CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Maut Direnjat Elektrik Ketika Mandi Dalam Besen

1-10-2022 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2813| Komen: 29

Description: BANDAR BARU BANGI – Dua beradik maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di dalam besen di halaman rumah mereka di Kampung Teras Jernang di sini petang semalam.
BANDAR BARU BANGI – Dua beradik maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di dalam besen di halaman rumah mereka di Kampung Teras Jernang di sini petang semalam.


Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan kedua-dua mangsa iaitu Adam Haziq Zamri, 10, dan adiknya, Adam Harish Zamri, 9, tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Serdang.


Foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik, dengan kedua-dua ibu bapa mereka bekerja sebagai peniaga kedai makanan.


Katanya, berdasarkan maklumat awal, bapa mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas pulang ke rumah dari kedai dan mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Bapa mangsa dakwa anaknya meninggal dunia berpunca dari renjatan elektrik yang mengalir dari sebatang besi yang merupakan besi penyidai baju.

“Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah mengesahkan berlaku geseran dari wayar tepi rumah bapa mangsa terus ke zink rumah di mana menyebabkan wayar tersebut luka dan arus elektrik mengalir melalui besi penyidai baju.

“Kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan besi penyidai baju yang berada di tempat mandi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa akan melalui proses bedah siasat selepas ujian saringan Covid-19 di Hospital Serdang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 1-10-2022 03:29 PM
Innalillahiwainna ilaihi rojiun..sedihnya anak2 sedara jiranku ni...
Quote insulin 1-10-2022 03:31 PM
Takziah kepada keluarga mangsa. Sedih bila sebenarnya perkara ni boleh dielakkan.
Quote liyamariska 1-10-2022 03:33 PM
Innalillahiwainna ilaihirojiun....
Quote ilahaz 1-10-2022 03:35 PM
Allahuakbar sedihnya.. salam takziah[em:9:]
Quote Cyempaka 1-10-2022 03:36 PM
Semoga tabah makpak nya.. Kesiannya pegi 2 sekali
Quote casper2022 1-10-2022 03:51 PM
Takziah kp keluarga...semoga tabah
Quote msdummy.2018 1-10-2022 04:12 PM
Allah siannya..ank aku dulu kecik2 pun suka mandi dlm besen jua
Quote Meiizu 1-10-2022 04:17 PM
Edited by Meiizu at 1-10-2022 04:18 PM

Ya Allah...kasihanilah mereka.

Mula baca tajuk nak teka sebab shower heater
Manalah tau mcm ni pun boleh jadi
Quote syaz_lina 1-10-2022 04:22 PM
Innalillahiwainna ilaihirojiun..kesian mak bapak
Quote noor2 1-10-2022 04:24 PM
Innalillah


Apa yg ada kat kita hanya la pinjaman saja...
Quote syamzana 1-10-2022 04:30 PM
Innalillah...sekelip mata hilang 2 anak. takziah utk keluarga arwah.
kalau tgk kronologi mcm benda jrg berlaku tapi boleh terjadi
Quote miszclassique 1-10-2022 04:37 PM
Apasal artikel ni dengan artikel FMT macam bercanggah ek? Kat FMT kata bapak pergi kedai, bukan peniaga kedai dan kejadian disaksikan adik bongsu... Mesti trauma

Takziah kepada keluarga mangsa... Sedih 2 anak pergi sekaligus
Quote Mamijarum06 1-10-2022 06:12 PM
Allah...kesiannya
Quote mejaputih 1-10-2022 06:29 PM
miszclassique replied at 1-10-2022 04:37 PM
Apasal artikel ni dengan artikel FMT macam bercanggah ek? Kat FMT kata bapak pergi kedai, bukan peni ...

Parents dia mmg berniaga makanan kecil2an...
Quote zamnie 1-10-2022 06:54 PM
Innalillahwainnalillahirojiun...semoga family tabah
Quote green~tea 1-10-2022 06:56 PM
Allahu Akbar....

Innalillahi wainna ilaihi rojiun....

Dah ajal ngmya begitu.. such chain of events membawa kepada ajal dua berani ni... huhuhu
Quote Atata 1-10-2022 06:56 PM
Ya Allah ya tuhan ku. Banyak betul berita bikin kemurungan
Quote imanjannah 1-10-2022 06:59 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. Allah
Quote ujio 1-10-2022 07:01 PM
Innalillahwaiinailaihirajiun..
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.217052 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top