CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Maut Terjatuh Di Stesen MRT

18-8-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5199| Komen: 19

Description: Penyanyi kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Taiwan iaitu Eison Chai meninggal dunia akibat terjatuh di bangunan stesen MRT Uzhou sekitar pukul 10 pagi pada Rabu.
Penyanyi kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Taiwan iaitu Eison Chai meninggal dunia akibat terjatuh di bangunan stesen MRT Uzhou sekitar pukul 10 pagi pada Rabu.


Susulan kejadian tersebut, pihak polis di negara itu kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar penyanyi berusia 40 tahun itu terjatuh.

Beberapa hari sebelum insiden itu, Chai ada memuat naik perkongsian sedih di media sosial miliknya yang berkaitan soal cinta.


Foto: mStar Online

"Cinta adalah pelajaran yang paling sukar dalam hidup, namun ia juga sangat mudah. Cintai dia dan kamu akan dapat selamanya," tulis Chai.


Chai memulakan kerjaya nyanyian selepas memenangi pertandingan Super Idol musim kedua pada tahun 2008.

Chai yang juga seorang pelakon di sana, mendirikan rumah tangga dengan pelakon Taiwan iaitu Hitomi Wu pada 2020.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, Chai juga dilaporkan mengalami kerugian dianggarkan RM742,500 menerusi perniagaan sebuah restoran yang terletak di Ximending.

Isteri Chai dilaporkan tiada di rumah ketika hari kejadian kerana berada di luar kawasan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 18-8-2022 11:06 AM
walaupun malaysian, iols tak kenal heols ni. kasi move ke board internasionel sajork.
Quote rosedemon 18-8-2022 11:29 AM
kus semangat ingat lokal artis sini,. apa pun RIP
Quote DeLuna85 18-8-2022 11:55 AM
Takziah buat seluruh keluarga mendiang.
Quote edayildiz 18-8-2022 12:04 PM
bunuh diri ke dijatuhkn
Quote uori 18-8-2022 12:06 PM
bunuh diri ke apa? RIP
Quote miemiecha 18-8-2022 12:44 PM
rip.. mek x baru tau..
tapi mek x kenai jugakkk
Quote buragazz 18-8-2022 12:45 PM
Aku ingat yang tunjuk bebird tu rupanya lain...
Quote mizruncing 18-8-2022 03:31 PM
ingat berlaku kat malaysia
Quote bankerpencen 18-8-2022 03:32 PM
Walaupun i penyokong tegar industri seni Taiwan sejak kecil, i tak perasan pula dia ni. Bini dia aku tau. Dia ni aku tak kenal.
Quote .HannahMontana. 18-8-2022 04:50 PM
aku xrasa dia ni sayangkan Malaysia

Quote Perawankota 18-8-2022 09:35 PM
Bunuh diri kot..
Quote sonatalady 18-8-2022 09:51 PM
bunuh diri katanya sebab tekanan hutang,ada penyakit juga.depress lah kot.
Quote None68 18-8-2022 09:58 PM
Bunuh diri la tu..
Quote mamajawie 19-8-2022 11:03 AM
bunuh diri kat mrt..habis la suwey mrt tu bak kata mereka2 yg percaya feng shui kekdahnya..
Quote pekanwoohoo 19-8-2022 11:19 AM
Susulan kejadian tersebut, pihak polis di negara itu kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar penyanyi berusia 40 tahun itu terjatuh.


Sepatutnya media sana kena tukar umur tu jadi 31A tahun untuk mengelakkan sial.
Quote annadonna 19-8-2022 11:28 AM
Terjatuh adalah kata lain untuk bunuh diri
Quote sarah_ary2 19-8-2022 11:31 AM
Kalau baca artikel lain isteri dia dah syak pasal his depression and requested two friends untuk jaga suami dia sebab dia kene pergi bekerja. Tp mendiang dapat lari dr rumah and dijumpai terjatuh kat MRT ni salam takziah pada keluarga mendiang
Quote aemon 19-8-2022 11:53 AM
letak la tajuk MRT Taiwan..aku igtkan MRT muzium negara kuala lumpur.kah!
Quote downiey 21-8-2022 04:24 PM
salam takziah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053449 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top