CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raihan 'Sporting', Sama-Sama Layan Video Syulit Lupakan Reyhan

28-9-2022 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1426| Komen: 5

Description: Nyanyian seorang gadis Indonesia yang menyebut baris lirik berbunyi 'syulit (sulit) melupakan Reyhan' turut mendapat perhatian kumpulan nasyid popular Raihan.
Nyanyian seorang gadis Indonesia yang menyebut baris lirik berbunyi 'syulit (sulit) melupakan Reyhan' turut mendapat perhatian kumpulan nasyid popular Raihan.

Khusyuk menyaksikan video yang dimuat naik di laman Tiktok itu, anggota Raihan sempat berjenaka dengan mengajak peminat untuk menyaksikan konsert mereka yang bakal berlangsung pada 26 November depan.

Foto: mStar

"Siapa yang begitu 'syulit' melupakan Raihan, jom kita saksikan Konsert Garis Masa Raihan.

"Insya Allah selepas ini semakin sulit adik-adik semua untuk melupakan abang-abang Raihan," kata kumpulan itu di Instagram.


Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Demi Masa itu tidak ketinggalan mengikut trend terkini laman sosial di mana menunjukkan mereka seolah-olah terpegun menyaksikan video nyanyian tersebut.

Sebelum ini, gadis yang dikenali dengan nama Intan Lembata Bunting itu tular apabila dia memuat naik video nyanyian lagu berjudul Cukup Dikenang Sahaja.



Dalam video berkenaan, Intan mengubah salah satu lirik lagu itu dengan menyebut nama Reyhan sebagai gambaran seorang lelaki yang pernah hadir dalam mimpinya.

Bukan sahaja ramai yang mengikuti trend terpesona menyaksikan nyanyian Intan malah sebutan perkataan 'syulit' juga menjadi ikutan ramai.

Sementara itu, Konsert Garis Masa Raihan akan diadakan Stadium Melawati, Shah Alam dan ramai melahirkan rasa gembira dengan pengumuman konsert itu terutamanya dalam kalangan mereka yang membesar dengan lagu-lagu ketuhanan kumpulan berkenaan.

Untuk rekod, Raihan pernah mecetuskan fenomena apabila menerima 17 trofi di Anugerah Industri Muzik (AIM) selain album Puji-Pujian terjual lebih 1.5 juta unit pada 1997.

Album berkenaan mencatatkan sejarah sebagai penjualan album tertinggi di Malaysia.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert kumpulan Raihan, tiket boleh didapati menerusi di www.ticket2u.com.my -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 28-9-2022 04:23 PM
save komen je lah sbb soft spot kt kump raihan ni

mmmm
Quote nakkomenjugak 28-9-2022 04:44 PM
masing2 terpesona dengan yendon gitchewwwww
Quote mamajawie 28-9-2022 04:50 PM
Budak yg nyanyi lagu syiulit tu umo brape?siap bersin keluar hingus cm euwww
Quote casper2022 28-9-2022 08:47 PM
Xteringin lg nk download tiktok..
Quote pearl.silver 28-9-2022 08:56 PM
casper2022 replied at 28-9-2022 08:47 PM
Xteringin lg nk download tiktok..

Kt tiktok byk video best yg pd iols berguna

Wat masa ni iols suka tt bdk vietnam champa kt penang tu sbb kagum tgk dia mkn ulam2 daun tumbuh-tumbuhan
Dlm masa sama iols pun mengenali nama ulam2 ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043003 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top