CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pakcik Tak Tahu Masuk Kedai Mahal, Stand By RM2 Beli Kopi Kecil Terkejut Dicaj RM10!

30-7-2022 11:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5228| Komen: 41

Description: Keinginan seorang lelaki berusia 80 tahun menikmati kopi terbantut apabila minuman dibelinya di sebuah kedai terkenal tidak memenuhi kriterianya selain pahit.Dia turut menyatakan harga kopi tersebut m ...
Keinginan seorang lelaki berusia 80 tahun menikmati kopi terbantut apabila minuman dibelinya di sebuah kedai terkenal tidak memenuhi kriterianya selain pahit.

Dia turut menyatakan harga kopi tersebut mahal tanpa menyedari kedai yang dimasuki adalah kafe berjenama.

Menceritakan pengalaman yang dilalui bapanya, Nurhikmah Sahat berkata, disebabkan ingin menikmati kopi ketika mengikuti rombongan, bapanya dikejutkan dengan harga kopi yang melebihi RM10 dan tanpa gula.


TikTok

Berdasarkan perkongsian di media sosial, dia memberitahu bahawa kedai yang dimasuki bapanya adalah sebuah kafe jenama antarabangsa yang terkenal.


Namun semasa mahu membuat pembayaran, warga emas berkenaan terkejut apabila dimaklumkan harga kopi yang dipesannya itu berharga lebih daripada RM10.

Disebabkan itu, bapanya menyatakan itulah pertama kali dia membeli kopi yang berharga lebih RM2.

Tambah Nurhikmah, perbualan bapanya mungkin didengari pelanggan yang beratur di belakang.

Ekoran itu, salah seorang daripada mereka mengejar bapanya untuk menghulurkan sedikit wang.

Disebabkan terkejut dengan harga tersebut, bapanya membuat keputusan untuk menyimpang cawan kopi berkenaan sebagai kenangan.



Perkongsiannya itu tular di aplikasi TikTok dan rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama yang dilalui bapa mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 31-7-2022 12:48 AM
ape jenama tu yer...yg x sedap kopinye tu
Quote hareeeesah 31-7-2022 01:49 AM
Wow kuku anak pakcik
Quote Supersirap 31-7-2022 08:31 AM
xpe lah, sesekali minum kopi mahal, apa salahnya
Quote sarahmirza 31-7-2022 08:33 AM
Pakcik order americano ke?
Quote mclaren 31-7-2022 09:23 AM
Pakcik ni juga buta huruf ke tak boleh baca tanda harga? Terang2 kat bekalang cashier tu harga. Takkan lah tak nampak rata2 nombor dia takde yang RM2 semata.

Ni gila content kot. Kalau circa 25 tahun lepas awal2 baru nak popular jenama ni kat sini boleh lah kot percaya ada yang tak tahu.
Quote hyie 31-7-2022 09:38 AM
mclaren replied at 31-7-2022 09:23 AM
Pakcik ni juga buta huruf ke tak boleh baca tanda harga? Terang2 kat bekalang cashier tu harga. Takk ...

meols rasa sebab pakcik ni tak pernah jejak kaki ke tempat2 macam ni, so dia tak terfikir untuk tengok sejenak kat papan harga atas tu. Dia macam kalau kita tak pernah masuk ke sesuatu tempat baru tu, kita akan rasa blur2 dan tak tahu fungsi dan kedudukan tempat tu, walaupun dah ada depan mata. Gicheww..
Quote mclaren 31-7-2022 09:54 AM
hyie replied at 31-7-2022 09:38 AM
meols rasa sebab pakcik ni tak pernah jejak kaki ke tempat2 macam ni, so dia tak terfikir untuk te ...

Entahlah miss... pakcik katanya pergi dengan rombongan. Takkan dia seorang2 je masuk tapi geng2 dia semua ke kedai lain. Kalau dia masuk dengan kawan yang tua juga, harus lah kisah ni pun babitkan kawan(-kawan) beliau yang sama2 tak perasan kemahalan kedai ni.
Yang ketua rombongan pun takkan tak perasan ada ahli seorang tak join yang lain2 masuk kedai kopi Pak Abu yang kopi harga RM2.

Ai macam rasa ni anak dia je yang nak create content dan ayahnya jadi pelakon tambahan (most probably memang innocent tak tahu dia masuk dalam viral ni).

But then, not possible lah juga mungkin genuine story.
Quote ezacbee 31-7-2022 10:37 AM
Sekarang ni susah nak caya. Kadang2 sengaja create content utk sesuap viral. Alahai pakcik ni kat food court pun americano xde harga rm2. Lebih rm2 adalah. Pakcik xsalah yg salah anak pakcik sengaja buat content camni.

Americano memang pahit namatey. Baik aku bikin sendiri.
Quote hyie 31-7-2022 11:00 AM
mclaren replied at 31-7-2022 09:54 AM
Entahlah miss... pakcik katanya pergi dengan rombongan. Takkan dia seorang2 je masuk tapi geng2 di ...

off topik. Meols tak pasti sama ada chuols atau porumer lain, yakni karatz leon lai meng, hoyin di zaman kegemilangan theyols ala2 dapat salam. Adakah chuols? pernah baca di porem ini. tiber mengimbau kisah2 lama di porem cari
Quote honeybee1802 31-7-2022 11:46 AM
Pocit ni tak penah kuar kampung ker?aku rs beli nescafe pun dah rm2.50...kopi kt rnr pun dlm 6-7 rm....
Quote krustykrab 31-7-2022 11:47 AM
mclaren replied at 31-7-2022 09:54 AM
Entahlah miss... pakcik katanya pergi dengan rombongan. Takkan dia seorang2 je masuk tapi geng2 di ...


Kan..dtg dgn rombongan pak mat tiber ada pulak org kejar bg duit utk beli kopi kapukcina
Quote fortiori13 31-7-2022 12:38 PM
hareeeesah: Wow kuku anak pakcik


Hahahaha.....
Quote fortiori13 31-7-2022 12:41 PM
mclaren replied at 31-7-2022 01:23 AM
Pakcik ni juga buta huruf ke tak boleh baca tanda harga? Terang2 kat bekalang cashier tu harga. Takk ...

Itulah tu, bau2 ikan gak kisah ni ...
Quote uori 31-7-2022 03:05 PM
sian pakcik, senyum tak habis
Quote mclaren 31-7-2022 05:02 PM
hyie replied at 31-7-2022 11:00 AM
off topik. Meols tak pasti sama ada chuols atau porumer lain, yakni karatz leon lai meng, hoyin di ...

Ada seorang lagi nick mclaren dulu ada "leon" kat depan nick tu, yang tu kot? Oooo selama ni ingatkan "leon" tu short for leonardo ha ha...
Quote shernazz 31-7-2022 06:29 PM
hareeeesah replied at 31-7-2022 01:49 AM
Wow kuku anak pakcik

Anak iols cakap kuku panjang bela hantu..
Quote SedihPedih 31-7-2022 06:40 PM
Edited by SedihPedih at 31-7-2022 06:41 PM

Parents i sebelum ni x reti gak bercaffe latte ni. Masa pi umrah baru2 i belikan setabak, sb tu yg ada kt klia2 dekat tpt menunggu diorang. Since then, amboii..pandaaaii dh setabak2 ni. Padahal i kalau setabak ni option paling last sb latte dia tu lebih susu dr kopi.


Pakcik ni tak kenal realiti sekarang, org beli air kadang2 lg mahal dari sepinggan nasik. Utk pakcik ni, betul la kata org, jauh perjalanan, luas pengalaman.
Quote felinecat 31-7-2022 07:14 PM
Supersirap replied at 31-7-2022 08:31 AM
xpe lah, sesekali minum kopi mahal, apa salahnya

biasa la org lama.sama la bapak aku, haha.kfc pon die cakap mahal, baik makan nasi ???? padahal duit banyak
Quote Mini.Me 31-7-2022 07:22 PM
Abah iols pon org kampung yg taktau brand² kopi cafe ni bagai...tapi heols sedar diri heols takkan pandai² masuk kedai² branded hipster mcm tu...malls pon heols tak penah p sendiri melainkan anak² yg bawa...so iols syak ini semua content semata

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.122082 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top