CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sorong Kereta Bayi, Jude Law Timang Anak Ketujuh

21-2-2023 07:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1992| Komen: 10

Description: Pelakon Hollywood, Jude Law baru-baru ini dilihat menolak kereta dorong bayi di Lapangan Terbang Heahtrow.Utusan melaporkan, pelakon berusia 50 tahun itu menimang cahaya mata ketujuh, iaitu anak kedua ...
Pelakon Hollywood, Jude Law baru-baru ini dilihat menolak kereta dorong bayi di Lapangan Terbang Heahtrow.

Utusan melaporkan, pelakon berusia 50 tahun itu menimang cahaya mata ketujuh, iaitu anak kedua hasil perkahwinannya dengan Phillipa Coan, 35.



The US Sun

Law sebelum itu membuat pengakuan menyambut kelahiran anak keenam pada September 2020 ketika ditemu bual Jimmy Fallon dalam The Tonight Show pada Disember 2020.

Pasangan itu berkahwin pada 2019 di Old Marylebone Town Hall di London, seterusnya meraikan hari bahagia mereka di Mayfair, tiga bulan selepas pelakon tersebut mengumumkan pertunangan.

Dalam temu bual tersebut, Law ditanya mengenai rutin harian semasa kuarantin ketika pandemik Covid-19 berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan berkebun, selain mempunyai bayi baharu.

Law sebelum ini berkahwin dengan pelakon, Sadie Frost, tetapi bercerai pada 2003. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Rafferty, 26, Iris, 22 dan Rudy, 20.


Pelakon The Talented Mr. Ripley itu turut mempunyai anak perempuan berusia 13 tahun, Sophia melalui perkahwinan dengan Samantha Burke, selain Ada, 7, hasil perkongsian hidup dengan komposer, Catherine Harding.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bholatchomel 22-2-2023 09:38 AM
Banyaknya anak dia.. Kayo tak po lah
Quote lasagna 22-2-2023 01:42 PM
uikss ramai rupanya anak dia, confuse juga lah sbb dia kawen cerai pastu ada relationship lain laa.. ehh pening laa..
Quote makita 25-2-2023 09:09 PM
lasagna replied at 22-2-2023 01:42 PM
uikss ramai rupanya anak dia, confuse juga lah sbb dia kawen cerai pastu ada relationship lain laa.. ...

Hugh grant lagi best. Dpt anak serentak dgn 2 scandel. Dah kedut2 teruk muka mamat tu pon x insof
Quote hashashes 25-2-2023 09:12 PM
makita replied at 25-2-2023 09:09 PM
Hugh grant lagi best. Dpt anak serentak dgn 2 scandel. Dah kedut2 teruk muka mamat tu pon x insof

Wah sama playboy jugak dengan cite dia berlakon Bridget jones tu yach
Quote delia3003 26-2-2023 03:09 PM
Tak tau plak ada anak ramai, daripada berlainan perempuan plak tu. Ok le, kaya raya takde hal.
Quote lasagna 28-2-2023 10:31 AM
makita replied at 25-2-2023 09:09 PM
Hugh grant lagi best. Dpt anak serentak dgn 2 scandel. Dah kedut2 teruk muka mamat tu pon x insof

ini jgn ckp, tak padan muka kedutsss..
Quote Kentot_Wangi 4-3-2023 06:36 PM
makita replied at 25-2-2023 09:09 PM
Hugh grant lagi best. Dpt anak serentak dgn 2 scandel. Dah kedut2 teruk muka mamat tu pon x insof

Haha.. Terus ak teringat pelakon veteran korea. Dah kerepot. Wtk pn selalu apak, datuk... Pastu kecoh dy hamil. Dy suruh gugurkan rasanya.. Haha...
Quote royaldanish 6-3-2023 03:29 PM
Uishhh byk anak heols… minat kat JL ni, pandangan mata heolsss adoii cair
Quote marchikobonzo 6-3-2023 04:20 PM
Anak berderet macam keretapi..ayoo..nasib baik kaya
Quote imanjannah 8-3-2023 07:43 PM
ramai2 deme yg dah berumur ni beranak kecik ye

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.046245 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top