CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lelaki Fitnah Aeril Dan Wawa Ambil Job Berbayar PN Untuk Menghasut Rakyat

3-2-2023 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 820| Komen: 2

Description: Aeril Zafrel didakwa menjadi pempengaruh untuk ‘menghasut rakyat’ ketika Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.
Aeril Zafrel didakwa menjadi pempengaruh untuk ‘menghasut rakyat’ ketika Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.

Dakwaan itu dilemparkan menerusi ciapan seorang individu dikenali sebagai Azrul Azimi di Twitter yang mendakwa Aeril dan isteri, Wawa Zainal menerima bayaran untuk menyokong Perikatan Nasional.


Foto: IG

“Siapa dominan, siapa tunduk aku tak tahu, dan sejujurnya aku tak nak tau pun.

“Tapi apa yang pasti dua-dua ambik job berbayar jadi influencer hasut rakyat sokong Perikatan Nasional,” kata individu tersebut.




Tidak berdiam diri, Aeril membalas kenyataan lelaki itu dengan bersumpah bahawa dia tidak mengambil sebarang bayaran dan memintanya memadam ciapan berkenaan.


“Fitnah ni. Banyak kali dah aku jawab, tapi kali ni terpaksa lafazkan. Demi Allah satu sen pun aku tak ambik!

“Boleh saman ke statement dia ni?

“12 jam dari sekarang, sila mohon maaf & delete,” ujar Aeril kepada individu itu.


Selepas beberapa jam kemudian, individu tersebut bertindak memadam ciapan tersebut dan membuat permohonan maaf terhadap Aeril dan Wawa secara terbuka.



Menurutnya, dia telah bersangka buruk dan mengakui kesilapannya kerana tidak memeriksa perkara itu terlebih dahulu. -CARI

Sumber: XTRA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 3-2-2023 04:44 PM
So, apa kita nak buat?

Bang Non dah jadi pm ke-10.
Bukan lagi pm tepi.

Mari kita jadi rakyat bermaruah.

Gitew....
Quote Abc246 3-2-2023 10:09 PM
Saman je lah orang macam ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051197 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top