CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daphne Iking Tak Rindu Makan Khinzir, Sebelum Peluk Islam Memang Tak Suka Makan

8-9-2022 04:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2950| Komen: 12|Original author: Tatod

Description: Pelakon dan pengacara, Daphne Iking menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik menerusi IG suaminya, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, mendedahkan sejak sebelum memeluk agama Islam lagi ...
Sumber IG


Pelakon dan pengacara, Daphne Iking menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik menerusi IG suaminya, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, mendedahkan sejak sebelum memeluk agama Islam lagi dia tidak menggemari untuk menikmati daging khinzir.

Kira-kira lebih 10 tahun memeluk agama Islam, Daphne bagaimanapun sehingga ke hari ini masih menerima pertanyaan sama ada dia merindui untuk makan daging haiwan diharamkan untuk mereka yang beragama Islam.

"Ketika saya memeluk agama Islam, terlalu ramai yang bertanya tidakkah saya rindu untuk makan khinzir tapi saya jawab tidak kerana saya memang tak berapa gemar makan khinzir. 

"Tetapi, sebab utama saya tidak makan khinzir adalah kerana keluarga saya mempunyai ladang besar untuk membela haiwan itu. Hampir setiap hari kami beri khinzir itu makan dan minum," katanya.

Perkara itu diceritakan oleh Daphne menerusi 'teaser' vlog yang dimuat naik menerusi YouTube miliknya.


Menerusi rakaman tersebut memaparkan Daphne sedang memberikan susu kepada dua ekor anak khinzir dan membelai haiwan tersebut dengan penuh manja.

Sementara itu, Joe menerusi ruangan kapsyen mengakui mulanya terkejut apabila Daphne suka akan haiwan seperti khinzir dan anjing namun sedar bahawa isterinya adalah seorang pencinta haiwan.

"Daphne seorang yang cinta kepada haiwan atau mana-mana makhluk Tuhan. Pada mulanya, saya terkejut dengan kecintaannya terhadap babi dan anjing di kampung kerana dia memberi mereka penghormatan seperti bagaimana semua hidupan harus dihormati.

"Bagi saya, sebagai seorang Muslim Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka, menganggap mereka sebagai haiwan kotor dan saya rasa itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita!" katanya.


Rata-rata, pada ruangan komen berpendapat bahawa tindakan pasangan itu berkongsi 'content' sedemikian adalah salah satu cara mendidik masyarakat mengenai haiwan tersebut.

Malahan, ramai yang mengatakan bahawa proses samak hanya perlu dilakukan ketika memegang anjing sedangkan apabila menyentuh khinzir, seseorang hanya perlu membasuh tangannya dengan bersih. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 8-9-2022 04:42 PM
Ada betul juga lobos ni ckp...
Quote CariMalay 8-9-2022 07:25 PM
rosannazmia: Ada betul juga lobos ni ckp...
lobos kepala bapak kau
Quote zuri154 8-9-2022 10:43 PM
Daphne nmpk agak kertu tp muka she nmpk natural mcm xde cucuk2...
Quote Perawankota 9-9-2022 12:37 AM
Kawan2 cina aku mostly suka babi.. Kawan2 India ada yang makan jugak. Yg kawan baik aku India, dia pernah makan daging babi, tapi dia kata tak sedap dia tak suka.. So, dia tak sentuh terus dah. Tapi daging lembu bkn main dia tibai. Tapi bila dia balik kampung dia, pandai lak dia tak makan lembu..
Quote LadyCarefree 9-9-2022 01:54 AM
" samak hanya perlu dilakukan ketika memegang anjing sedangkan apabila menyentuh khinzir, seseorang hanya perlu membasuh tangannya dengan bersih"

Tergelak baca ni. LOLLLL
Quote sharlenetexas 9-9-2022 02:17 AM
Sheols tak fasih BM standard ke?

Mcm tak siap bersiap pula pakai inner mcm tu.

Teringat thread dulu ada yg bela babi bila pindah rumah tinggalkan macam tu je. Menyusahkan jiran2 dengan baunya lagi. Tapi demi kemanusiaan tetap juga beri makan.


Quote MisXoXo 9-9-2022 06:25 AM
Daphne ni iols suka transformasi dia..dia seksi meksi..slowly dia berhijab dgn begitu..oklah..netz ada ja xkena..kena bertutup mcm.lopa baru netz puji puja.so far dia melalui hidup yg happy apa.amalkan gaya hidup sihat..anak2 dia pun berdisiplin dn dia  ajar mewah2 melampau .bercuti pun sempoi ja sekeluarga.ank2 dididik suka dn sygkn ilmu dn juga membaca.hargai alam semesta etc.yg netz ntah2 hp berjahit kt thn..ank2 pun layan hp tgk tiktok ja..tp komen xcukup tnh..benci betul netz kita ni makin menjadi jadi.daphne ni..dia advisor thermomix tau.humble namatey dn suka bg semangt kt org lain.manusia xsuka tp ntah2 tuhan syg gile dia.i luv daphne sbb sifat baik dia
Quote KBW2 9-9-2022 07:51 AM
Bubur kata rindu tak?
Quote rosannazmia 9-9-2022 08:12 AM
MisXoXo replied at 9-9-2022 06:25 AM
Daphne ni iols suka transformasi dia..dia seksi meksi..slowly dia berhijab dgn begitu..oklah..netz a ...

Kanzzzzz, iols suka jugak transformasi dia, iols terkejut tgk dia bertudung..xsangka sungguh...tp hati org Allah yg pegang , iols bersangka baik sahajalah( im looking at you juga sazzy) btw anak sulung dia tu msk islam juga ke? Iols x ingat dah ceta anak sulung tu dah msk ke tidak...
Quote kechikchomel 9-9-2022 10:37 AM
rosannazmia replied at 9-9-2022 08:12 AM
Kanzzzzz, iols suka jugak transformasi dia, iols terkejut tgk dia bertudung..xsangka sungguh...tp  ...

soalan serius ni. kalau budak bawah umur, kalau mak/pak dia masuk islam, memang kena ikut juga ke? kalau stay agama asal?tapi ada kan kes, parents cerai, salah sorg masuk islam (pak dia rasa) pastu anak2 (bawah umur) ikut masuk islam. pastu mak (?) argue.

rasanya masa kecik2 dulu macam pernah ternampak isobel ni belajar solat/pakai telekung.
Quote Udangpetai 9-9-2022 01:32 PM
kechikchomel replied at 9-9-2022 10:37 AM
soalan serius ni. kalau budak bawah umur, kalau mak/pak dia masuk islam, memang kena ikut juga ke? ...

Menarik soalan uols ni sampai iols pegi google.Apa yg iols paham
kalau bawah umur, pastu ibu bapa tu bercerai
then salah satu dari ibu atau bapa tu je yg masuk islam,
boleh berbincang untuk tentukan agama anak walaupun pada asalnya
kena masuk islam. Tapi ulamak kata sbb benda ni akan timbulkan
perbalahan, so dibenarkan berbincang.
Kalau dua2 ibu dan bapa sekali masuk islam, anak bawah umur
memang automatik anak2nya dianggap seagama iaitu islam.
Kalau dah baligh, anak2 tu boleh pilih sendiri.
Gitulah yg iols paham. Harap maklum iols bukan ustazah. Wallahualam.
Quote gigahertz 11-9-2022 10:19 PM
kechikchomel: soalan serius ni. kalau budak bawah umur, kalau mak/pak dia masuk islam, memang kena ikut juga ke? kalau stay agama asal?tapi ada kan kes, parents cer ...

selagi mana budak tu dalam jagaan mak bapak dia.
mak bapak dia ada hak tentukan anak dia agama apa.
bila anak dia dah lepas 18 tahun si anak ada hak utk tentukan agama apa
dia nak masuk. tapi perlembagaan negara mcm ada terbalik sikit
sebab kalau melayu wajib Islam. masalahnya si bapa melayu
bininya bukan melayu. so anak tu tak tahu la perlembagaan kata mcm mana.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056814 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top