CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Akhirnya Dedah Sebab Sebenar, Nama Aaron Aziz Digugurkan Sebab Sakit, Dah Tua Dan Gemuk

23-3-2023 12:55 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 15789| Komen: 159|Original author: Saiful

Description: Syamsul Yusof akhirnya membuka mulut, menceritakan perkara sebenar kenapa nama Aaron Aziz digugurkan.Katanya faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron Aziz menjadi punca aktor itu digugurka ...
Syamsul Yusof akhirnya membuka mulut, menceritakan perkara sebenar kenapa nama Aaron Aziz digugurkan.

Katanya faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron Aziz menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan.


Namun katanya pengguguran itu bukan keputusannya seorang tetapi ia melibatkan suara pihak produksi termasuklah barisan penerbit dan juga sahabat pelakon.


Foto: IG

"Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron kerana penerbit-penerbit saya beritahu, Aaron tak boleh... dia sudah tua, dia dah gemuk.

"Tapi saya cakap jangan, kita bagi dia masa. Dia boleh kuruskan badan. Selain itu, dia juga ada masalah slip disc," katanya kepada mStar.

Tambah Syamsul masalah kesihatan Aaron ialah faktor utama nama dia terpaksa digugurkan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku semasa penggambaran genre aksi itu.


Sebaliknya kerana masih mahukan Aaron berlakon, Syamsul sudah menasihati pihak produksi agar menangguhkan penggambaran untuk memberi masa kepada Aaron tetapi aktor itu gagal menunaikan janjinya.

"Penerbit bukan saya seorang sahaja. Saya bincang dengan mereka, kita tangguhkan penggambaran dan beri Aaron masa tapi dia gagal tunaikan,” ujarnya.

Syamsul juga memberitahu dia turut mengambil pendapat barisan pelakon lain yang mengatakan Aaron tidak mampu beraksi lasak.

Katanya, jika aktor itu diberi watak aksi, berkemungkinan ia akan mengganggu kesihatan dan akhirnya dia juga dipersalahkan.

"Perkara utama kenapa Aaron digugurkan adalah kerana saya takut kalau buat aksi lawan mengganggu masalah kesihatannya. Nanti saya juga dipersalahkan. Nombor dua, Sharnaaz dan Beto Kusyairy, penerbit saya, team koreografer semua cakap mereka tidak yakin Aaron boleh berlakon kerana keadaan kesihatannya itu.

"Sebelum penggambaran kita ada proses latihan. Semua datang dekat saya cakap Aaron ada masalah waktu latihan,."

 Syamsul memberitahu dia ada menghubungi Aaron, namun menerima reaksi negatif daripada aktor berkenaan.

Syamsul turut mempersoalkan tindakan Aaron yang seolah-olah menyalahkan dirinya dan mengambil kesempatan atas masalah rumah tangga yang dihadapinya

"Saya ada hubungi dia dan minta maaf memberitahu tentang hal ini. Sebab sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan namanya atas faktor-faktor tadi

"Tiba-tiba dia melenting pula. Saya dah terangkan kepada dia saya terpaksa dan tidak kisah kalau dah memang itu pandangan dia kepada saya.

"Fast forward, kisah tu pun dah lama tapi bila timbul masalah rumah tangga saya, semua pun tiba-tiba nak mengungkit," jelasnya.

Tambah Syamsul lagi, dia menasihatkan kepada golongan selebriti secara umumya agar sentiasa percaya kepada rezeki dan bukannya mengambil kesempatan atas orang lain.

"Secara umum saya cakap dekat sini, kita sebagai selebriti kalau agak-agak nama kita dah goyang ke apa, nombor satu percaya rezeki Allah. Lebih ke kurang kita kena terima.

"Kemudian, kita cuba buktikan dengan hasil kerja kita. Dengan bakat yang Allah kurniakan kepada kita. Bukan cari poin dengan masalah orang lain," katanya.

Pada 13 Mac lalu, Aaron mengesahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon filem Original Gangster arahan Syamsul.

Aaron bagaimanapun enggan mendedahkan punca namanya tercicir daripada projek berkenaan kerana menghormati bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 23-3-2023 01:01 PM
Jantan ni ko boleh tak diam je..makin bercakap makin sial nampaknya
Quote Diamondmoney 23-3-2023 01:03 PM
Sol ni cm mengumpul musuh

Semua org salah. Dia je betol
Quote downiey 23-3-2023 01:05 PM
ape2 je la soll
Quote Fly_over 23-3-2023 01:05 PM
beto dgn sanaz kena petik aaron slip disk tu sbb belakon kendong2 sally dulu ke?
Quote Dolmat 23-3-2023 01:07 PM
Edited by Dolmat at 23-3-2023 01:13 PM
princessmiang replied at 23-3-2023 01:01 PM
Jantan ni ko boleh tak diam je..makin bercakap makin sial nampaknya


tak bleh menahan DIVA AA wakilkan maki 5x vavis

Tak posaaaa eh.... Sabor sabor... Posa tak batal.. cuma kalo bleh sabor sabor...

Ramai orang dia nak Vs naik court...


Bab Aaron dah Tua pun btol jugak...macam2 urat, tulang sakit, stamina takde mana tak asyik show off vapeeeeeee memanjanggg, bedal steroid kuat makan memboyak... Perasaaaannnn abam long kawasaaaaaannnnnnn MEMANJANG.

Mana dgn Bini da da da di du..


Quote JunkMail 23-3-2023 01:08 PM
Aku tak boleh blah tengok senyum sol ni kalau ambil gambar
Padahal kau pengarah kot sol... Photography ni sepatutnya kacang je kat kau..Senyum kau dengan gigi bersusun tu sah sah senyum default tiada jiwa sol... Rengsa aku tengok..
Quote ellZack 23-3-2023 01:10 PM
Fly_over replied at 23-3-2023 01:05 PM
beto dgn sanaz kena petik  aaron slip disk tu sbb belakon kendong2 sally dulu ke?


Bergocoh pula beto, sharnaz dengan aaron.
Quote tipah89 23-3-2023 01:11 PM
peh selamber je petik2 nama. kiranya dia tak salah la orang lain yg salahhhhhh..gituuuu
Quote winky1 23-3-2023 01:20 PM
Edited by winky1 at 23-3-2023 01:21 PM

mmg dah lama I tak minat AA....bina badan besar tapi kepala kecik....nak main weights silakan tapi control lah nafsu makan....kurang kan red meat and eggs sebab akan nampak bulky... org perempuan pun klu main weights kena control yg ni. More of white meat n Vege ...kisah personal matter dia dgn sol I no komen sbb I tak follow.  Dari segi lontaran dialog pun Aaron ni hauk...
Quote winky1 23-3-2023 01:24 PM
ellZack replied at 23-3-2023 01:10 PM
Bergocoh pula beto, sharnaz dengan aaron.

Ok what. Org lelaki selalu bagi perempuan problem pastu kunci mulut.....kes tergantung dan cerai misalnya ...Nah mari kita tengok depa bergasak pulak
Quote edoraixora 23-3-2023 01:24 PM
abes lah main petik nama beto & sharnaz
sian beto, nampak macam bukan jenis membawang mengata retis lain
sanaz tu mmgjenis kaki gaduh
Quote fair_iza 23-3-2023 01:27 PM
Cara sol handle masalah guna mo sama...dia x prnh salah. Siap petik nama org lain. Mmg budak kelas blkg.
Aku benci org yg x mahu tanggung consequence dgn keputusan yg dibuat.
Quote bluecrystal 23-3-2023 01:28 PM
kalau dah slip disc memang payah le..aaron pun memang ada masalah saraf tunjang tersepit ke apa tah heols cakap dulu kan macamana nak berlakon action movie..dah boleh berlakon jadi abah abah jela
tapi tua dan gemuk tu tak lapik2 kan..sentap sampai bila2 la kalau org cakap kat kita..hihi
Quote OsHiN_hOnEy 23-3-2023 01:29 PM
part dia kata aron dah gemuk, tak fit tu betul
part ada slipdisk pun betul

parts nanas pun betul kot, nanas suka mencapub
hope beto tu yg tak betul, sebab dulu ada dia berlakon kat spura tu kan dolmat?

bkn aron ada berlakon dgn esbok lagi sorg tu ker yg tak jadi pindah kat arab
buat vending machine
Quote krustykrab 23-3-2023 01:29 PM
Betul la part yg berat badan tu...gemuk sgt...sorg lagi si jul ripin tu..
Quote kepompong 23-3-2023 01:34 PM
ayat last artikel atas kelakar yach. . . tknk reveal sbb bukak aib sendiri katanyaaa… elok je tajuk tered tulis terang2: tua, sakit , dah gemok

tanpa selindung2
Quote ariellin 23-3-2023 01:36 PM
dia sendiri tak kacak,,,kaku kayuuuu
Quote silampumeja 23-3-2023 01:37 PM
Kata taknak komen. Dh komen plak.. aduyai. Kaki spin mcm ali la plakk
Quote sharlenetexas 23-3-2023 01:38 PM
Boleh laku ke filem tu? Tak abis2 cite gangster.


Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055144 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top