CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiket kebal' makan diri: Buka butik tanda cinta

27-6-2013 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3904| Komen: 18

Description: TELUK INTAN - Hanya kerana mempunyai teman lelaki berjawatan tinggi di peringkat kampung di sini, seorang pekerja butik yakin dia tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai dokumen ...

Pegawai Penguatkuasa membawa wanita warga Indonesia (kanan) balik ke Pejabat Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan

TELUK INTAN - Hanya kerana mempunyai teman lelaki berjawatan tinggi di peringkat kampung di sini, seorang pekerja butik yakin dia tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
       
Namun, tindakan wanita berusia 35 tahun warga Indonesia yang menjalinkan hubungan dengan warga tempatan untuk mendapatkan ‘tiket kebal’ akhirnya memakan diri sendiri apabila dia dicekup dalam satu operasi Imigresen yang dikenali sebagai Ops Sapu, di sini, pagi semalam.
       
Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, wanita warga Indonesia itu sudah berkenalan dengan lelaki itu sejak enam bulan lalu.
       
Katanya, lelaki yang sudah berkahwin itu sanggup mengeluarkan modal untuk membuka sebuah butik aksesori wanita dan diuruskan oleh wanita itu sebagai tanda cinta.
       
“Walaupun wanita warga Indonesia itu bersembunyi di belakang teman lelakinya itu  dikatakan mempunyai jawatan penting dalam organisasi kampung, ibu tunggal itu tidak boleh lari daripada tindakan undang-undang,” katanya ketika ditemui semalam.
       
Sinar Harian turut dimaklumkan lelaki warga tempatan itu sering keluar masuk ke rumah ibu tunggal warga Indonesia sehingga penduduk tempatan tidak tahan melihat keadaan itu.
       
Khairul Anuar berkata, ibu tunggal itu mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun yang kini berada di Indonesia di bawah jagaan adiknya.
       
 Pihaknya menahan wanita itu di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan di Depot Langkap untuk tindakan lanjut.
       
"Pihak kami akan menjejaki pemilik butik yang juga warga tempatan bagi membantu siasatan.
       
"Menjadi kesalahan  apabila warga tempatan memberikan perlindungan kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah," katanya.
       
 Individu yang didapati bersalah boleh didenda minimum sebanyak RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 27-6-2013 10:34 AM
“Walaupun wanita warga Indonesia itu bersembunyi di belakang teman lelakinya itu  dikatakan mempunyai jawatan penting dalam organisasi kampung, ibu tunggal itu tidak boleh lari daripada tindakan undang-undang,” katanya ketika ditemui semalam.


ketua kampung ker si boify nyer itu????

nie mesti kes penangan kopi dangdut di kedai nie...
Quote itik_kuning 27-6-2013 10:40 AM
ni bukan calang2 minah indon nih
Quote DayangKirana 27-6-2013 10:50 AM
BF jawatan tinggi dalam organisasi kampung? dapat pulak dekat janda indon...  kantoi sbb ade yang bernanah mata la nie..

Quote md.jie 27-6-2013 10:53 AM
indon tuh umoq 35 ka 45
Quote jazaa 27-6-2013 11:14 AM
jkkk ka?......
Quote PICes_Boy 27-6-2013 11:21 AM
eee macik sgt indon ni..apalah pak cik yg berjawatan tu..tak curlast langsung..tangkap lah indon bergetah sikit, ni mcm cleaner kat opis aku..berlamabak aku bole rekemen..
Quote zeed 27-6-2013 11:58 AM
camne aku nak buat report kat polis supaya cek pekerja2 subcon indon kat warehouse? kata ada permit tapi aku tak caye.. sapa2 ada idea?
Quote Babai 27-6-2013 12:08 PM
Indon sanggup ajer nak kemut asalkan dapat idup senang.
Quote ogata 27-6-2013 12:09 PM
leylapple posted on 27-6-2013 10:34 AM
ketua kampung ker si boify nyer itu????

nie mesti kes penangan kopi dangdut di kedai nie...:l ...

kopi dangdut di balas dengan goyang gerudi....
Quote haryatie 27-6-2013 12:10 PM
x kan yg pakai baju kurung tu minah indon kut..
dia yg lbih bergaya dr pegawai imegresen lak..
ishh..untung nya minah indon tu ada org nk taja bukak bisnes..
geram aku ngan jntn2 kat malaysia ni..minah indon jugak yg ko nk taja
ank bini ko da terlebih lebih ker ko da bg segala nyer..
Quote Babai 27-6-2013 12:11 PM
haryatie posted on 27-6-2013 12:10 PM
x kan yg pakai baju kurung tu minah indon kut..
dia yg lbih bergaya dr pegawai imegresen lak..
ish ...

Yang penting kemut baik.
Quote gaara_X 27-6-2013 12:12 PM
Minah indon berwang nie.....
Quote haryatie 27-6-2013 02:04 PM
Babai posted on 27-6-2013 12:11 PM
Yang penting kemut baik.

cehhhhhhhh..........
Quote lavacall 27-6-2013 02:10 PM
haryatie posted on 27-6-2013 02:04 PM
cehhhhhhhh..........

x yah nak cehhhh cehhhhhh...

rahsianya...tongkat madura....kedai jamu ada jual...p la beli..
Quote bbalik 27-6-2013 02:14 PM
jawatan per kah???
jkkkkkkkkkk kampung kah??
Quote Odyman 27-6-2013 03:30 PM
Pegawai Imigresen pulok nampak macam Indon, pakai tudung selebeh.....
Quote blythes 28-6-2013 12:01 AM
buat projek dalam kampung, memang kena la. lainlah kat bandar, masing-masing buat tak menahu
Quote kambeng_masam 28-6-2013 01:07 AM
hehe..pegawaikampung...jkkk hek?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059309 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top