CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fitri Haris Sanggup Ambil Masa 9 Tahun Hasilkan Buku Nasyid Bagi Pasaran Global

8-2-2023 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 434| Komen: 0

Description: Minat Dr. Fitri Haris yang mendalam terhadap bidang muzik membuatkan penyanyi itu sanggup mengambil masa sembilan tahun untuk menghasilkan buku ilmiah yang sarat dengan maklumat tentang nasyid dan muz ...
Minat Dr. Fitri Haris yang mendalam terhadap bidang muzik membuatkan penyanyi itu sanggup mengambil masa sembilan tahun untuk menghasilkan buku ilmiah yang sarat dengan maklumat tentang nasyid dan muzik dalam Islam.


Menurut ahli kumpulan UNIC itu, daripada tempoh tersebut, dia mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian secara mendalam yang melibatkan lebih 45 penggiat industri muzik di Malaysia serta dua tahun bagi proses penilaian dan suntingan.

Kongsinya, buku berjudul Popular Music: Islamic Popular Music in Malaysia dihasilkan dalam bahasa Inggeris bagi sasaran pembaca di peringkat global dan tidak terhad kepada bacaan orang Islam semata-mata.


MAJLIS pelancaran buku ilmiah berjudul Popular Music: Islamic Popular Music in Malaysia ' From traditional approach to contemporary design' oleh selebriti nasyid tanah air, Dr. Fitri Haris di UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL), semalam. - M Firdaus M Johari


“Saya tidak mahu buku ini eksklusif kepada orang Islam sahaja. Kita tak nak bila sebut nasyid ia terikat dengan jurusan Syariah atau Fiqh dan perlu belajar tentang hukum hakam.

“Sedangkan perkara itu sudah jelas dan sepatutnya muzik Islam ini dipelajari di Fakulti Muzik supaya golongan bukan Islam juga boleh belajar sama,” katanya selepas majlis pelancaran buku setebal 339 muka surat yang diterbitkan oleh UUM Press di kampus universiti tersebut di ibu negara, semalam.

Mengulas lanjut, Fitri berkata, karya ilmiah itu merupakan buku etnomusikologi komprehensif yang pertama di dunia yang memberikan kajian mendalam tentang kesan sosiologi dan antropologi muzik popular Islam di Malaysia.

Jelasnya, dia berasa terpanggil membuat kajian mengenai topik tersebut selepas ramai ilmuan luar beranggapan tiada muzik dalam Islam.

Kongsinya, dia juga pernah berbalah fakta selama satu jam dengan pakar muzik bukan Islam berhubung fakta tentang tarannum yang turut diselitkan dalam buku itu.

“Saya bersyukur sebab tidak berputus asa dan setiap masalah yang dihadapi akan cuba diselesaikan dengan jalan terbaik. Saya juga bersyukur kerana dikelilingi individu yang positif serta isteri yang memberikan sokongan,” katanya.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044455 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top