CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

3 Tahun Bercinta, Akhirnya Lee Da In Setuju Kahwin Dengan Lee Seung Gi 7 April Ini

7-2-2023 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2263| Komen: 6

Description: Hampir tiga tahun bercinta, pelakon Lee Seung Gi akhirnya berkongsi khabar gembira akan berkahwin dengan teman wanitanya iaitu Lee Da In.Seung Gi memberitahu dia sudah membuat lamaran dan majlis perka ...
Hampir tiga tahun bercinta, pelakon Lee Seung Gi akhirnya berkongsi khabar gembira akan berkahwin dengan teman wanitanya iaitu Lee Da In.

Seung Gi memberitahu dia sudah membuat lamaran dan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 7 April depan.



IG

"Saya membuat keputusan untuk hidup bersama Lee Da In, wanita yang saya cintai. Bukan hanya sebagai kekasih tetapi juga sebagai pasangan suami isteri.

"Saya telah melamarnya dan dia memberi persetujuan untuk menjadi isteri saya. Kami akan berkahwin pada pada 7 April," katanya.


IG

Seung Gi menulis perkara tersebut dalam bentuk sepucuk surat yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.


Tambah Seung Gi, menerusi perkahwinan yang bakal dibina nanti dia juga berharap akan terus hidup bahagia dan berkongsi sudah serta senang bersama pasangannya itu.

"Dia merupakan seorang wanita penyayang. Saya mahu sentiasa bersama di sisinya.

"Saya mahu kongsi hidup bersamanya walau dalam waktu sukar. Biarlah segala kesukaran itu dilalui bersama," ujarnya.



Pasangan ini mengumumkan secara rasmi kisah cinta mereka sekitar Mei 2021.

Terdahulu, hubungan pasangan ini pernah dikatakan sudah berakhir namun Seung Gi menyangkal hal tersebut malah memberitahu lebih selesa tidak berkongsi kisah peribadi kepada khalayak.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvi132806 8-2-2023 11:22 AM
Alahaaaiii. Nk kawin dh si mouse ni.
Quote azimodin 8-2-2023 02:37 PM
Perempuan ni anak scammer besar kan.. sebab tu netizen cam x bertepuk tangan. Some speku LSG buat donation berkepuk-kepuk sebagai alat pembersihan sebelum announce nak kawen
Quote borrow 9-2-2023 09:10 AM
Yoona star sgt , igtkan pengganti pun ala sheols juga. Asal hepilah kan . Congratz . Baru tau mak Lee Da In  pelakon Jewel in the Palace tu.
Quote delia3003 10-2-2023 08:49 PM
borrow replied at 9-2-2023 09:10 AM
Yoona star sgt , igtkan pengganti pun ala sheols juga. Asal hepilah kan . Congratz . Baru tau mak Le ...

Macam downgrade pulak dari yoona ke baksl wife ni. Tak kenal pun, pelakon sendu ke?
Quote borrow 10-2-2023 09:46 PM
delia3003 replied at 10-2-2023 08:49 PM
Macam downgrade pulak dari yoona ke baksl wife ni. Tak kenal pun, pelakon sendu ke?

Rasanya sendu. Ada tgk sheols dlm hwarang & Alice. Jd pembantu ja.
Quote seribulan 10-2-2023 11:10 PM
Lee Da In

Name: Lee Da In

Native name: 이다인

Nationality: South Korean

Gender: Female

Born: November 5, 1992

Age: 30

Lee Da In is a South Korean actress. Lee is the daughter of the actors Kyeon Mi Ri and Im Young Gyu. Her parents divorced in 1993. When her mother remarried in 1998 their stepfather, businessman Lee Hong Heon legally adopted her and her older sister, Lee Yoo Bi who is also an actress. They have a half-brother named Lee Ki Baek.

Lee is a descendant of the Hwanggan Kyeon clan through her maternal side, which makes her a descendant of Gyeon Hwon, who was the first king of the Hubaekje kingdom, during the Later Three Kingdoms of Korea.

Through the actress' agency, it was confirmed on May 24, 2021 that she is dating Lee Seung Gi. They will marry on April 7, 2023. 

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.290347 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top