CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rihanna Memboyot Hamil Anak Kedua Buat Persembahan Di Super Bowl Halftime Show 2023

13-2-2023 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2280| Komen: 15

Description: Rasanya seperti baru lagi Rihanna menjadi seorang itu, terbaru dia dikatakan sedang hamil anak kedua pula!Twitter PopBase/TMZBerita itu dihidu ramai apabila penyanyi berkenaan membuka pentas persembah ...
Rasanya seperti baru lagi Rihanna menjadi seorang itu, terbaru dia dikatakan sedang hamil anak kedua pula!


Twitter PopBase/TMZ


Berita itu dihidu ramai apabila penyanyi berkenaan membuka pentas persembahan dengan lagu Bitch Better Hace My Money di acara Super Bowl Halftime Show 2023, lapor Gempak.



Ketika membuat persembahan, Rihanna berjaket merah dilihat mengusap perutnya yang membuncit.

Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan persembahannya yang dilihat kurang lincah.



Vogue

Sementara itu, Twitter @PopBase berkongsi beberapa gambar Rihanna sekitar persembahannya itu dengan kapsyen mengesahkan kehamilan penyanyi berkenaan membuat rata-rata warganet membanjiri ruang komen dengan ucapan tahniah.



Rihanna melahirkan bayi lelaki pada 13 Mei 2022 selepas mengesahkan hubungannya dengan A$AP Rocky pada penghujung 2020. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 13-2-2023 05:38 PM
Penah tgk interview kt ig reels agaknya interview zaman dia belum kapel  dgn asap.dia mmg nak anak one day .dia x kisah dia xde partner or spouse.dia nak jaga anak anak dia sendiri.so x heran dia beranak tiap2 thn dalam peringkat umur skrg
Quote Antifake 13-2-2023 05:57 PM
Owh gitu. Baru aje beranak.. tetiba ada lagi
Quote KirazMevsimi 13-2-2023 07:59 PM
laaaa kisah nya. tahniah
Quote my_irina 13-2-2023 09:54 PM
tahniah riri....
u deserve all the happiness
Quote epuepy 16-2-2023 11:51 PM
Duit bnyk, buat anak tiap tahun pn pe de hal.
Quote sarah_ary2 17-2-2023 04:00 PM
Beribear replied at 13-2-2023 10:13 PM
Baru semalam stalk ig dia. Setelah sekian lama tak dgr lagu² riri. Mmg suka riri ni dari zaman umbr ...

Mmg cantik Riri ni suka dgn muka exotic dia and x ikut typical beauty criteria and suka sebab dia buat hal sendiri
Quote gideoncross 19-2-2023 10:53 PM
Beribear replied at 13-2-2023 10:13 PM
Baru semalam stalk ig dia. Setelah sekian lama tak dgr lagu² riri. Mmg suka riri ni dari zaman umbr ...

Aiol klau dngr lgu Umbrella, msti ikut2 feeling haha.
Quote gideoncross 19-2-2023 10:55 PM
epuepy replied at 16-2-2023 11:51 PM
Duit bnyk, buat anak tiap tahun pn pe de hal.

Pstu ummah Barat x kisah klau org ada anak smaada khwin or not, tu yg snang. Klau kaum Mulayu ada ank tnpa khwin, hbis lh kna cerca & budak pun ikut d cerca.
Quote gideoncross 19-2-2023 11:04 PM
sarah_ary2 replied at 17-2-2023 04:00 PM
Mmg cantik Riri ni suka dgn muka exotic dia and x ikut typical beauty criteria and suka sebab dia  ...

Rihanna ni mcm clean je, xde gossip mnjang. Dlu je kna tumbuk dgn Chris Brown skli.
Quote epuepy 19-2-2023 11:14 PM
gideoncross replied at 19-2-2023 10:55 PM
Pstu ummah Barat x kisah klau org ada anak smaada khwin or not, tu yg snang. Klau kaum Mulayu ada  ...

Aha. Btl la tu. Kalo ummah Melayu, habis la bdk tu kena kutuk 7 keturunan. Sbb tu bnyk kes baby kena buang
Quote sarah_ary2 20-2-2023 01:12 AM
gideoncross replied at 19-2-2023 11:04 PM
Rihanna ni mcm clean je, xde gossip mnjang. Dlu je kna tumbuk dgn Chris Brown skli.

Betul bagus jugak dia focus dgn Fenty duit royalty lagu dia saja dah berapa banyak, lagi Riri pun malar segar, even dah melangkau berapa tahun pun still org dgr lagu dia even jadi trendy kat tik tok ok jugaklah dgn Asap Rocky ni, Chris Brown tue reputasi teruk sgt
Quote gideoncross 21-2-2023 10:42 PM
epuepy replied at 19-2-2023 11:14 PM
Aha. Btl la tu. Kalo ummah Melayu, habis la bdk tu kena kutuk 7 keturunan. Sbb tu bnyk kes baby ke ...

Kan? Sptutnya budak tu x boleh d kutuk, dia mngsa keadaan.
Quote gideoncross 21-2-2023 10:44 PM
sarah_ary2 replied at 20-2-2023 01:12 AM
Betul bagus jugak dia focus dgn Fenty duit royalty lagu dia saja dah berapa banyak, lagi Riri pun  ...

Ariana G pun ikut step yg sma.
Quote electricopop 22-2-2023 12:00 PM
Tahniah, Mek Riri!
Quote laicibiru 27-2-2023 09:28 PM
iols kecewa sebab lineup lagu dia semua sepesen. Patut include yang album lama banyak sikit

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051758 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top