CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Sharifah Shahirah Tiada Masalah Hidup Di Kampung Lepas Kahwin

22-11-2022 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11131| Komen: 54

Description: Selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi Tallisya akan berpindah ke kampung halaman suaminya, Mohd Zulhisyam di Pulau Tioman, Pahang sekali gus meninggalkan kehidupan di bandar.Tallisya atau Allisya ...
Selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi Tallisya akan berpindah ke kampung halaman suaminya, Mohd Zulhisyam di Pulau Tioman, Pahang sekali gus meninggalkan kehidupan di bandar.


Tallisya atau Allisya Tahir, 24, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk menjalani kehidupan di kampung memandangkan Pulau Tioman adalah salah satu destinasi kegemarannya sejak dahulu.


IG Tallisya

"Sebagai isteri tempatnya di sisi suami, jadi saya kena ikut suami ke Pulau Tioman. Lagipun buat masa sekarang saya memang tidak bekerja dan boleh menikmati keindahan pantai setiap hari.

"Sebenarnya Pulau Tioman memang lokasi kegemaran saya dan tak sangka pula bertemu jodoh dengan orang sana," katanya.


Tambah Tallisya yang juga anak sulung penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah, sekiranya dia mempunyai sebarang tawaran di Kuala Lumpur, ia bukan masalah untuk berulang-alik memandangkan Pulau Tioman turut mempunyai akses kapal terbang yang tidak mengambil masa lama.





Bercakap mengenai perancangan anak, Tallisya berkata, dia dan suami menyerahkan perkara itu kepada rezeki.

"Setakat ini perancangan untuk anak itu belum ada lagi tapi kalau ada rezeki lebih awal kami terima," katanya.

Untuk rekod, Tallisya dan Zulhisyam berkahwin pada 11 November lalu.




Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 22-11-2022 10:22 PM
Cantik talisya. Muda lagi
Congratulations
Quote AcikBuncit 22-11-2022 10:24 PM
Penyanyi ke dia.. Xpnh dgr pn.. Apa lagu popular anaknye
Quote pearl.silver 22-11-2022 11:33 PM
Ikut laki balik tioman. Laki tu kje mende kt tioman?
Kje bawa tourist snorkeling?
Quote Kancilkering 22-11-2022 11:36 PM
pearl.silver replied at 22-11-2022 11:33 PM
Ikut laki balik tioman. Laki tu kje mende kt tioman?
Kje bawa tourist snorkeling?

keluarga dia ada business hotel kan…kat tioman…tapi dh msk monsun ni tutup sampai tahun depan
Quote 3480 23-11-2022 12:05 AM
Mcm kinah tp x sekurus kinah
Lawa
Quote sleepandream 23-11-2022 12:11 AM
tioman better la dari redang
Quote Hazelnut99 23-11-2022 12:20 AM
Kenapa aku nmpk mcm muka shira lg lawa n comel dr anak dia eh?? Hahaha. Maybe anak dia byk ikut muka jatt kot
Quote fadz84 23-11-2022 12:20 AM
AcikBuncit replied at 22-11-2022 10:24 PM
Penyanyi ke dia.. Xpnh dgr pn.. Apa lagu popular anaknye

Penyanyi & pelakon.. ni lagu dia yg I pernah dgr, OST drama..

[youtube]CvY3zmw0IFg[/youtube]
Quote hasniey 23-11-2022 12:27 AM
Bestnya laki ada hotel.tepi pntai pulak tu.hari2 healing
Tenangggg...ribut jiwa...
Quote TerataiMelur02 23-11-2022 01:02 AM
sleepandream replied at 23-11-2022 12:11 AM
tioman better la dari redang

Yeke?baru bercadang nak ke redang bila dah buka nanti
Quote rayna_raynes 23-11-2022 01:04 AM
Jatt datang tak majlis anak dia?
Quote anony-mous 23-11-2022 01:06 AM
TerataiMelur02 replied at 23-11-2022 01:02 AM
Yeke?baru bercadang nak ke redang bila dah buka nanti

Ikut aktiviti kot. Tioman besar. Boleh hiking sekali.
Quote awenda507 23-11-2022 01:56 AM
rayna_raynes replied at 23-11-2022 01:04 AM
Jatt datang tak majlis anak dia?

Jatt yg nikahkan anak dia ni
Quote shaiy 23-11-2022 02:01 AM
Kalo iol pun tkda hal la duk kampung pulau bestnyaaaa!
Quote sofea86 23-11-2022 02:54 AM
Suami dia, Anak tokey Salang Indah klu xsilap...rindunya Tioman ..xpernah bosan ke Tioman...
Quote Kancilkering 23-11-2022 06:07 AM
duduk mersing pun best ini kan lagi duduk tioman……

Quote acikhan 23-11-2022 06:17 AM
sofea86 replied at 23-11-2022 02:54 AM
Suami dia, Anak tokey Salang Indah klu xsilap...rindunya Tioman ..xpernah bosan ke Tioman...

Ade viral kat IG video air laut jernih pastu sekeliling cantik sgt org ckp kg salang indah nie mmg port cantik air kebiruan
Quote acikhan 23-11-2022 06:20 AM
Kancilkering replied at 23-11-2022 06:07 AM
duduk mersing pun best ini kan lagi duduk tioman……

best nyer mersing....adik ipar haku org mersing umah atas bukit n bwh tu laut ya Allah tenang n damai btl ngan bunyi deruan ombak n angin burung2 semua...walaupun Bando mersing kecik tp tenteram n amai damai cuma tu la jln nk kesana ngeri n seram cikit
Quote Suchi 23-11-2022 06:54 AM
Cemana dia leh kenal nuar jen 2.0 ni heheh jumpa kat tioman kot

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058631 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top