CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Selalu Stalk Mesej Dan DM Anak Perempuan, "Tak Percaya Mana-Mana Orang Dekati Anak-Anak"

20-9-2022 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1119| Komen: 4

Description: Datuk Aaron Aziz, 46, mengakui sebagai bapa, tidak mudah untuk dia meletakkan kepercayaan kepada mana-mana individu yang cuba mendekati anak-anaknya.
Datuk Aaron Aziz, 46, mengakui sebagai bapa, tidak mudah untuk dia meletakkan kepercayaan kepada mana-mana individu yang cuba mendekati anak-anaknya.

Bagaimanapun, kata Aaron, tindakannya itu bukan kerana mahu mengongkong kehidupan anak-anak, sebaliknya dia harus sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Foto: IG

“Saya ini boleh dikatakan seorang bapa yang agak ‘protective’. Dulu, selalu juga ‘stalk’ (intai) mesej yang dihantar di media sosial anak saya, Dahlia Arissa untuk tahu dengan siapa dia berkomunikasi.

“Bukan tidak percaya, tetapi saya tidak boleh senang-senang meletakkan kepercayaan kepada sesiapa sahaja yang cuba berkawan dengan anak perempuan saya,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.



Pun begitu, kata pelakon yang popular dengan filem KL Gangster ini, dia sedar, penggunaan media sosial tidak sepenuhnya memberikan kesan negatif.

“Saya sedar kita semua kena berhati-hati, pada masa sama, saya bersetuju media sosial ada manfaatnya.



“Saya selalu ajar anak-anak untuk menggunakan media sosial secara positif. Kalau kita ambil media sosial sebagai sesuatu yang positif, maka positiflah ia.

“Kalau ambil dari sudut yang negatif, maka semuanya akan jadi negatif. Saya rasa, pada era ini, kita sebagai ibu bapa kena didik anak-anak dan percayakan mereka. Tetapi, bab ini pun saya masih belajar,”katanya.




Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 20-9-2022 10:03 AM
Pengalaman sendiri kot waktu bercintan cintun dgn bini ko dulu?

Kahkahkahkahkahkah
Quote rosedemon 20-9-2022 06:37 PM
yela pak ajis
Quote LadyCarefree 20-9-2022 06:44 PM
Apo melayu xreti ckp melayu sampai mak buat posting bangga anak cakap BM etc etc. Muntah.
Quote msdummy.2018 20-9-2022 07:49 PM
Kejap ek..melayu yg dia bangga sgt2 ni melayu kesusasteraan lama ker?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.220907 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top