CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Tamil Pengsan Tak Minum Air Demi Bina Otot

17-11-2022 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1544| Komen: 1

Description: Pelakon filem Tamil, Naga Shourya jatuh pengsan semasa menjalani penggambaran filem akibat dehidrasi melampau.Memetik laporan Indiatimes, aktor berusia 33 tahun itu turut mengalami demam virus sehingg ...
Pelakon filem Tamil, Naga Shourya jatuh pengsan semasa menjalani penggambaran filem akibat dehidrasi melampau.

Memetik laporan Indiatimes, aktor berusia 33 tahun itu turut mengalami demam virus sehingga dikejarkan ke Institut Gastroenteologi Asia (AIG), India.



TOI

Difahamkan, Shourya mengamalkan diet ketat selama tiga hari tanpa mengambil sebarang cecair.

Aktor ini sedang dalam usaha untuk membina otot bagi menjayakan filem berjudul NS24.

Shourya mengamalkan diet ketat selama tiga hari.

Dalam pada itu, Shourya dipaksa tenaga produksi untuk tidak minum air selama beberapa hari supaya dapat menghasilkan six pack.


Bagaimanapun selepas dikejarkan ke hospital, Shourya kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

"Suhunya meningkat dan dia pengsan akibat dehidrasi, tetapi kini semuanya semakin baik.

"Dia kini sedang berehat dan sedang bersiap sedia untuk masuk semula ke set penggambaran tidak lama lagi," katanya.

Shourya sebelum ini pernah membintangi beberapa buah filem termasuk Krisha Vrinda Vihari, Varudu Kaavalenu dan Lakshya.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 29-11-2022 01:17 AM
This is a harmful practice actors use to get the "perfect abs" look.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.094342 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top