CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Bergaduh Di Kebun Sayur

18-8-2022 07:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1237| Komen: 6

Description: Seorang pekerja kebun maut selepas disyaki terbabit dalam kejadian pergaduhan di sebuah kebun sayur di Lebu, Bentong pada Rabu.Lelaki warga asing berusia 27 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika m ...
Seorang pekerja kebun maut selepas disyaki terbabit dalam kejadian pergaduhan di sebuah kebun sayur di Lebu, Bentong pada Rabu.

Lelaki warga asing berusia 27 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong pada jam 5.40 pagi.


Lokasi kejadian pergaduhan di sebuah kebun sayur dekat Lebu, Bentong yang menyebabkan seorang pekerja kebun maut pada awal pagi Rabu. - Foto Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sebelum itu pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.50 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong ke tempat kejadian dan mendapati mangsa yang juga pekerja kebun mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Zaiham berkata, susulan kejadian itu polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun di kawasan kebun berkenaan dan merampas sebilah pisau berukuran 30 sentimeter dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Katanya, punca pergaduhan masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Tambahnya, beliau meminta saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-8-2022 07:11 AM
Berebut makwe ke?
Atau 'terlupa' bayo utang?
Quote sangbara2020 18-8-2022 10:16 AM
lupa petik sayur ke
tu pun nk gaduh
Quote Decaffeinated 18-8-2022 01:20 PM
cerita half baked

buka thread for what?


Quote supernaturalee 18-8-2022 01:39 PM
30 sm

pisau potong sayur ke tu

psl sayur pun nk berbunuh2

Quote musangbodoh 18-8-2022 04:44 PM
suruh cabut degil sbb kwn tu nk kentut...ytjt
Quote Artemesiaa 18-8-2022 04:49 PM
Tak gaduh pasal scandal mesti pasal hutang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.209318 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top