CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Cabut Cincin Tunang, Megan Fox Bagi ‘Hint’ Hubungan Dengan Machine Gun Kelly Berakhir?

15-2-2023 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1470| Komen: 4

Description: Hubungan Megax Fox dan tunangnya Machine Gun Kelly dikatakan kembali berantakan selepas sumber People memberitahu berlaku pertengkaran antara mereka hujung minggu lalu.Katanya yang dipetik mStar, Mega ...

Hubungan Megax Fox dan tunangnya Machine Gun Kelly dikatakan kembali berantakan selepas sumber People memberitahu berlaku pertengkaran antara mereka hujung minggu lalu.

Katanya yang dipetik mStar, Megan, 36, tidak lagi memakai cincin pertunangan.



InStyle

"Mereka bertengkar hujung minggu lalu. Megan sangat kecewa dan tidak mahu bercakap tentang hal tersebut.

"Dia masih belum memutuskan hubungan secara rasmi namun Megan sudah tidak memakai cincin pertunangan.

"Memang ada masalah antara mereka, namun kali ini isu tersebut semakin serius," kata sumber berkenaan.

Spekulasi masalah hubungan mereka menjadi perhatian apabila aktres itu menyahaktifkan akaun Instagramnya, Isnin lalu.



Malah, sebelum itu dia memberi gambaran tentang masalah tersebut dengan berkongsi video menunjukkan sekeping sampul surat yang dibakar.

Sementara itu, seorang netizen meninggalkan komen pada hantaran itu mendakwa Kelly bermain kayu tiga. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 15-2-2023 12:14 PM
Sian. Muka cantik dah bedah banyak2 kali pun asyik kena dumped
Try to love yourself
Quote delia3003 15-2-2023 08:05 PM
Fokus kat anak je la Megan, kenal MGK ni pun rasa tak lama terus tunang. Lain sgt muka sekarang. Zaman Transformers dan TMNT lawa je.
Quote alesandra 15-2-2023 11:01 PM
sophie llyod tu lagi seksi
Quote gideoncross 19-2-2023 11:27 PM
delia3003 replied at 15-2-2023 08:05 PM
Fokus kat anak je la Megan, kenal MGK ni pun rasa tak lama terus tunang. Lain sgt muka sekarang. Zam ...

Dorg brdua ni siap minum darah lgi, last2 ptus jugak. Dlu tu ada yg bgithu cincin dorg ni bukn snang nak bukak tpi bila dh x suka, snang2 je d bukak.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.047459 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top