CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Sharifah Shahira Ke Singapura Tanpa Izin "Tak Kenal Kawan Dia, Bila Masa Dia Renew Passport?"

30-11-2022 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8073| Komen: 65

Description: "Naluri ibu sangat kuat. Apabila saya buat panggilan video dia 'reject'. Ketika minta berikan lokasi dia tidak membalas mesej saya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena," kata pengacara dan penyampa ...
"Naluri ibu sangat kuat. Apabila saya buat panggilan video dia 'reject'. Ketika minta berikan lokasi dia tidak membalas mesej saya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena," kata pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mengenai insiden kemalangan yang menimpa anak lelakinya, Airell Zulkifli, 18, awal pagi semalam.


Airell antara mangsa dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dengan treler di Kilometer 179, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Jasin, Melaka, kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

Foto: IG

Dalam kejadian itu, Airell yang menaiki bas berkenaan dari Singapura menuju ke sini mengalami cedera ringan.

Difahamkan, Airell ke Singapura tanpa pengetahuan ibu dan bapanya.

Sharifah atau mesra disapa Kak Rara berkata, dia tidak pernah melarang anaknya untuk melakukan aktiviti diminati, tetapi perlu memberitahu dan meminta kebenarannya.



Katanya, dia bimbang sekiranya tindakan anaknya yang ke Singapura secara rahsia itu berakhir dengan tragedi.

"Jika dia pergi Singapura tapi tak pulang buat selama-lamanya bagaimana? Kalau ada orang letak dadah dalam beg dia, macam mana?

"Sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Orang sanggup buat apa saja. Banyak kes kita dengar membabitkan remaja berusia 18 tahun yang terperangkap di Kemboja kerana diperdaya menjadi keldai dadah atau menjadi mangsa 'scammer'.

"Saya tak tahu bila dia memperbaharui pasport yang sudah tamat tempoh daripada simpanan saya. Tahu-tahu dia dah sampai Singapura tanpa kebenaran. Saya bukan nak halang kalau dia nak pergi, tapi seeloknya beritahu saya atau ayahnya," katanya.


Foto: Kosmo

Menurut Sharifah, sehingga kini dia masih tidak mengetahui anaknya bersama siapa di Singapura.

"Sampai sekarang saya tak tahu siapa rakan dia sebab dia selalu bermain permainan dalam talian. Saya juga tak tahu dengan siapa dia berkomunikasi selama ini.

"Cuma saya selalu ingatkan supaya hati-hati memilih kawan. Saya harap insiden ini menjadi iktibar kepada ibu bapa lain agar memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak," katanya.



Dalam masa sama, Sharifah berkata, anaknya hanya mengalami luka kecil di bahagian dahi, hidung dan kaki serta patah gigi.

"Saya sudah minta suami hantar anak pergi buat x-ray sebab risau walaupun cuma cedera ringan. Alhamdulillah keputusan x-ray semua okey.

"Saya tahu dia terbabit kemalangan selepas nampak ada luka di bahagian dahinya walaupun dia tutup dengan rambutnya yang panjang itu, Bila saya tanya, katanya jerawat, tetapi saya tahu itu adalah kesan luka atau dia bergaduh dengan sesiapa," katanya.

Airell berada di Singapura sejak Jumaat lalu bagi menghadiri festival animasi tanpa memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya.



Terdahulu, Harian Metro melaporkan seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera dalam kejadian itu.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Azman Md Dawam berkata, dalam kejadian itu, bas ekspres terbabit merempuh belakang sebuah treler.



Katanya, semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki ambulans dan kenderaan EMRS untuk menerima rawatan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 30-11-2022 11:13 AM
Hm byk nak diulas tapi takpelah.
Quote yum3 30-11-2022 11:19 AM
dugaan  zman sekrg menjaga anak remaja  memang  begitu. Semua nak berahsia dgn parent. Sebagai ibu , memang kita risau jika anak pergi kemana2 tidak inform kita. Anak aku cam tu lah seblm ni. Depa ni nak bebass bersuka ria. Tp x fikir jika ditimpa tragedi ke apa ke. Kita ni sayang depa.  laaa ni aku slow talk dg depa. Kami sayangkan depa sbb itu kena bgtahu kemana2.. Dlm doa ibu bapa tak pnh sekali pn tidak mendoakan tentang anak.
Quote pasubungaa 30-11-2022 11:26 AM
Atata replied at 30-11-2022 11:13 AM
Hm byk nak diulas tapi takpelah.

nape wak kehkehkeh
Quote bukannasigoreng 30-11-2022 11:39 AM
dugaan mak sekarang
Quote amira_safia 30-11-2022 11:47 AM
yum3 replied at 30-11-2022 11:19 AM
dugaan  zman sekrg menjaga anak remaja  memang  begitu. Semua nak berahsia dgn parent. Sebagai ibu , ...

kannn .....
Quote fealefea 30-11-2022 11:47 AM
Dia mmg wanita biasa2 je cam kita. X pe kalau ade flaws dlm mendidik anak. Kalau slh pon x la bekap bodo2 cam Mak mael tu.
Quote irsa 30-11-2022 11:53 AM
Alahaiiii anak! Anak2 ni tak tahu lagi rasa risau makpak kat deols walaupon deols dah besar pnjg, dah berlaki/bini beranak-pinak pon aihhhhh
Quote DeLuna85 30-11-2022 11:57 AM
Jadikan pengajaran lepas ni ya dik
Quote adeqbun 30-11-2022 11:59 AM
anak2 zaman dlu dan skang berbeza sgt2..dlu nak p kedai pak mat jalan kaki 5 minit pon inform kat mak..nak p lebri (read:deting) pon kene update ngan mak..skang ni atas tiket hak dan kebebasan,anak2 dh pandai nak bersoal jwb ape hak parents nak pertikai diorg nak p mana..
Quote mizruncing 30-11-2022 12:05 PM
uishh scarynyaaa kes gini. mintak dijauhkan laa.. anak2 pon dh knp sampai sanggup tipu nak pi singapore tu
Quote prettyuglybabe 30-11-2022 12:09 PM
dia dah 18.. so pergi je la renew passport kat imig..
bukannya bawah umur nak kena mak bapak bawak..
passport pun dah expired kan..
Quote SisLena 30-11-2022 12:09 PM
Cabaran besar kan anak. Risau jgk ni. Bila berkawan kadang2 x dengar mak bapak dh. Kalo strict sgt memberontak, bila sporting sgt nnt jd biadab. So? Kena selalu doa la kot biar anak lembut hati huhu
Quote adiktet 30-11-2022 12:12 PM
aku tanak komen.. dunia membesarkan anak2 zaman sekarang memang mencabar..

cuma rasa nak ambik sikat.. nak sikat kemudian ikat rambut dia cekang2.. rimas dok cucuk mata..
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 12:14 PM
last sekali dia kuar tv edisi khas yang lawak tu arr

Quote ninnamina 30-11-2022 12:14 PM
diam2 selesesaikan masalah family sendiri2 je tak boleh ke? tau la masuk berita kemalangan tu tapi tak payah la nak ulas panjang2..
iols sebagai netizen dah bagi tanggapan bukan2 pulak dekat parent and anak2.
Quote Zeatyisaac 30-11-2022 12:15 PM
Anak dia pergi festival animasi secara rahsia. Samalah macam artist dulu2, pergi audition nyanyian, rehearsal drama ataupun pertandingan hiburan minggu ini secara rahsia. Cuma berbeza negara je.
Quote kechikchomel 30-11-2022 12:24 PM
sama kes macam cousin iolss. iolss pernah kot citer sebelum ni kat bod/benang lain.
cousin iolss ni (lelaki) belajar kat perlis. ada satu hari kat status whatsapp atau kat IG adik beradik cousin iolss ni, minta tolong siapa2 yg ada contact/ternampak abang dia, inform kat ibu dorang. ibu dorang ghisauuu sebab dah berapa hari call tak jawab. message pun tak reply.

selang berapa hari baru dapat contact cousin iolss ni. rupanya dah terlepas sampai ke siam!
Quote Sazreena 30-11-2022 01:04 PM
Kalau pompuan sesilap kena jual..
Quote doubleA 30-11-2022 01:07 PM
Ada duit sendiri la tu boleh p renew dan jalan2 sendiri. Kalau takda duit, mesti akan minta kat makpak, mesti makpak akan tanya nak buat apa dgn duit tu. Hmm mujur la tak jadi apa2 yg buruk

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.164123 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top