CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Lakukan Seks Luar Nikah Bakal Dipenjara

2-12-2022 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1882| Komen: 15

Description: JAKARTA: Parlimen Indonesia dijangka meluluskan kanun jenayah baharu bulan ini yang mengenakan hukuman penjara sehingga setahun bagi kesalahan seks di luar perkahwinan.
JAKARTA: Parlimen Indonesia dijangka meluluskan kanun jenayah baharu bulan ini yang mengenakan hukuman penjara sehingga setahun bagi kesalahan seks di luar perkahwinan.


Pindaan undang-undang itu juga melarang tindakan menghina presiden atau institusi negara serta mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan ideologi negara berkenaan.

Bersekedudukan sebelum berkahwin juga diharamkan mengikut pindaan undang-undang itu.


Edward Omar, Foto: reuters

Timbalan Menteri Kehakiman Indonesia, Edward Omar Sharif Hiariej, berkata, selepas beberapa dekad dibincangkan, kanun jenayah baharu itu dijangka diluluskan 15 Disember ini.


“Kami bangga kerana mempunyai kanun jenayah yang selaras dengan nilai-nilai Indonesia,” katanya.

Kod baharu itu dijangka boleh diluluskan seawal minggu depan.

Draf itu mendapat sokongan beberapa kumpulan Islam konservatif di negara itu, manakala pembangkang menyatakan pindaan itu bertentangan dengan pembaharuan liberalisasi yang digubal selepas kejatuhan pemimpin autoritarian Suharto pada 1998.

Draf pindaan undang-undang kanun jenayah itu sebelum ini sudah diluluskan pada 2019 tetapi mencetuskan bantahan di seluruh negara.

Puluhan ribu orang berdemonstrasi pada masa itu menentang pindaan undang-undang berkenaan yang dilihat mengawal moral dan kebebasan bersuara, yang didakwa mereka sebagai tindakan yang menyekat kebebasan awam.

Menurut pengkritik, beberapa pindaan minimum sudah dibuat dalam kanun jenayah itu, dalam pada masa yang sama kerajaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini mengadakan rundingan awam di seluruh negara untuk memberikan maklumat mengenai pindaan berkenaan.

Antara beberapa perubahan yang telah dibuat termasuk peruntukan yang membenarkan hukuman mati ditukar kepada penjara seumur hidup selepas 10 tahun berkelakuan baik.

Kesalahan pengguguran, kecuali mangsa rogol dan penjara akibat perbuatan ‘sihir dan ilmu hitam’, kekal dalam kanun berkenaan.

Menurut draf terbaharu pindaan undang-undang bertarikh 24 November yang dilihat Reuters, seks di luar perkahwinan, hanya boleh dilaporkan oleh pihak yang terhad seperti saudara terdekat, boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun.

Bagi kesalahan menghina presiden, tuduhan hanya boleh dilaporkan Presiden yang mana hukuman dikenakan maksimum penjara tiga tahun.

Indonesia, negara majoriti penduduk Islam yang paling ramai di dunia, mempunyai beratus-ratus peraturan di peringkat tempatan yang mendiskriminasi wanita, minoriti agama dan golongan LGBT.

Perubahan kepada kanun itu akan menjadi ‘kemunduran besar kepada demokrasi Indonesia’, kata Andreas Harsono dari Human Rights Watch.

Timbalan menteri kehakiman menolak kritikan itu, berkata versi akhir draf itu akan memastikan undang-undang serantau mematuhi perundangan negara, dan kod baharu itu tidak akan mengancam kebebasan demokrasi.

Pindaan kanun jenayah itu sudah mula dibincangkan sejak Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Belanda pada tahun 1945. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-12-2022 07:57 PM
tahniah indonesia kerana anda mengangkat martabat manusia daripada zina dan moga indonesia tiru malaysia ada pasukan cegah maksiat.

Quote dua_chzy 2-12-2022 07:59 PM
Tumpang tanya,

bangsawan, elit2 Ndon, retis, selebriti pemes2 kaya raya itu segala bakalan didenda juga jika kedapatan ya pak? Atau boleh kawtim?
Quote CiliPadiSedap 2-12-2022 08:03 PM
kalau kat malaysia pajero hitam masyarakat dah tahu siapa datang. kat indon janganlah tiru pajero hitam. naik kenderaan lain . nanti macet
Quote sharlenetexas 2-12-2022 08:05 PM
Oh taliban?

Quote brego 2-12-2022 08:10 PM
Edited by brego at 2-12-2022 08:15 PM
dua_chzy replied at 2-12-2022 07:59 PM
Tumpang tanya,

bangsawan, elit2 Ndon, retis, selebriti pemes2 kaya raya itu segala bakalan didenda  ...

undang2 untuk marhaen saje lew
law is for poor people

geng kayangan, bangsawan, elit, bayangan Tuhan di muka bumi,
semua nya above the law.

ada duit semua boleh adjust.
boleh beli lawyer terbaik, boleh beli hakim, dan boleh lepas hukuman gantung  

dan point paling penting,
mereka yg above the law ni yang bikin polisi, rules dan undang undang  


[tiktok]7166981924194454790[/tiktok]




Quote brego 2-12-2022 08:11 PM
[tiktok]7162587314542169349[/tiktok]
Quote intan244 2-12-2022 08:51 PM
kris dayanti
Quote rosedemon 3-12-2022 11:03 AM
kalau buat kat mlysia mmg penuh la pnjara tu
Quote Cassieopeia 4-12-2022 10:02 PM
Oh sebelum ni bahagian agama diorg takde unit cegah maksiat mcm sini ye.. ptt relax je retis sane
Quote airfilterkotor 4-12-2022 10:07 PM
Abis la wisata Gunung Kemukus tak akan meriah seperti dulu.
Quote kakikuDibibirmu 4-12-2022 10:24 PM
[youtube]4yWBuPzCp8w[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 4-12-2022 10:26 PM
brego replied at 2-12-2022 08:10 PM
undang2 untuk marhaen saje lew
law is for poor people


Undang-undang dalam ini negeri, kanda yang bikin, itu semua boleh padam

[youtube]svedI-EVhww[/youtube]
Quote edayildiz 4-12-2022 10:36 PM
Edited by edayildiz at 4-12-2022 10:38 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-12-2022 10:24 PM


islam ke dia? nape mkn sate babi tp bertudung..pelik2..kalau kt malaysia even mnm carlsberg babi hrm ok
btw dh lama xmkn sate sejak pakai susuk
Quote Rayna90 5-12-2022 06:02 PM
edayildiz replied at 4-12-2022 10:36 PM
islam ke dia? nape mkn sate babi tp bertudung..pelik2..kalau kt malaysia even mnm carlsberg babi h ...

Dia beli sate ayam kedai lain, bawak makan kat kedai sate babi ni. Adoi la motip nak buat YouTube content macam ni
Quote edayildiz 5-12-2022 10:20 PM
Rayna90 replied at 5-12-2022 06:02 PM
Dia beli sate ayam kedai lain, bawak makan kat kedai sate babi ni. Adoi la motip nak buat YouTube  ...

la rupanyaaa..gila content la acik gundu tu rupanya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064138 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top