CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan tuba ikan

24-6-2013 01:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2637| Komen: 9

Description: TEMERLOH – Polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan menuba ikan yang boleh menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa di bawah akta bahan letupan yang memperuntukkan hukuman pe ...


TEMERLOH – Polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan menuba ikan yang boleh menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa di bawah akta bahan letupan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda jika didapati bersalah terlibat dalam kegiatan mengebom ikan.

Ketua Polis Daerah Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis boleh menahan dan mendakwa mereka khususnya nelayan sungai yang menangkap ikan secara menuba atau menggunakan bom.

“Setakat ini polis belum menerima sebarang maklumat mengenai kejadian seperti ini tetapi berdasarkan maklumat awam ia boleh berlaku ketika musim kemarau yang bermula sekarang,” katanya.

Sementara itu seorang nelayan Mustafa Mohamad 34, berkata, Jabatan Perikanan Negeri Pahang digesa menempatkan lebih ramai penguat kuasa mereka di setiap daerah bagi memudahkan tangkapan dibuat jika berlaku kegiatan menuba ikan.

Menurutnya, seperti kes-kes terdahulu, jabatan terbabit mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke kawasan menuba hingga terdapat banyak kes yang terlepas begitu sahaja.

“Kalau boleh mereka adakan rondaan di kawasan yang mempunyai rekod menuba supaya mereka terbabit tidak berani berbuat demikian.

“Kegiatan menuba ikan ketika ini sangat berbahaya kerana kebanyakan mereka yang terlibat menggunakan racun tuba kimia yang boleh memusnahkan hasil ternakan ikan sangkar.

“Ini berbeza dengan tuba menggunakan akar tuba yang lebih selamat dan tidak berbahaya kepada pelanggan yang membeli hasil jualan ikan tersebut


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 24-6-2013 10:10 AM
pihak berwajib kena amik tindakan pengawalan yang ketat....
Quote crossfire 24-6-2013 10:20 AM
gaara_X posted on 24-6-2013 10:10 AM
pihak berwajib kena amik tindakan pengawalan yang ketat....

sungai pahang beratus kilometer, susah nak control, kes tuba byk berlaku di kawasan2 pendalaman....air tengah cantik kalau menuba, berhasil tu...
Quote kakiputaralam 24-6-2013 01:20 PM
TIBAI

Quote dubuk 25-6-2013 02:40 PM
moh lah kita terjun mandi di sungai pahang
Quote WIFEY_KETIAK 26-6-2013 11:01 AM
dubuk posted on 25-6-2013 02:40 PM
moh lah kita terjun mandi di sungai pahang

yyeeehhhaa jum mandi manda...
Quote munkyG 26-6-2013 11:02 AM
teringat dulu-dulu kalau ada orang menuba, heboh satu kampung turun sungai pakat kutip ikan tepi-tepi tebing jah..
Quote alien485 23-7-2017 04:15 PM
ikan apa tu?
Quote mjla 23-7-2017 05:47 PM
Tuba buat ikan mabuk je
Klu racun trus pupus keturunan ikan
Quote insulin 23-7-2017 05:49 PM
Cehhh.... Thread dari tahun 2013...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.161841 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top