CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Itu Suami, Bukan Anak Saya. Apa Yang Peliknya?'

9-8-2022 12:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4577| Komen: 14

Description: Seorang wanita yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan suami berusia 24 tahun lebih muda daripadanya, lapor portal berita Wolipop kelmarin.
Seorang wanita yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan suami berusia 24 tahun lebih muda daripadanya, lapor portal berita Wolipop kelmarin.


Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, wanita bernama Rusdian itu berkongsi  gambar majlis perkahwinan mereka yang berlangsung secara sederhana serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.


TikTok

“1967 dan 1991. Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan suami,” tulis keterangan pada klip video tersebut.

Menurut Rusdian, dia kini tinggal di Malaysia selepas berkahwin dengan suaminya, Yoga pada 10 Julai lalu.


Dia juga banyak menerima komen negatif daripada netizen dalam akaun TikTok miliknya.

“Banyak orang mengambil video saya tanpa kebenaran. Video kami telah berada di YouTube selain banyak berita mengenai kami tersebar di internet,” katanya.

Tambah wanita berusia 55 tahun itu, terdapat juga netizen yang menyoal mengenai status dirinya pada ruangan komen.



“Saya ialah seorang janda anak tiga. Memang betul Yoga ialah suami saya, apa yang dihairankan? Terpulang kepada anda semua mahu fikirkan apa sahaja, yang penting saya bukan perampas suami orang,” ujarnya.

Tambah Rusdian, meskipun ramai yang mendakwa bahawa suaminya kelihatan seperti anaknya, dia tidak kisah akan tanggapan negatif itu sebaliknya bahagia bersama Yoga.

“Suami membimbing saya walaupun dia masih muda dan menjalankan tanggungjawab  dengan baik,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 9-8-2022 03:08 AM
Laki dia malaysian ke
Quote spankee_fili 9-8-2022 06:53 AM
31 umur lakinya.. dah cukup matang pun untuk kahwin
Semoga bahagia2 hendaknya
Quote imanamsyar 9-8-2022 07:53 AM
bila laki tua kawin pompuan muda semua duk puji hebat, untung..
bila pompuan tua kawin laki muda semua hentam, kata mandrem bagai..
hadehhhhh..dah jodoh dia, biar la..ingat laki je ke nak rasa pucuk muda..yang pompuan asik dapat yang tua renta baru orang tak kata..sedih betul hidup orang sekeliling...
Quote seri_mawr 9-8-2022 09:08 AM
laki dia nmpk muda walaupun dah 31....

ok la bukan 13 tahun lakinya...mmg dah layak kawen pun....
Quote krustykrab 9-8-2022 09:15 AM
Aku tak kisah pun nenek ni dpt pucuk muda tp nk tau knp diorg tinggal kt msia? Lakinya org msia ke atau masuk cara haram..
Quote ketambangkang 9-8-2022 10:16 AM
maksud dia lepas kawin dia bekerja di malaysia ke? jd bibik utk menyara suami kah?
Quote Artemesiaa 9-8-2022 11:41 AM
So sama2 kerja kat Malaysia lepas kawin gaknya.  Benda macam ni bukan benda pelik dah mana2 negara pun ada je.
Quote MadameOnion 9-8-2022 12:43 PM
Edited by MadameOnion at 9-8-2022 12:46 PM

seronoknya dapat laki muda..kemain ko ye...btw dalam gambar kat atas tu mmg nampak tua..dlm video tiktok tu nampak mudaaaa bebenor..dahsyat sungguh filter tiktok ni
Quote prettyuglybabe 9-8-2022 01:34 PM
krustykrab replied at 9-8-2022 09:15 AM
Aku tak kisah pun nenek ni dpt pucuk muda tp nk tau knp diorg tinggal kt msia? Lakinya org msia ke a ...

kan.. entah-entah dua-dua kosong..
Quote ReginaGeorge 9-8-2022 09:15 PM
55 tahun dan 31. Ok lah, tak pedo sangat
Quote bellaamsar 18-8-2022 11:38 PM
Mcm sorang acik kat tiktok la ni. Umur 47 kawin dgn suami umur 24
Quote Supersirap 6-9-2022 01:26 PM
Semoga berkekalan sehingga akhir hayat dalam melayari bahtera suami isteri
Quote sarahmirza 12-9-2022 11:35 AM
ketambangkang replied at 9-8-2022 10:16 AM
maksud dia lepas kawin dia bekerja di malaysia ke? jd bibik utk menyara suami kah?

Entah2 dia kat msia mengikut suami dia kerja bagus kat Msia...
I pernah masuk project meeting dengan consultant, engineer dia org indon.. Satu project lagi, landscape architect org indon juga...
Quote hasniey 12-9-2022 01:31 PM
Ala si najib asadok tu pon bru kahwen beza 22tahun.lebih kurang je
Yg penting yg berusia ni byk duit

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062153 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top