Zizi Kirana setakat ini mengambil keputusan untuk tidak akan menyanyi lagu-lagu lama miliknya yang kedengaran tidak selari dengan imejnya yang kini sudah bertudung litup.
Menurut Zizi, 37, atau nama sebenarnya Zizi Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, ada sesetengah lirik lagu yang pernah dirakamkan dilihat tidak lagi relevan untuk dinyanyikan susulan penampilan serta statusnya sekarang. “Ada beberapa lagu lama saya yang mungkin saya tidak akan nyanyikan secara terbuka. Contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan NAKKETAKNAK. “Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini (bertudung dan menutup aurat), lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian,” katanya kepada MH.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
7-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035462 second(s), 27 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.