CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Penat Dibenci,"- Ramai Menyampah Tengok Muka Shiqin Kamal

3-12-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3372| Komen: 29

Description: Sering terima mesej kebencian, pelakon Shiqin Kamal, 31, ingin menapis tawaran watak selepas ini dan sebaiknya cuba elakkan untuk berlakon karakter jahat lagi.
Sering terima mesej kebencian, pelakon Shiqin Kamal, 31, ingin menapis tawaran watak selepas ini dan sebaiknya cuba elakkan untuk berlakon karakter jahat lagi.


Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal berkata, dia bukan tolak rezeki sebaliknya ingin tunjukkan lagi sisi lainnya sebagai pelakon selain penat 'dibenci' orang ramai.

Foto: IG

"Ramai yang selalu tanya, kenapa saya tidak bawa watak baik dan asyik jahat saja. Saya selalu sangat dapat pelbagai mesej langsung (DM) di Instagram cakap macam-macam, tak suka saya dan benci tengok muka saya.

"Bila dapat mesej begitu, memang saya tertekanlah juga sebab hampir semua nak benci saya. Bahkan, ada yang mesej sentuh pasal hidup saya, padahal tidak kenal pun siapa diri saya sebenar.


"Bermula tahun lalu, saya ada berbincang dengan pengurus untuk lebih menapis tawaran cari watak bukan jahat. Tapi bukanlah sampai tolak semua tawaran watak sebegitu, nanti tak kerjalah saya," katanya.



Pelakon drama Risik Pada Hati itu berkata, dia menyimpan impian untuk mendapat watak yang berkisar pemerkasaan wanita suatu hari nanti.

"Kalau watak jahat dalam filem, saya okay saja sebab babak pun tak banyak dan orang ingat sekejap saja. Tapi bila jadi jahat dalam drama sampai 30 episod, meluatlah penonton tengok saya lakonkan watak begitu hari-hari.

"Saya memang harap sangat dapat watak pasal 'women empowerment' pula suatu hari nanti. Kalau boleh genre aksilah sebab saya memang sangat sukakan perihal lasak-lasak ini sebenarnya," katanya.

Shiqin juga tidak menafikan sehabis baik cuba positifkan diri apabila kerap mendapat komen kebencian. Bagaimanapun, bukan mudah kerana hampir setiap hari ada yang DM dan kecam dirinya.



"Orang senanglah cakap suruh saya jangan baca komen atau mesej. Asalkan sudah dapat buat duit, saya patut buat tak tahulah. Tapi, tidak semudah itu ya.

"Bila dapat mesej yang sampai hina wajah saya, perlekeh fizikal, dan lain-lain, ada kala memang hati saya terguris juga. Sekurangnya, kalau seimbang lakonkan watak baik dan jahat, komen diterima pun pastinya seimbang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 3-12-2022 12:07 PM
Cantiknya kau dikk
Quote slyfynx 3-12-2022 12:07 PM
AKu sgt2 la x up to date dgn pelakon2 skrg.
So aku x termasuk yang benci tgk beliau, sbb aku kenal pun idok.
Quote red_velvet 3-12-2022 12:43 PM
Muka dia macam muka julia bakal bini doktor che hafiz duda si luftiak
Quote I.K.A888990 3-12-2022 01:34 PM
ok jgk dia berlakon
cuma jarang nampak
Quote eely_shana 3-12-2022 01:39 PM
Lagenda budak setan. Ambik watak LS lepas bedah muka.
Quote DeLuna85 3-12-2022 03:44 PM
red_velvet replied at 3-12-2022 12:43 PM
Muka dia macam muka julia bakal bini doktor che hafiz duda si luftiak

Cantik dia ni lagi kot walau tak mix.
Quote missyL 3-12-2022 04:48 PM
Iols suke die berlakon.
Jadi jahat pn suke
Lawa nye die nie
Quote ohsoyaya 3-12-2022 06:30 PM
Dia lawa sgt. I follow dia lps dia blakon cte apa ntah time pkp dlu. Sbb dia cntik sgt dlm drama tu
Quote Goodluckdontcry 3-12-2022 06:45 PM
slyfynx replied at 3-12-2022 12:07 PM
AKu sgt2 la x up to date dgn pelakon2 skrg.
So aku x termasuk yang benci tgk beliau, sbb aku kenal p ...

Sama la mcm den..tambah den pun errr xlayan cite melayu sgt... kehkehkeh

So lantak ko lah labu..nak berlakon watak baik ke jahat, tiada masalah bg den..sbb den xkenal pun ko sapa... kehkehkeh teruskanlah aktiviti ko ye dik...all de best..cuma jgn seksi sgt..sekali sekala kene pakai tudung...
Quote TomyamPuteh 3-12-2022 06:47 PM
Ko kalau bwk watak jahat mmg menjadi la shikin.
Quote winky1 3-12-2022 07:23 PM
Dulu pun cantik dah tapi lepas fix gigi lagi lah lawo.
Quote mosti 3-12-2022 07:26 PM
Cantik je dia.berlakon pun pandai.
Quote ezacbee 3-12-2022 08:07 PM
Dari tepi cam muka amyra. Muka garang mmg sesuai watak jahat..
Quote diamondhoney 3-12-2022 08:25 PM
eely_shana replied at 3-12-2022 01:39 PM
Lagenda budak setan. Ambik watak LS lepas bedah muka.

laaa sheols ke
Quote lolipopi 4-12-2022 12:32 AM
Mmg lawo tapi air muka nampak sombong..irl tatau sbb x penah jumpa
Quote hanna88 4-12-2022 12:39 AM
she lawa
suka tengok
Quote kaoru44 5-12-2022 07:16 AM
dia ni mmg lawa..baru ni tgok drama dia kat tv2..jd watak ganas2..walau duk berkerut tetap cun..haha
Quote bellaamsar 5-12-2022 08:04 AM
Dia ni cantik betul
Quote cicicumel 5-12-2022 08:16 AM
eely_shana replied at 3-12-2022 01:39 PM
Lagenda budak setan. Ambik watak LS lepas bedah muka.

Masa film LBS tu, she x lawa sgt pon. X sesuai langsung lps bedah muka drpd Lisa jd dia.Patut cari la makin lawa atau setara.
Btw, hope ada la produksi drama adapt balik LBS ni buat yg proper ikut sebijik dlm novel. Versi FK tu x best langsung. Yg versi drama tu lagi la anjirr pelakon hodoh. Hahaha

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061555 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top