CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Duta Platform Pelaburan OctaFX, Wak Doyok Dan Fizo Omar Terus Membisu!

14-9-2022 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1923| Komen: 9

Description: Dua duta OctaFX iaitu pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok terus membisu susulan platform pelaburan itu kini memasuki senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM).
Dua duta OctaFX iaitu pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok terus membisu susulan platform pelaburan itu kini memasuki senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM).

Usaha mendapatkan kenyataan daripada kedua selebriti itu gagal apabila mesej dan panggilan telefon tidak pernah berjawab.

Malah, usaha sama sudah dibuat sejak beberapa minggu lalu selepas BNM mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.


Menerusi tinjauan Harian Metro di Instagram Wak Doyok, paparan profil pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu masih menyatakan dia duta OctaFX.Terdahulu, pada Februari lalu Wak Doyok dan Fizo Omar dilantik menjadi duta broker global OctaFX.

Sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.



Untuk rekod, OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011.

Difahamkan, OctaFX dikawal selia dan memegang lesen di luar negara, bagaimanapun menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 14-9-2022 05:03 PM
Allahuakbar, duit yg derang dapat selama ni mcm mana? adakah berkat?
Quote KamikuP 14-9-2022 05:12 PM
Tak berkat le totok oii.. hidop depa pun tak berkat
Quote dudaberhias 14-9-2022 05:21 PM
deorang duta je... nak komen apa2 mestilah takut sebab bayaran dah dapat... dah bagi pelahap anak bini dan keturunan dah pun...
Quote auntyonion 14-9-2022 05:25 PM
Diam jelah kalo x mampos
Quote akuHavocczz 14-9-2022 05:52 PM
Diam lah duit sedap dah dapat.
Quote cantthinkofany 14-9-2022 05:57 PM
aduhaiii....tak rasa bersalah ke.....bersengkokol menipu saudara seIslam sendiri....
Quote Perawankota 14-9-2022 06:32 PM
Ada tak sapa2 porumer yangain oxtafx ni? Mmg kaya ke
Quote rosedemon 14-9-2022 08:49 PM
berkat ke tu duit bg makan anak vinik tu
Quote LadyCarefree 14-9-2022 09:44 PM
Eeewwww sangat kt minik dia.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052181 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top