CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azlee Senario Dah Tak Banyak Job Sebab Berlambak Pelawak Baharu?

19-8-2022 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3421| Komen: 22

Description: Azlee Senario menyangkal dakwaan kurang menerima tawaran lakonan ekoran kemunculan banyak pelawak baharu.
Azlee Senario menyangkal dakwaan kurang menerima tawaran lakonan ekoran kemunculan banyak pelawak baharu.

Kata Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, 55, dia sebaliknya menyambut baik kehadiran artis muda dan tidak melihat mereka sebagai saingan.


Foto: mStar Online

"Saya masih terima tawaran berlakon tetapi buat masa sekarang fokus itu lebih kepada menjadi pengacara majlis korporat.

"Kumpulan Senario juga masih aktif dan kami akan muncul dengan projek baharu namun masih dalam rangka rancangan," jelasnya pada mStar.


Mengulas lanjut, Azlee menasihatkan agar pelawak perlu kreatif namun tidak perlu menyentuh senstiviti yang mampu mencetuskan kontroversi.

"Perkembangan industri pelawak sudah semakin berkembang dan pada saya itu satu perkara yang baik.

"Paling penting percaya bahawa rezeki itu Allah yang tentukan. Jadi kita perlu lakukan yang terbaik dan jangan buat lawak yang mengundang aib.

"Cuba untuk hasilkan lawak bijak yang dapat menjaga martabat kita sebagai pelawak," ujarnya.


Azlee berkata demikian ketika hadir sesi sidang media dalam talian drama Anak Beranak Abe Yie pada Selasa.

Drama arahan Pali Yahya dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures itu turut dibintangi oleh Jasmin Hamid, Aiman Tino, Wan Sharmila, Aidit Noh, Puteri Sarah dan Aidil Aziz.


Memulakan siaran pada 16 Ogos setiap Isnin hingga Khamis pukul 6 petang di TV3, Anak Beranak Abe Yie mengisahkan ragam sebuah keluarga menjalani kehidupan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kekecohan dan pelbagai aksi lucu berlaku apabila terdapat ahli keluarga yang terlalu paranoid dengan wabak merbahaya itu sehingga insiden tidak diduga. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 19-8-2022 10:15 AM
Tapi i suka tengok senario
Pelawak sekarang ntah apa²
Filem senario semua i layan..
Quote bintangct 19-8-2022 10:52 AM
epal_putih replied at 19-8-2022 10:15 AM
Tapi i suka tengok senario
Pelawak sekarang ntah apa²
Filem senario semua i layan..

tp i tak suka dia ni sb bingit la Masa tgk rajalawak tu tak boleh tahan dgr suara dia
Quote ezacbee 19-8-2022 11:35 AM
Azlee ni suka wat mimik muka hodoh dia tu. Meluat tengok. Kalau si lanpetpet asyik menjerit je.
Rambut dia ni dah cam rambut viral mco 1.0 dulu.



Quote pembacagosip 19-8-2022 12:00 PM
moga baik2 sahaja buat acik azlee...senario dulu penghibur zaman kita kanak2 tunggu la depan tv...bdekah ketawa
Quote Nenasketum 19-8-2022 12:42 PM
Arwah pak aku dedulu cukup tak berkenan dengan depa nih. Nasib baik dia tak ada taim raja lawak, betul2 lawak standard setinggan dwellers.
Quote Redmyvi 19-8-2022 01:38 PM
azlee ni masa dia dgn geng senario ni okey la jugak boleh layan.. kalau sorg membosankan.. pastu suka buat muka tu agak annoying bg aku.. aku teringat dulu kilang mak aku keje kalau buat fmily day suka jemput senario.. faham2 jela kilang memang ramai awek2 kilang muda.. azlee ni mmg ada aura gatai.. suka sgt usha perempuan.. kalau amik gmbaq pun dekat2..
Quote akuHavocczz 19-8-2022 01:58 PM
seiring dengan peredaran zaman, iols rasa ahli ahli senario ni dah tak lawak dah. Tapi geng geng raja lawak pun tak lawak jugak pada i. maybe sebab iols dah tua kot. Haha.Sensitif sikit bila orang buat lawak pasal fizikal orang, buat lawak perbodohkan orang, and buat lawak bahan orang.
Quote adeqbun 19-8-2022 02:09 PM
xde pelawak kat muka bumi ni pon xkan ade job la kau sbb mmg lgsg x klakar....langggsunggggg tak klakar ai repeat
Quote asfaz 19-8-2022 03:26 PM
Azlee masa mula2 senario ok. Boleh la layan. Pastu tetiba buat mimik muka yg sangat la ai menyampah nak tengok. Memang pangkah besar2 la dia ni.  Ahli senario yg boleh layan sampai sekarang apek ,pakya,Yasin .
Quote akuMNdia 19-8-2022 03:49 PM
pada aku dia ni tak pernah lawak..
Quote makton 19-8-2022 03:55 PM
dah kau pun mmg tak lawak. dgn mimik muka mata terjegil terjuling2 siap mulut bernafsu tu. geli tau tak?!
Quote matjerk 19-8-2022 03:55 PM
ezacbee: Azlee ni suka wat mimik muka h ...


Lan pepet tu BINGITTTTTTT.. lps tu kasaq
Apek .. x habih2 dgn lawak "yg gitu2".. dengan "masyarakat" dia...
N lain2 x ingat nama.. tp mmg x lawak lah..

Tp klu sepah tu ada lah jugak lawak2 dia kat ML dulu yg bikin aku ketawa.... hihihihi.. mesti kena kecam dgn sepah's haters...
Quote sayurmayur88 19-8-2022 04:05 PM
kanak2 80an membesar dgn lwk2 senario.
Quote dudaberhias 19-8-2022 04:14 PM
biasa la tu untuk sape yang berkecimpung dalam industri hiburan...
mesti akan ada yang gantikan satu hari nanti...

sekarang ni masalahnya ahli2 politik yang badan dah bau tanah kubo yang masih gila kuasa takde penganti lagi... kalau pelawak pelakon semua dah ada penganti baru...
Quote supernaturalee 19-8-2022 04:31 PM
dudaberhias replied at 19-8-2022 04:14 PM
biasa la tu untuk sape yang berkecimpung dalam industri hiburan...
mesti akan ada yang gantikan satu ...

yg ada bau2 penjara pun x sedor2 diri lg
acaner



Quote dudaberhias 19-8-2022 04:44 PM
supernaturalee replied at 19-8-2022 04:31 PM
yg ada bau2 penjara pun x sedor2 diri lg
acaner

tu la.. .cam panterk jah...
pelakon, penyanyi, pelawak semua dah ada penganti baru sekarang ni...
tapi yang satu kerjaya lagi tu kena gigih tunggu deorang mati dulu baru lah jawatankuasan di berikan pada orang lain....

bayangkan kalau theyols hidup sampai 1000 tahun... baik semua pakat2 pindah marikh jah...
Quote CiliPadiSedap 19-8-2022 05:52 PM
zaman senario dh berlalu.
Quote suka2 19-8-2022 06:16 PM
Semoga acik azlee dimurahkan rezeki yg lain. Tapi dulu2 pun acik azlee tak lawak pun. Nak jadi lawak terpaksa buat memek muka terencat. Tp kalau watak serius ok je.
Quote epal21 19-8-2022 06:35 PM
Tak lawak langsung. Suka tiru gaya budak OKU. Muka pun nampak gatal. Macam manalah lydiawati boleh tersangkut dulu?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053867 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top