CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Alami Tekanan Emosi- Kakak Suruh Jaga Anak-Anak, Bayar Upah RM10 Je

13-3-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4845| Komen: 34

Description: Seorang individu mengadu dia sering menjadi 'mangsa' kepada kakak sendiri yang memintanya untuk menjaga anak-anak saudaranya apabila berlaku kecemasan.
Seorang individu mengadu dia sering menjadi 'mangsa' kepada kakak sendiri yang memintanya untuk menjaga anak-anak saudaranya apabila berlaku kecemasan.

"Aku kena jaga anak buah aku hari Sabtu dan Ahad, dan hari-hari tertentu kalau pengasuh dia tiba-tiba tak available.


"Aku nak keluar dengan kawan-kawan tak boleh sebab kena jaga anak dia, kena lepaskan peluang bekerja separuh masa yang bayar lumayan sedangkan kakak aku hanya beri RM10 untuk jaga anak dia selama beberapa hari," luahnya menerusi satu kiriman mesej di media sosial.


Gambar Hiasan

Bukan berkira tapi tapi tak senang seperti tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti serta meluangkan masa untuk diri sendiri.

"Duit poket tak ada, kebebasan tak ada, stres pasal study lagi, parents aku divorced.

"Jadi aku kena jaga rumah, memasak, mengemas dan sebagainya," luahnya.


Tambah individu berkenaan, situasi tersebut membuatkannya dalam dilema antara tanggungjawab sebagai seorang adik dan juga kebebasan diri, ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak.

"Aku kesian dekat kakak sebab dia orang susah dan sayanglah juga dekat anak dia.... tapi aku tak ada siapa nak kesiankan ke?" luahnya lagi sambil meminta pandangan daripada warga maya.

Di ruangan komen rata-rata mencadangkan agar individu tersebut berani menyuarakan pendirian kepada kakaknya agar tidak lagi sewewang-wenangnya dijadikan seperti 'kuli'.

"Kita kena kesiankan diri kita dulu, baru kita kesiankan orang lain.

"Sama-sama adik beradik pun nak ambil kesempatan. Senanglah kakak dia. Tak payah susah-susah cari orang gaji.

"Makcik minta adik makcik mengasuh anak satu hari, tapi makcik tak adalah bayar RM10, makcik bayar RM200," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang mengecam kakak individu berkenaan kerana mengambil kesempatan dan seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 13-3-2023 12:10 PM
ramai je org nak mengamil peluang
apa teruk benar pemikiran org mcmni. dia igt org bodoh mcm dia jugak kot. seriusli tak bole brain aku selama ni still aku berhusnozon balik2 dia bawak isu nak aku join bis jadi tukang maska run bisnes utk diorg. penatla aku nk jawab. tak bole tgk org hidup aman2 ke. bodo bodo
Quote sarahmirza 13-3-2023 01:20 PM
Dah habis sekolah dah dewasa keluar je la dari rumah keluarga... Belajar berdikari..
Sis yg takde masalah keluarga pun takde nak menempel kt rumah parents lepas belajar.
Quote mh17 14-3-2023 01:58 AM
sarahmirza: Dah habis sekolah dah dewasa k ...
aku pun x phm yg ckp kuarga toxic,kuarga toxic..da tau toxic kuo jelah dr uma..hadap mslh yg sama ulang2.hahaha.aku pun hbis2 spm da brambus cri bilik sewa..gara2 aku taleh hdup dikongkong..pndai2 lah manage gaji yg bru rm600 masa thun 2009.sewa bilik rm150..mkn pkai pndai2 lah budget..ni nk duk uma,mmg smpi mati ler idup takat tu je
Quote mh17 14-3-2023 01:59 AM
rospinki replied at 13-3-2023 12:10 PM
ramai je org nak mengamil peluang
apa teruk benar pemikiran org mcmni. dia igt org bodoh mcm dia ju ...

Kih2,jgn join fam biz.makan aty ta sudah
Quote EriaDoritis 14-3-2023 03:27 AM
Sesekali boleh la tolong. Kalau selalu...bgtau je kat kakak not available. Ko pun ada keje
Quote Tinot7 14-3-2023 04:58 AM
Pengasuh not available sbb apa? Deme takleh cari pengasuh lain ka?
Quote stingerbumpy 14-3-2023 05:08 AM
rospinki replied at 13-3-2023 12:10 PM
ramai je org nak mengamil peluang
apa teruk benar pemikiran org mcmni. dia igt org bodoh mcm dia ju ...

Hidup aman sampai bercerai atau nakkheun aman mintak cerai?

Yang mana satu?

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerbumpy 14-3-2023 05:13 AM
sarahmirza replied at 13-3-2023 01:20 PM
Dah habis sekolah dah dewasa keluar je la dari rumah keluarga... Belajar berdikari..
Sis yg takde ma ...

Nak berdikari dari ler mula ...bukan dah habis belajar, mak ayah dah berhabisan baru nak yak yak eh konon nak tunjuk berdikari keluar dari rumah.....sedangkheun sebenarnyer nak mengatalz mengedikz dgn jejantz diluar, takda org tua yang tahu cakap je ler...

Hamjad...

Kahkahkahkahkahkah
Quote batmana 14-3-2023 06:07 AM
Kalu anak sedara tu dh bsr sket 4,5 tahun.
Gunalah tenaga dorg..pi umah jiran basuh toilet ke apa..kerahkan tenaga

Ko dpt upah

Anak sedara dpt upah aiskrim 0.50sen
.untung besar la..

Quote Suchi 14-3-2023 06:48 AM
sarahmirza replied at 13-3-2023 01:20 PM
Dah habis sekolah dah dewasa keluar je la dari rumah keluarga... Belajar berdikari..
Sis yg takde ma ...

Betul gak, iols duk umah mak pak sampai umur 17 je lepastu dah jd macam tetamu lak bila balik kg tu maksud iols tak lagi bermalam lama2.

Masa kakak iols kawen dia ajak duk sekali tp iols berkeras tanak.Lagi rela duk umah bujang drpd duk ngn adik badik terutama yg dh kawen.
Sbb tau nnt iols gakla yg akan disusahkan itu ini sedangkan tak duk satu umah pun duk cari iols gak nk itu ini.
Quote sangbara2020 14-3-2023 07:59 AM
kua je drp rumah..sewa bilik len...
Quote Kitty_catz 14-3-2023 08:33 AM
laaa awat tabuleh nak say no kat kakak ang pun

meluah kat socmed, kakak ang baca ka dhekkk?

Quote Samerosie 14-3-2023 08:44 AM
Entsh la dek kau mcm bangang je terima pasaipa.
Quote rospinki 14-3-2023 10:07 AM
mh17 replied at 14-3-2023 01:59 AM
Kih2,jgn join fam biz.makan aty ta sudah

betul. kita nk kekeluargaan yg harmoni takde agenda tersembul bunyi kemudia hari. ni asikla ada sesuatu dibalik udang. penatla akak..baik aman2 saja cukup makan pakai sudah. aku bukan nak kaya raya carik reta siang malam.
Quote kechikchomel 14-3-2023 10:19 AM
kawan iolss pernah curhat kat iolss. kawan iolss ni WFH. ada satu hari tu kakak dia pening kepala. amik MC la. kebetulan pulak anak buah dia pun tak sihat sangat. bukan demam/selesema. iolss tak ingat anak buah dia kenapa. pastu kakak dia minta dia datang rumah, buat kerja kat rumah kakak dia je sambil tengok2 kan anak buah dia.

kawan iolss ni bagitau la kat iolss, dia sebenarnya macam malas nak jaga. penat jugak nak jaga anak buah dia tu. memang selalu je dia kena jagakan anak buah dia tu.
pastu iolss cakap kat kawan iolss tu, ko pergi, tapi ko pergi lambat sikit. last2 dia ikut cakap iolss. pergi lambat sikit.
tapi iolss lak macam rasa bersalah sebab ajar dia macam tu.
Quote white_musk 14-3-2023 10:36 AM
kechikchomel replied at 14-3-2023 10:19 AM
kawan iolss pernah curhat kat iolss. kawan iolss ni WFH. ada satu hari tu kakak dia pening kepala. a ...

Betul dah tu... jangan bagi orang kontrol kita 100%..

nanti bila orang itu sudah rasa dia boleh control kita, dia akan arahkan itu ini
Quote copy_paste 14-3-2023 10:44 AM
kata kakak susah tapi selalu sebuk keluar buat apa,
kalau mcm tu keluarla rumah parent duduk bujang lg senang buat hal sendiri
Quote rikiruj 14-3-2023 10:51 AM
Apa pasal weekend pun kena jaga.. so bila yang kakaknya jaga anak?
Quote ifanonline 14-3-2023 10:55 AM
kedekut tul org pompuan ni, tapi beli beg gucci, LV, Dior sanggup perabih duit plak...pulas puting baru tau

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052050 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top