CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Uwais Seiras Siti Sarah, Raisuddin Jadikan Cucu Tempat Lepas Rindu

9-8-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1944| Komen: 16

Description: Setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah turut dirasai oleh bapanya iaitu Raisuddin Hamzah yang mengakui sentiasa mengingati kenangan manis bersama anak perempuannya itu.
Setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah turut dirasai oleh bapanya iaitu Raisuddin Hamzah yang mengakui sentiasa mengingati kenangan manis bersama anak perempuannya itu.


Bagi mengubati kerinduan itu, Raisuddin, 66, mengambil keputusan untuk menjaga anak sulung arwah dan Shuib iaitu Uwais Alqarni, 10.

Memiliki rupa paras seperti Siti Sarah, Raisuddin berkata ia sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu dan mengimbau kembali kenangan bersama arwah semasa kecil.

Foto: IG

"Saya menjaga Uwais dan dia sama seperti arwah Sarah. Uwais selalu tidur dengan saya sejak kecil sehinggalah hari ini. Itulah yang dapat mengubat kerinduan terhadap arwah.


"Fizikal Uwais terutamanya tangannya sama seperti arwah. Bagaimana sifat manjanya juga saling tidak tumpah seperti ibunya.

"Dalam kesedihan, saya bersyukur ada seorang pengganti yang memiliki sifat sama seperti Sarah," katanya kepada mStar.

Raisuddin ditemui di majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah yang diadakan di kediaman Shuib di Puchong, Selangor pada Selasa.



Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Mengimbau kembali kenangan bersama arwah, Raisuddin tidak menyangka sentuhan terakhir anaknya itu sebelum keluar untuk mendapatkan rawatan di hospital adalah kenangan terakhir buatnya.

Dia yang ketika itu turut dijangkiti Covid-19 bagaimanapun tidak dapat menghadiri pengebumian anaknya itu.



"Sebelum arwah ke hospital, kami tidak bercakap. Dia hanya pegang tangan saya yang sedang baring di kerusi. Saya tidak memandang dia ketika itu namun tahu itu adalah tangan arwah.

"Ada juga rasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk bercakap. Saya juga tidak sangka sentuhan itu adalah yang terakhir buat kami. Dia pergi buat selamanya selepas keluar dari rumah itu," ujarnya.



Untuk rekod, beberapa hari sebelum meninggal dunia, Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos tahun lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Uwais, Ayash, Sarah yang mendirikan rumah tangga dengan pelawak Shuib pada 2011 turut mempunyai dua orang cahaya mata lain iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 9-8-2022 11:17 AM
alahai tutup la lutut tu
Quote ketambangkang 9-8-2022 11:31 AM
tp nampak uwais lagi manja dgn neneknya (mak suib)
Quote prince_marhaen 9-8-2022 11:36 AM
lepas rindu je tau pakcik, jangan lepas benda lain...kau tu track record pun tak berapa nak cantik hal napsu napsi napsu kuda ni... apasal la nak pisah-pisah adik beradik pulak... kau buat anak baru takleh ke... bini pun sebaya arwah je..tengok bini dah lah..
Quote immaryjane 9-8-2022 11:49 AM
Adeii 1 family nk mencapub
Quote jalfa 9-8-2022 11:51 AM
Lepas soib pak rais..lepas pak rais mak uda
Quote MadameOnion 9-8-2022 12:32 PM
tarah selagi boleh ye pak rais
Quote shiraloveyou 9-8-2022 12:40 PM
Semoga shuib cepat2 dapat pengganti...
Quote nakkomenjugak 9-8-2022 02:27 PM
yeee paham pak rais
bila anak pergi dulu sebelum mak pak
Quote Lavender_Violet 9-8-2022 02:35 PM
Main golf eh Uwais tu?
Shuib nak groom dia jadi pemain golf professional kot
Quote mizruncing 9-8-2022 02:54 PM
mmg uwais je yg copy paste arwah. lain semua ikut muka shuib
Quote black_handbag 9-8-2022 02:57 PM
betulla. sama dgn muka arwah
Quote nurul_akmar 9-8-2022 03:31 PM
sedih pulak tengok uwais tu nangis... dia masih x faham ape2
Quote reporter_kalut 9-8-2022 05:02 PM
Moga menjadi anak yang berguna.. Happy belated birthday uwais.
Quote ezacbee 9-8-2022 06:43 PM
Anak tau menutup aurat, bapaknya kemain tayang lutut
Quote ReginaGeorge 9-8-2022 06:48 PM
Org tua ni dah berakbus ke dr rumah sueb
Quote enot_sibudak 9-8-2022 08:15 PM
ReginaGeorge replied at 9-8-2022 06:48 PM
Org tua ni dah berakbus ke dr rumah sueb

iols pun terpikir.... hati itam iols ni.. mungkin la,mungkin shuib suruh rais n ank branak duduk jer situ..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055457 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top