CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Malaysia Tak Puas Hati, Ifa Raziah Dipertikai Ada Pangkat Datuk-"Ada Aku Riak Atau Megah?"

27-6-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2282| Komen: 14

Description: Masih heboh diperkatakan ramai orang, Ifa Raziah, meluahkan rasa hairan mengapa warganet begitu tidak senang hati dengan gelaran Datuk yang diterimanya sejak tujuh tahun lalu.
Masih heboh diperkatakan ramai orang, Ifa Raziah, meluahkan rasa hairan mengapa warganet begitu tidak senang hati dengan gelaran Datuk yang diterimanya sejak tujuh tahun lalu.


Menurut Ifa, ada atau tidak gelaran tersebut, hakikat sebenar yang semua pihak harus tahu adalah dia tetap berhempas pulas bekerja demi mencari pendapatan hidup.

Foto: IG

“Lantaklah kalau orang masih lagi nak pertikai pun. Ada atau tidak gelaran itu, hidup saya sama saja. Tetap kena kerja. Tak ada beza.

“Benda ini, daripada hari itu lagi saya cakap, tak ada isu pun. Kalau betul saya ini bongkak nak suruh orang wajib panggil diri dengan gelaran Datuk itu, dah lama dah saya akan suruh.


“Tapi tidak bukan? Orang tetap panggil saya Ifa.Melainkan untuk tujuan majlis rasmi, biasanya saya lebih selesa dipanggil Ifa sahaja,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.



Selain itu, kata Ifa, dia juga tidak berkecil hati jika ramai masih mempertikaikan hal itu kerana baginya selama ini dia selesa untuk kekal bersikap ‘low-profile’.

“Ada juga yang mempertikai tentang palsu atau tidak gelaran tersebut pada saya. Ramai lagi yang ada pangkat Datuk yang dibeli, tapi bukan saya ya.



“Tak payahlah saya nak jelaskan panjang-panjang pun tentang hal ini, bagi saya terpulang pada pandangan masing-masing. Saya pun tak pernah bermegah dengan apa yang saya dapat.

“Peliklah juga. Aku tak bermegah pun orang pertikai? Aku riak pun orang marah, aku tak riak pun orang marah. Apa sahaja yang netizen kita ini mahukan ya? Walhal saya ini tetap sibuk kena kerja, bukan dapat pangkat maka boleh duduk goyang kaki,” katanya.



Untuk rekod, Ifa, 47, dikurniakan darjah Ahli Setia Ditaja dari negeri Perak pada Januari 2016. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 27-6-2022 01:12 PM
terbaik datuk...bila nk g umrah kali ke 9?.....
Quote slyfynx 27-6-2022 01:20 PM
Bgs la merendah diri.
Dan dah byk kali dijemput ke Mekah.
Sbb yang bertudung dpt pangkat nenek je kan?
Quote mamajawie 27-6-2022 02:42 PM
kuat menyalak plak acik bermuka ponen nihh..
Quote cikatilia 27-6-2022 04:40 PM
luls
xtau pon kau ada pangkat datok
Quote juruterra 27-6-2022 04:51 PM
scary tgk artis2 yg buat muka , buntut, breast...semua x natural keras je
Quote imransulaiman 27-6-2022 05:59 PM
Sentiasa speechless dengan mulut dia ni... Aduuuuuh
Quote xtahumenahu 27-6-2022 06:05 PM
Tgk ig dia.. Gigih sungguh dia tunjuk dia kaya
Quote wirazam 27-6-2022 11:20 PM
Dia tenggelam kalau duk sebelah fasha dan rcw..
Quote Perawankota 28-6-2022 03:36 AM
Bkn org kurus tengkuk tak mcm tu ke? Biasa org berisi jer kan tengkuk mcmtu.. Ke aku yg salah
Quote tuntasha 28-6-2022 05:20 AM
Dia ni gaya kaya kaya bini tok penghulu kg Tok Adi camtu lah.
Quote Piramida 28-6-2022 06:42 AM
Org yg tak riak tak sombong, jarang membebel panjang2 as if nak diri tu menang.
Quote cikperiukkera 28-6-2022 07:09 AM
Siapa je yg kisah heshe ada pangkat datuk? Bercakap dpn cermin ke ni? Heshe kalau buka mulut x pnh x bodoh .
Quote Harley_Quinn 28-6-2022 10:13 AM
Hahahhaa dia yg cte dpt dato, bila org seldik dato'ship tu fake, mrh plk.
Klo merendah diri, x cerita psl dato' fake tu yee.
Sbb xde pn anugerah darjah yg dia ckp sultan perak bg.
Quote CikYaYaYa 29-6-2022 04:10 AM
Aq teringin betoi nak tengok diaa nie bergasakk dengan dibaa AA.. nk tengok sapa menang

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055605 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top