CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Kisah Almy Nadia Dikutuk Gemuk Macam Khinzir, Fizz Fairuz Kata, "Kalau Kurus, Saya Hamilkan Balik"

1-2-2023 02:17 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8601| Komen: 82|Original author: Saiful

Description: Datuk Fizz Fairuz tak kisah langsung dengan keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia walaupun sentiasa dikutuk oleh netizen yang memintanya supaya menurunkan berat badan.
Datuk Fizz Fairuz tak kisah langsung dengan keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia walaupun sentiasa dikutuk oleh netizen yang memintanya supaya menurunkan berat badan.

Walau macam mana pun dia tetap akan menyayangi dan mencintai wanita itu sepenuh hati.


Foto: IG

“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.

“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia gemuk,” katanya kepada Kosmo.



Tambahnya dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.

“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya."



Sebelum ini dia pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.

“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?

“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” katanya.



Sementara itu Fizz mengakui tidak pernah menerima sebarang mesej nakal daripada wanita yang mahu mendekati dirinya dalam media sosial.

“Mesej daripada wanita lain? Sejujurnya tiada. Kalau ada pun scammer. Tapi kalau mesej yang sarankan saya supaya menyuruh isteri untuk kuruskan badan, memang banyak.

“Siap tawarkan produk lagi. Tapi saya tidak melayan pun."



Sebelum ini Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kritikan netizen apabila ada yang menyamakan perubahan saiz badannya yang semakin membesar seperti khinzir terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat. –CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arffa 1-2-2023 02:31 PM
Netizen pun terima lah ada lelaki terima je isteri dia chubby. Kalau cantik molek jaga badan kena cerai lagi sakit hati. Doakan dia sihat sudah.
Quote asudau 1-2-2023 02:39 PM
yang mengata tu yang khinzir sebenar dik...

Quote Perawankota 1-2-2023 02:55 PM
Laki dia suka, biarlah dia.. Cuma, kalau blh pakai tu jgnlah selekeh Sgt... Kadang2 pakai tak semenggah
Quote SayaSayangMama 1-2-2023 03:06 PM
gemuk tu satu hal. selekeh tu satu hal, dia ni klu banding dgn ayda jebat bertiang lagi cantik. cantik sgt la klu banding dgn marhein biasa biasa ni, tp tu la xbersiap dah lepas kawen, gemuk pun kena la bersiap kan. apa apa jelah aku komen sebagai pemerhati selebriti je. terpulang lah. laki kena support / paksa isteri kurus. klu x kami isteri mmg malas nk bersenam
jaga makan, makan pastu tidur sedap tuhhh
Quote aciksenah 1-2-2023 03:15 PM
Tak kisah pun dia nak berisi. Ada je orang berisi yang nampak wangi je. Contoh Sherry..Tapi kalau udah suaminya tak kisah...apdehal
Quote Nana_Man 1-2-2023 03:21 PM
Gemok tapi nmpk wangi tu ok lah. Jgn lah gemok selekeh. Bkn nye tak mampu pun nk beli baju2 plus sized yg lawa2
Quote Cleocatra 1-2-2023 03:36 PM
Berminyaknya muka datin. Yela pas pis pus, nak cakap apa lagi bagi sedap hati. Bini ko dah kategory gemuk gedempol. Nak seribu daya gitu…
Quote xtinkerbellx 1-2-2023 03:42 PM
*eye rolling* laki kalo syg bini dia suruh diet la. Obese mcm tu mcm2 penyakit boleh hinggap. Beli bini baju lawa2 .
Quote Atata 1-2-2023 03:44 PM
Janganla biar diri gemok, tak sihat nnt
Quote likilu 1-2-2023 03:47 PM
Tapi Amy sendiri kata apa? Dia suka tak gemuk? Bawak badan yang 3 kali ganda berat biasa

Kalau video nampak Amy ni gelak macam bukan biasa biasa. Kesian dia harap dapat jumpa pakar untuk dia consult perasaan sebenar dia
Quote awenda507 1-2-2023 04:32 PM
org suruh kurus bkn sbb nak nmpk cantik je tp kena la tau bila obese lg la risiko mcm2 penyakit datang nti
Quote AcikBuncit 1-2-2023 04:34 PM
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna"

Apa maksud ko ni fiz? Mmg kne gemuk ke bru leh jd isteri sempurna? Aduhh peningg
Quote Nizleen86 1-2-2023 04:35 PM
Geli pulak bila dia ckp macam tu. maybe kalau pizz ni sejenis hensem pandangan iols berubah.
Quote Hoshhi 1-2-2023 04:35 PM
Cantik gila dia ni masa kurus. Sekarang dah obes. Sherry pun badan tak besar macam ini iols rasa
Quote yylkasy 1-2-2023 04:37 PM
Nanti bini tu dah sakit2 jgn cari pompuan lain pulak ye. Semoga berbahagia
Quote AWEKSAMURAI 1-2-2023 04:45 PM
arffa replied at 1-2-2023 02:31 PM
Netizen pun terima lah ada lelaki terima je isteri dia chubby. Kalau cantik molek jaga badan kena ce ...

Yaaa mcm laki aku hahahaaha sblom aku kwen dgn dia berat aku 95kg hahaha lepas kwen jd 127kg skrg turun sket 117kg hahah dia okey je dh 10 tahun pun .. penah goncang gak umahtangga tp bukan sbb gemok ke kurus sbb terkenal dgn betina manipulate
Quote dewi_rina 1-2-2023 05:00 PM
Gemuk macam tu, uruskan rumah, jalan sikit dah mengah
Quote hareeeesah 1-2-2023 05:05 PM
Aku cuba fahamkan kalau kurus xdpt jd ibu sempurna?yg  kurus xbuat kerja ruMah x jaga anak ke? Kasi balance la yeop…
Sungguh kurus itu indah utk org yg pernah kurus mokMok kurus.. bdn pun ringan utk mcm-mcm aktivit
Quote tulip-rain 1-2-2023 05:06 PM
Jagalah kesihatan diri untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Suami kata ok tak kisah, biar jelah ye.
Macam2 masalah kesihatan dan penyakit boleh kena, risiko tinggi.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050644 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top