CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi RM189,172, Treler Bawa Muatan Bir Terbalik

18-8-2022 07:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1049| Komen: 1

Description: Sebuah treler yang membawa muatan bir bernilai 1.5 juta baht (RM189,172) terbalik ketika dipandu melalui satu selekoh tajam di wilayah Khon Kaen, timur laut Thailand semalam, lapor laman berita Thaige ...
Sebuah treler yang membawa muatan bir bernilai 1.5 juta baht (RM189,172) terbalik ketika dipandu melalui satu selekoh tajam di wilayah Khon Kaen, timur laut Thailand kelmarin, lapor laman berita Thaiger.


Pemandu treler itu dilaporkan mati di tempat kejadian. 


Polis menemui sebilangan peti botol bir yang pecah dengan nilai anggaran 1.5 juta baht (RM189,172) berselerak di sekitar treler tersebut. - KhaoSod

Balai Polis Peuai Noi menerima panggilan pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) mengenai sebuah lori membawa muatan minuman keras yang terbalik di daerah Pueai Noi.

Polis dan doktor dari Hospital Peuai Noi serta anggota penyelamat dari Yayasan Phuttayan Ban Phai bergegas ke lokasi kejadian, namun pemandu, Apichat yang berusia 44 tahun telah meninggal dunia.

Polis menemui sebilangan peti botol bir yang pecah dengan nilai anggaran 1.5 juta baht (RM189,172) berselerak di sekitar treler tersebut.

Anggota penyelamat terpaksa menggunakan peralatan pemotong untuk mengeluarkan mayat Apichat daripada serpihan kenderaan berat itu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 18-8-2022 11:04 PM
Sampai mati. Mesti teruk.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042525 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top