagian badan sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanah Merah.



Majoriti

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, kes itu diketahui selepas abang suspek menerima satu rakaman video daripada abang iparnya jam 2.30 petang kelmarin sebelum tampil membuat laporan jam 5.08 petang hari sama.

Tambah Mohd Haki, hasil soal siasat awal, suspek yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental mengaku memukul kerana mangsa tidak memberikan wang diminta.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) untuk siasatan lanjut.


Suspek direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif Methamphetamine serta mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 27-3-2023 09:11 AM
penagih dadah ni patut dikurung dlm zoo dgn rimau
Quote pokokmeranti 27-3-2023 09:28 AM
semoga keluargaku dan keturunanku dilindungi dari segala bentuk najis dadah
Quote stingertaikjubo 27-3-2023 09:30 AM
Serambi?

Kahkahkahkahkah
Quote tripleid 27-3-2023 09:31 AM
adegan biasa di negeri2 top mendadih mcm kelantan,ganu,kedah dan sewaktu dgnnyaa...
Quote nonarona 27-3-2023 09:38 AM
ya Allah, kesiannye makcik tu, mesti sakit kne pijak dgn anaknye yg bdn berisi camtu
Quote samperit 27-3-2023 09:51 AM
gambar betul ke tu??
Quote prettyuglybabe 27-3-2023 09:55 AM
taik dadah pun dapat kad oku mental..
Quote Kak-Rohana 27-3-2023 11:44 AM
Haram j sungguh ko ni dek
Quote ezacbee 27-3-2023 11:53 AM
OKU mental pun hisap dadah???
Quote shernazz 27-3-2023 11:55 AM
Dadah kannnnn
Elok la bagi buaya kat melaka TU makan
Jimat sikit
Quote Carcosa 27-3-2023 12:18 PM
Badan sehat2 gedi, tapi mendadih.
Campak kat rail keretapi je time keretapi tgh lalu. Habis cerita
Quote cycra 27-3-2023 01:03 PM
jadi OKU lps kena buang askar sebab mendadih ke? mintak simpang laa mende mcam ni
Quote vanillaninja 27-3-2023 01:23 PM
Tak padan dengan boroi. Semoga diberikan hukuman setimpal.
Quote doubleharmonic 27-3-2023 01:26 PM
ko pakai spender jah khenss takde sarung seluar apa bagai? yihhhh tengok pon dah boleh agak mesti dok pakai ulang2 recycle berbulan tak basuh yucckkk
Quote Kitty_catz 27-3-2023 01:42 PM
OKU + mendadih = sek2 kitto mandi telanjeee

berat nanam
Quote printercomel 27-3-2023 02:09 PM
kebanggoey nick azieh~
Quote namr 27-3-2023 04:12 PM
bagus kasi makan buaya ni sbb byk isi
Quote zehra2 27-3-2023 04:16 PM
gedebeh gitu.. ngisap jugek ke
Quote dua_chzy 27-3-2023 04:17 PM
Kasi makan je dadah manusia sebegini dek. Kau sumbat je dadah banyak2 dalam mulot dia sampai dia berak2 usus bocor segala dek. Selagi tak mati, selagi tu kau sumbat syabu dalam mulut dia. Pehtu kau katup kurung dia dalam wad gelap takda tingkap biar mampos dalam tu.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.057854 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top