CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Papan Segway Undang Kecelakaan? Haram Lagi?

2-9-2015 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 14570| Komen: 34|Original author: CARI-IIN

Description: Papan segway ini menyusahkan orang awam dan ramai tercedera? ...
Oleh Izzah Abbasy

Sana sini cerita perihal papan segway ini. Apakah yang menjadikan papan segway ini begitu popular? Untuk pengetahuan bersama, papan segway atau segway board dan dikenali juga levi-board adalah alat bantuan seperti skateboard dan skuter kaki yang dijadikan alat pengangkutan bagi jarak dekat. Ia sesuai untuk mereka yang malas berjalan atau yang ingin ke pejabat atau ke sesuatu destinasi yang berdekatan.



Segway mempunyai dua roda besar pada bahagian sisinya. Pengguna harus berdiri di atasnya dan hanya menggerakkan tubuh. Ia mampu bergerak sejauh 16 kilometer (km) dan mempunyai kelajuan maksimum 6.4 km sejam serta menggunakan kuasa bateri yang hanya boleh dicas selama dua hingga tiga jam.



Kini ia menjadi suatu trend kerana ramai artis, ahli sukan dan mereka yang berkemampuan memiliki papan segway ini. Sehinggakan baru-baru ini seorang lelaki telah tawaf mengelilingi Kaabah dengan menggunakan papan segway ini. Namun, ia telah menjadi viral dan dikritik netizen kerana ia dipercayai bercanggah dengan rukun umrah dan haji.


Kenapa ia undang kecelakaan?



1) Sehubungan dengan lelaki yang menjadi viral tawaf menggunakan papan segway ini, ramai pengguna laman sosial meminta ulama keluarkan fatwa mengenai isu itu. Ia sekaligus mengelirukan jemaah haji dan orang ramai. Ada yang berpendapat, penggunaan papan segway ini perlu diharamkan kerana semasa menjalani fardhu haji, sepatutnya diberikan tumpuan kepada zikir dan doa. Tetapi jika menggunakan papan ini, tumpuan hanya diberikan kepada papan segway ini untuk menyeimbangkan badan mereka. Ada jua yang berseloroh, sepatutnya lelaki itu berjalan memandangkan dia sihat dan jika dia mempunyai masalah kesihatan, kerusi roda telahpun disediakan.  


2) Usain Bolt, 29 pelari pecut dari Jamaika yang menjuarai acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter lari berganti-ganti pada Kejohanan Dunia di Beijing telah dilanggar oleh jurukamera China yang gagal mengawal papan Segway. Jurukamera itu dikatakan baru saja menggunakan Segway tersebut. Namun, dia tidak sengaja melanggar Bolt dari belakang sehinggakan insiden itu sukar diterima di China dan kerajaan negara itu mengharamkannya daripada disiarkan.

Selepas kejadian tersebut, Bolt dilihat menggunakan papan Segway ini di lapangan terbang.



Sejauh mana ia selamat digunakan sebenarnya ia bergantung kepada pengendali atau penggunanya. Perlu ambil pusing cara penggunaannya dan di mana ia sesuai digunakan. Jangan nanti papan segway ini menyusahkan orang awam dan ramai lagi yang tercedera dengannya. Paling utama, jangan terlalu teruja dengan rekaan alatan baru ini sehingga ia membuatkan anda hanya mementingkan diri sendiri. - CARI Infonet
1

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 2-9-2015 06:01 PM
x de mslh la.pantang ade tech baru, sibuk nk haramkan.i want one pls.
Quote Changa 2-9-2015 06:16 PM
hauk nya artikel taraf pprt jah.

segway ini dah berkurung lama nya. bukan la suatu teknologi yang bahau
Quote Changa 2-9-2015 06:17 PM
noraidil_06 replied at 2-9-2015 06:01 PM
x de mslh la.pantang ade tech baru, sibuk nk haramkan.i want one pls.

the thing is teknologi ini bukan baharu pun.
segway yang original tak berapa pop sebab mahal jah.

lately jah ada teknologi yg sama yg mungkin murah sikit.
Quote blythes 2-9-2015 06:23 PM
Baru baca pasal orang tawaf pakai Segway. Hukumnya harus. Zaman nabi pun ade orang tawaf atas unta
Quote noraidil_06 2-9-2015 06:28 PM
Changa replied at 2-9-2015 06:17 PM
the thing is teknologi ini bukan baharu pun.
segway yang original tak berapa pop sebab mahal jah. ...

i see, i la tertinggal
Quote famri7 2-9-2015 06:32 PM
Changa replied at 2-9-2015 10:16 AM
hauk nya artikel taraf pprt jah.

segway ini dah berkurung lama nya. bukan la suatu teknologi yang ...

Sama kes mcm vape sis..ummah2 mentaliti hauk ulu banat lokal baru kenal dunia..

Anyhthing new adalah haram, unless diorang dah mula guna, trus jd halal.;)
Quote kelapaparut 2-9-2015 06:36 PM
blythes replied at 2-9-2015 06:23 PM
Baru baca pasal orang tawaf pakai Segway. Hukumnya harus. Zaman nabi pun ade orang tawaf atas unta

Tawaf naik motosikal beskal xpe ke uolz, takut nanti ummah lobai meleis tempatan fatwakam sesat nanti,kite semue masuk neraka
Quote perang_candu 2-9-2015 06:48 PM
kelapaparut replied at 2-9-2015 06:36 PM
Tawaf naik motosikal beskal xpe ke uolz, takut nanti ummah lobai meleis tempatan fatwakam sesat na ...

ye lah.. better kerajaan arob sa'udi bina eskalator berpusing keliling kaabah

Quote perang_candu 2-9-2015 06:50 PM
perang_candu replied at 2-9-2015 06:48 PM
ye lah.. better kerajaan arob sa'udi bina eskalator berpusing keliling kaabah

silap ..travelator

Quote Bateesta 2-9-2015 06:56 PM
sbab abu lahabun naik roller blade tawap kaabah , terus roller blade undang kecelakaan



bagus btul lojik dia
Quote revolusi_30 2-9-2015 07:45 PM
Sekarang ulama kena bincang pulak pasal tawaf pakai segway.... Bila nk bincang pasal kemajuan ummah pun x tahu.  

Ala, kalau boleh pakai segway atas sebab keuzuran pun, ummah takkan pakai nya, pasal mana boleh nak seimbang kalau dah sah2 uzur, nak naik segway ne kena sihay dan kuat, baru leh balance.  
Quote samperit 2-9-2015 10:11 PM
bnd ni dah lame...so ape yg isu semasa nya? xphm
Quote kecimpret 2-9-2015 10:53 PM
Segway mahal beli ninebot china made sudahhhh
Quote mrseller 2-9-2015 11:48 PM
Sikit2 haram sikit2 haram.haram jadah sgt kan !! Pikior tak ke depan gini la jadi nyer
Quote chaintea 2-9-2015 11:53 PM
dh malas nk berjalan kah?

Quote kazaraf 3-9-2015 12:27 AM
revolusi_30 replied at 2-9-2015 07:45 PM
Sekarang ulama kena bincang pulak pasal tawaf pakai segway.... Bila nk bincang pasal kemajuan ummah  ...

Dah bincang dah (buat kerja)....
========================================
http://www.muftiwp.gov.my/index. ... =478&Itemid=333

Irsyad Fatwa ke 89: Hukum Tawaf Menggunakan Segway / Mini-Segway

MuqaddimahSaya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard. Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.

Segway / Mini-Segway
Segway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.
Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.

Hukum Menggunakan Alat Tersebut
Melihat kepada nas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan:
أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَافَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ عَلَى بَعِيرٍ يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بِمِحْجَنٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada’ (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya”.
Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa’i (173), Ibn Majah (2948)

Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:
شَكَوْت إلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنِّي أَشْتَكِي، فَقَالَ: طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ، وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ
Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: “Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.”
Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)

Di dalam hadis Jabir R.A:
طَافَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى رَاحِلَتِهِ، بِالْبَيْتِ، وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لِيَرَاهُ النَّاسُ، وَلِيُشْرِفَ عَلَيْهِمْ، لِيَسْأَلُوهُ، فَإِنَّ النَّاسَ غَشُوهُ
Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’abah, sa’i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.
Riwayat al-Nasa’I (2975)

Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:
  • kerana untuk membimbing orang ramai.
  • kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.
  • kerana uzur atau sakit.

Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus.


Pendapat Ulama
Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:

  • Pendapat pertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:
الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ
Maksudnya: Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat.
Riwayat al-Nasa’i (2922)
Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]
  • Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].
  • Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.
Ibn al-Munzir berkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Tarjih
Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:
  • Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
  • Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
  • Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
  • Jauhi dari riya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.
  • Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-segway

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Zulkaedah 1436H bersamaan 2 September 2015.   

Quote revolusi_30 3-9-2015 01:02 AM
Jika boleh tawaf naik skuter ka, roda dua ka....ereb dah lama buat....lagian mereka kaya raya...  mereka x buat pasall nabi tidak lakukan, hanya dibelakang unta(tunggang) .. jadi x boleh samakan unta dgn benda atau alat tunggangan yg lain ...pasal dlm ibadat kena ikot aku kata nabi ...


Akak tgu ss mufti perlis punya pandangan pulak.
Quote saladin780 3-9-2015 01:10 AM
baru last ni try naik segway ni kat icity..mula2 tu cam susah gak nak kontrol..lelama tu okeylah
Quote Faina 3-9-2015 02:53 PM
teringin jugak nak beli buat riadah
mahal ke tak ye

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

22-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.104509 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top