CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Api Lembab Disebabkan Kura-kura

4-8-2022 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1100| Komen: 2

Description: Perkhidmatan kereta api di sebuah bandar di Cambridge, England tergendala apabila seekor kura-kura seberat 50 kilogram (kg) berada di tengah landasan kereta api, baru-baru ini
Perkhidmatan kereta api di sebuah bandar di Cambridge, England tergendala apabila seekor kura-kura seberat 50 kilogram (kg) berada di tengah landasan kereta api, baru-baru ini


Network Rail Anglia berkata, insiden itu menyebabkan perkhidmatan tiga kereta api tergendala.

Ia berlaku apabila seekor kura-kura gergasi Afrika bergerak ke landasan berhampiran stesen Harling Road di Cambridge.


Cambridge News

Pegawai kereta api berkata, kura-kura itu yang bernama Clyde, dilanggar kereta api, tetapi hanya mengalami kecederaan ringan.


Difahamkan, kura-kura itu adalah haiwan peliharaan.

Ia bagaimanapun sudah dikembalikan ke rumahnya, kata Network Rail Anglia.

"Kami gembira untuk melaporkan bahawa Clyde baik-baik saja.

"Kami menyelamatkan seekor kura-kura gergasi Afrika seberat 50 kg dari landasan berhampiran stesen Harling Road selepas dilanggar kereta api yang merosakkan cengkerangnya.

"Kami gembira untuk memaklumkan Clyde dalam keadaan baik. Ia akan pulang ke rumah tidak lama lagi #ClydetheTortoise," kata perkhidmatan kereta api itu menerusi Twitter.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-8-2022 05:32 PM
Bukan orang je suka main atas landasan kura-kura juga rupanya
Quote kakikuDibibirmu 4-8-2022 05:35 PM
Kura-kura tersenyum sinis

007.png

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.143422 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top