CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kamal Adli Stabil Tapi Bergantung Ubat Tahan Sakit, Suspek Direman Dua Minggu Untuk Jalani Ujian Psikiatri

14-3-2023 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6889| Komen: 54

Description: Mahkamah Singapura pada Selasa memerintahkan lelaki berusia 33 tahun yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli selepas menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore ...
Kamal Adli memberitahu keadaannya semakin stabil selepas insiden dia diserang lelaki tidak dikenali menggunakan cota sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala, wajah dan badan.

Kamal, 37, berkata, buat masa ini dia masih mengambil beberapa jenis ubat-ubatan tahan sakit dan dijaga baik oleh isterinya, Uqasha Senrose.


"Salam... Alhamdulillah amin, Kamal semakin stabil tapi masih mengambil ubat-ubatan untuk tahan sakit, nanah serta lebam-lebam di badan dan di jaga isteri saya," katanya.


Foto: IG

Kamal memaklumkan keadaan terkininya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya selain memuat naik gambarnya yang menunjukkan bahagian kepalanya berbalut selain terhadap kesan calar pada bahagian kiri wajahnya.

Dalam pada itu, Kamal turut meminta doa untuk Uqasha yang masih dalam keadaan trauma akibat insiden pada malam Ahad lalu.

Malah Kamal turut berharap semua pihak menjaga keselematan diri masing-masing dan tidak bertikam lidah berhubung kejadian itu.



"Terima kasih atas doa kalian terutamanya artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia dan Singapura yang tolong Kamal.

"Cuma Kamal berharap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tidak tahu siapa suka atau benci kita.

"Doakan untuk isteri saya yang masih trauma fasal isu ini... Saya sayang isteri saya. Yang ketuk saya seorang sahaja bukan satu Singapura, jangan gaduh-gaduh," katanya.

Foto: mStar

Pada malam Ahad lalu, seorang lelaki berusia 33 tahun menyerang Kamal menggunakan cota selepas menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Akibat serangan itu, Kamal mengalami luka sedalam tiga sentimeter dan menerima empat jahitan pada bahagian kulit kepala di Hospital Besar Changi Singapura.

Menerusi satu perkongsian, Uqasha memaklumkan ketika ini dia terpaksa merahsiakan keberadaannya atas tujuan keselamatan.

Sementara itu, pada Selasa, Mahkamah Singapura memerintahkan suspek yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid direman selama dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

Foto: mStar

Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental untuk pemerhatian psikiatri.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau kedua-duanya sekali. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 14-3-2023 05:50 PM
Alhamdulilllah nmpk sihat dia
Quote dudaberhias 14-3-2023 05:51 PM
alhamdulilah mujur elok2 saja dan segera sembuh takde apa2...

memang kena makan ubat tahan sakit sebab confirm luka jahit tu masih sakit nak2 luka tengah nak sembuh... nak2 bukan satu tempat je yang kena...
Quote imanjannah 14-3-2023 07:47 PM
moga cepat sembuh ye kamal
Quote bedahmenjuyah 14-3-2023 07:53 PM
Tertinggal mrt. masa kejadian uqasha ada dgn kamal ke?
Quote babyleo68 15-3-2023 12:01 AM
Alhamdulillah, semoga cepat sembuh & di permudah kan segala urusan kamal ngan wife
Quote EriaDoritis 15-3-2023 01:35 AM
bedahmenjuyah replied at 14-3-2023 07:53 PM
Tertinggal mrt. masa kejadian uqasha ada dgn kamal ke?

Ada. Diorang bukak booth jual product kat situ. Adik beradik Uqasha pun ada cuma tak tau adik beradik yang mana satu
Quote orangbiasaje 15-3-2023 02:58 AM
Wow...hampir menyebabkan nyawa org melayang, tapi penjahat boleh bebas slps 7 tahun...
Quote Pyakmola 15-3-2023 08:06 AM
Alhamdulillah moga kamal cepat sembuh
Quote zuliana29 15-3-2023 08:50 AM
get well soon kamal.
mmm 7 tahun je.. pastu kalau buat rawatan psikiatri dh delcare mental, mamat tu boleh bebas lah.. huhu bahaya.. sbb dia sempat ugut2 lagi wlpun dh kena tangkap.
Quote brunesss 15-3-2023 09:45 AM
aku rasa ada TS yg upah org pukul KA. kan dulu US ni ada SD kan, sehingga kes dia dadah tu di gugurkan. mungkin SD dia TS tu jeles meby. tapi tu lah, mereka ni good people dan coba menjurus ke jalan yang benar. semoga di permudahkan urusan
Quote missHaidiD 15-3-2023 09:47 AM
brunesss replied at 15-3-2023 09:45 AM
aku rasa ada TS yg upah org pukul KA. kan dulu US ni ada SD kan, sehingga kes dia dadah tu di gugurk ...

TS tu sapa ?
Quote rosedemon 15-3-2023 09:53 AM
apela ungka kwen ngn kemal g la cari org bduit
Quote _blackbird 15-3-2023 10:45 AM
tada ke video masa insiden, muka penyerang tu ke
Quote brunesss 15-3-2023 10:48 AM

tan sri ala yg org2 relation bukit tuh
Quote NazRysha 15-3-2023 11:05 AM
nasib baik tak hilang ingatan
Quote jambatannetizen 15-3-2023 12:33 PM
brunesss replied at 15-3-2023 09:45 AM
aku rasa ada TS yg upah org pukul KA. kan dulu US ni ada SD kan, sehingga kes dia dadah tu di gugurk ...

Aku xfhm ape ko kate. Cuba bagi ayat jgn short form. TS? sD? Tapi aku rase kes ini lebihh fokus pada uqasha, knowin kamal clean record. US banykk kes buruk2 dulu mcm anjuling zarina
Quote doridori_hi 15-3-2023 12:36 PM
Belum kelihatan lg gambar perlakunya .... Semoga Kamal Adli cepat sembuh
Quote nylliette 15-3-2023 12:49 PM
itu la 7 tahun je. pastu kluar buat balik. pelik betul dakwa dtgkan kecederaan je..itu buka takat cedera, itu dah niat membunuh
Quote marchikobonzo 15-3-2023 01:50 PM
Kesian Uqasya..jangan ptsd dia nanti sudah

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.080956 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top