CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Mati Kelaparan Di Jalanan, Gelandangan Sanggup Curi Sabun Sebab Nak Masuk Penjara

2-8-2022 11:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1628| Komen: 10|Original author: Tatod

Description: Seorang lelaki berusia 60 tahun di Thailand ditangkap atas kesalahan mencuri. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati warga emas berkenaan sengaja melakukan perbuatan jenayah dengan ni ...
Sumber Mothership


Seorang lelaki berusia 60 tahun di Thailand ditangkap atas kesalahan mencuri. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati warga emas berkenaan sengaja melakukan perbuatan jenayah dengan niat ingin dipenjarakan.

Menerusi laporan Mothership, lelaki berkenaan mencuri tiga bungkus sabun di sebuah farmasi yang terletak di daerah Sattahip, Chonburi pada 29 Julai lalu kira-kira tiga petang.

Kejadian tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di mana pencuri itu sendiri sudah pun mengakui kesalahannya itu kepada pihak polis.


Barang yang dicuri. (Sumber Mothership)

Orang ramai yang berada di tempat itu menawarkan untuk membayar kos barangan yang dicurinya namun lelaki yang dikenali sebagai Phi itu berkeras menolak pertolongan mereka.

Warga emas itu kemudian mengakui bahawa kehidupannya sangat susah kerana tidak mempunyai pekerjaan dan sering kelaparan menyebabkan dia ingin 'tinggal' dipenjara lalu mencuri barangan tersebut bagi menyelamatkan nyawanya.

Sumber Mothership

"Sekurang-kurangnya, dapat makan tiga kali di penjara dan ada tempat tinggal. Kalau sunyi, ada banduan lain jadi teman.

"Tetapi, kalau berada di luar mungkin akan mati kelaparan," katanya. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote twins 2-8-2022 12:41 PM
teringat pulak aku citer hindi tajuk PK lakunan Amir Khan.... sengaja kencing dinding depan polis sbb nak masuk lokap dapat makan free & tempat tidur free.....
Quote ezacbee 2-8-2022 01:00 PM
Dah xde pilihan, daripada mati kelaparan baik ke dalam. Walaupun terkurung dalam jail janji 3x makan.

Ada budak tiktok sanggup g jepun semata2 nak naik keta peronda polis.

Sengaja buat hal kat sana last2 kena tangkap & happy masuk keta peronda polis. GIla
Quote KamikuP 2-8-2022 02:56 PM
Mcm sabun jenama Popinjay jahhh
Quote ina_na 2-8-2022 03:01 PM
Semakin lama semakin terdesak kot..kita kat Malaysia ni lambat skt..kalo tgk ramai lg org kita membazir2 bab makanan..tp tu la kita x tau kan esok,lusa,bulan,depan,thn dpn mcm mn.. dr bunuh diri.
Quote Artemesiaa 2-8-2022 04:48 PM
ina_na replied at 2-8-2022 03:01 PM
Semakin lama semakin terdesak kot..kita kat Malaysia ni lambat skt..kalo tgk ramai lg org kita memba ...

Ada benarnya ramai yang masih nak hidup macam masa tahun 2019 dulu masih belum sedar dari mimpi
Quote I.K.A888990 2-8-2022 06:24 PM
bila dah terdesak apa2 pn sggp kan
Quote Tinot7 2-8-2022 08:09 PM
Raja siam tak wat apa2 ka utk banteras kemiskinan?
Quote mojarean_X 2-8-2022 08:32 PM
Tinot7 replied at 2-8-2022 08:09 PM
Raja siam tak wat apa2 ka utk banteras kemiskinan?

Sibuk bergembira di Germany maybe....
Quote Tinot7 2-8-2022 09:06 PM
mojarean_X replied at 2-8-2022 08:32 PM
Sibuk bergembira di Germany maybe....

Masih di sana ka? Bkn ke dah kena ban?
Quote ina_na 3-8-2022 01:34 PM
Artemesiaa replied at 2-8-2022 04:48 PM
Ada benarnya ramai yang masih nak hidup macam masa tahun 2019 dulu masih belum sedar dari mimpi

Kan.. x pe la tgk je la..sbrnye seram gak..sbb ramai yg x bersedia..bl jd pe2 nanti x tau la... Org dah biasa senang ni kalo tiba2 ssh mau jd gila dan hilang pertimbangan diri

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.099017 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top