CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelahiran Yang Tertangguh- Kembar Lahir Dari Embrio Yang Dibekukan 30 Tahun Lepas

22-11-2022 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 774| Komen: 1

Description: Washington: Keajaiban berlaku apabila bayi kembar dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) daripada embrio yang dibekukan lebih 30 tahun lalu.
Washington: Keajaiban berlaku apabila bayi kembar dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) daripada embrio yang dibekukan lebih 30 tahun lalu.

Portal sky news melaporkan, Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan (NEDC) percaya embrio itu adalah yang paling lama dibekukan sehingga menghasilkan kelahiran hidup.

Lydia dan Timothy Ridgeway dilahirkan pada 31 Oktober daripada embrio yang dibekukan pada 22 April 1992 iaitu ketika George H.W Bush menjadi Presiden AS manakala John Major selaku Perdana Menteri British.

Embrio itu pada mulanya dicipta untuk pasangan suami isteri tanpa nama dan disimpan di makmal kesuburan sebelum didermakan kepada pusat kebangsaan pada 2007, lapor CNN.


Foto: Agensi


Philip Ridgeway, bapa kepada kembar itu, berusia lima tahun ketika embrio dicipta dan berkata ada sesuatu yang membingungkan mengenainya.

"Mereka adalah anak 'tertua' kami," kata Philip dan Rachel Ridgeway mempunyai empat lagi anak berusia antara dua dan lapan tahun.

Pada tahun 1992, ibu kandung adalah penderma telur berusia 34 tahun manakala bapa berusia 50 an.

Mark Mellinger, dari NEDC, berkata ia adalah rekod baharu untuk pemindahan embrio paling lama beku yang mengakibatkan kelahiran.

Terdahulu, Molly Gibson dilahirkan pada 2020 daripada embrio berusia 27 tahun, mengalahkan rekod kakaknya Emma yang berasal daripada embrio beku selama 24 tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 23-11-2022 09:37 AM
fuyooo. patot lahir 30 taun lepas. gila ah, boleh plak tangguh2

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043359 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top