CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengemis Mengamuk Baling Selipar, Ludah Pemandu Di Jalan Raya Kalau Tak Diberi Duit

24-6-2022 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1291| Komen: 2

Description: Gara-gara tidak diberikan wang, seorang pengemis bertindak melemparkan selipar ke arah seorang pemandu.
Gara-gara tidak diberikan wang, seorang pengemis bertindak melemparkan selipar ke arah seorang pemandu.

Kejadian itu berlaku di Semarang di Jawa Tengah, Indonesia.


Susulan insiden itu, Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) Kota Semarang, Fajar Purwoto berkata, pihaknya sudah dua kali menahan pengemis tersebut.


Foto:kejadiansmg

"Waktu itu kami tahannya di Kalibaneng," katanya pada Khamis.

Fajar berkata, pengemis itu pernah beroperasi di kawasan Majapahit dan Kalibanteng.


Selain itu, pengemis itu disyaki mempunyai rangkaian yang beroperasi di kawasan lain.



"Dia beroperasi seorang diri. Dia ada rangkaian, tetapi mungkin rakannya berada di lokasi lain," katanya.

Berdasarkan siasatan, Fajar mengesahkan pengemis itu waras.

"Dia tidak gila, tetapi kadang kala apabila tidak diberi wang dia terus meludah, jika tidak dia mengetuk pintu kereta,” katanya.

Video pengemis itu melemparkan selipar menjadi tular di media sosial.

Menurut satu perkongsian, kejadian berlaku di persimpangan Arteri Puri Anjasmoro bertentangan dengan pam minyak dari arah Kaligawe, Semarang. -CARI

Sumber: mStar/ Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-6-2022 03:15 PM
Caprut punya pengemis wang recehan..
Quote Artemesiaa 24-6-2022 03:18 PM
Moga pak polisinya segere bertindak sebelum lagi ramai jadi mangsanya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.042545 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top